Teknik Pemasaran

7 Teknik Pemasaran Mudah Tanpa Mengeluarkan Modal

Jangan Ambil Mudah Strategi Pemasaran

371 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Kekurangan strategi atau teknik pemasaran sememangnya memberi impak negatif kepada perniagaan anda. Anda mungkin menyediakan perkhidmatan atau menjual produk yang terbaik dalam pasaran anda. Tetapi sekiranya anda gagal meyakinkan orang ramai untuk membeli daripada anda, maka tidak bergunalah perkhidmatan atau produk anda itu.

Apabila kurangnya orang yang membeli maka bagaimana anda mahu mengekalkan perniagaan serta memperkembangkan bisnes anda untuk jangka masa panjang.

Justeru itu, pentingya strategi-strategi pemasaran supaya anda dapat menarik perhatian orang ramai tentang bisnes anda serta membuat mereka yakin untuk membeli.

Jadi bagi membantu mereka yang baru atau sudah lama memulakan perniagaan tetapi masih di takuk yang lama, tim Trendniaga mahu berkongsi 7 strategi pemasaran mudah dan berkesan hasil perkongsian pakar pemasaran Azizan Osman dalam laman media sosialnya.

Baca juga artikel langkah awal sebelum memulakan startup.

#1 Sentiasa Tersenyum Dan Teruja

Teknik Pemasaran

Apa-apa tenaga positif atau negatif yang kita pancarkan kepada seseorang, maka pantulan tenaga yang sama akan kita perolehi.

Jadi apabila kita sentiasa tersenyum dan teruja ketika menceritakan produk kita, ia akan memberi lebih keyakinan kepada bakal pelanggan anda. Ramai pembaca tahukan dengan pepatah Maya Angelou "People will forget what you said, people will forget what you did but people will never forget how you mada them fell."

Jadi jangan lupa untuk sentiasa tersenyum ketika mempromosi produk atau perkhidmatan anda kepada orang ramai, barulah orang tak takut nak approach anda hihi.

#2 Kongsi Tips Percuma Di Facebook Atau Mana-Mana Sosial Media

Bersedia untuk memberikan tips percuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang berkaitan dengan kepakaran anda. Ini akan membina reputasi anda dan mempromosikan lagi perniagaan anda.

Apabila anda memberi nilai penting seperti tips-tips produk anda di laman sosial media, perkongsian anda itu pastinya akan reach lebih ramai orang yang belum pernah menggunakan produk atau servis anda. 

#3 Tulis Dan Kongsikan Profil Atau Kisah Anda

Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. 

Ia akan memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.

Memang tidak dapat dinafikan pemasaran memalui proses penceritaan adalah salah satu teknik pemasaran yang menjadi pilihan ramai waktu kini lebih-lebih lagi dalam era media sosial.

#4 Fokus Untuk Memperbaiki Staf

Bagi memastikan teknik ini berjaya. Anda memerlukan pihak ketiga seperti pelanggan anda sendiri untuk menilai gerak kerja pekerja anda.

Mungkin ada boleh gunakan aplikasi seperti Whatsapp atau Messenger untuk meminta feedback mereka setelah membeli produk atau menggunakan servis anda. 

Ini akan menjaga reputasi syarikat serta memastikan setiap pekerja anda memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda.

#5 Promosi Produk Secara Bersilang(Cross Posting)

Apakah produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada anda, biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang anda boleh tawarkan.

Bila anda dah ada database pembeli produk anda yang sebelum ini, jadi jangan lupa untuk promosi produk atau servis lain yang anda turut sediakan. Lagi senang sebenarnya untuk pembeli pertama anda membeli dengan anda daripada mereka yang tak pernah langsung berurusan dengan anda.

Salah satu kenapa lebih mudah ialah kerana kepercayaan dan hubungan yang anda dah bina saat pembeliaan pertama mereka.

#6 Berkenalan Dengan Hampir Sesiapa Sahaja

Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan.

Pendek cerita, berkawan dan minat untuk mengenali orang lain. Tetapi, suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. "Terpaksalah" anda kongsikan tentang perniagaan anda.

Manalah tahu orang yang anda kongsikan cerita itu memerlukan produk atau servis anda di kemudian kan.

#7 Berikan Jaminan Wang Dikembalikan

Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka.

Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

Tapi kalau anda sendiri dah menjual produk yang anda sendiri tidak tahu kualitinya atau servis anda yang hangat-hangat tahi ayam. Janganlah pula ambil risiko guna teknik ini, nanti ada tahi ayam yang tercalit ke muka sendiri huhu. Perbaiki dulu servis dan produk anda itu kemudian rujuk semula teknik ini.

15 points
Upvote Downvote