5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai CEO Hausboom, Tuan Azri

793 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

#1 Berniaga Durian Semata Beg Deuter Untuk Ke Sekolah

Pada umur tuan Azri menjejak tahun 5 sekolah rendah, beliau mengidamkan beg deuter berharga RM 200 untuk dibawa ke sekolah. Namun ibu bapa beliau hanya memberi RM 30 untuk membeli beg.

Dia kemudian mengambil inisiatif untuk membersihkan meja gerai makanan dan menjual durian di tepi jalan demi menyarung beg idaman beliau itu ke sekolah.Daripada situ, beliau belajar pelbagai maklumat mengenai durian supaya beliau boleh memberi nasihat kepada pelanggan beliau untuk membeli durian berdasarkan kemahuan mereka sendiri.Ada pelanggan rasa kagum dengan pengetahuan beliau mengenai durian dan ada sesetengah yang berasa kesian apabila melihat kanak-kanak berumur 10 tahun menjual durian. Ini memberi tuan Azri untuk meletakkan harga durian lebih tinggi biarpun gerai sebelah menjualnya dengan lebih murah.

#2 Sertai Debat Universiti Malaya

Semasa di alam universiti, tuan Azri menyertai pasukan debat Universiti Malaya dan menyertai hampir pelbagai pertandingan debat yang dianjurkan di peringkat universiti.

Atas faktor menukar kos pengajian daripada Applied Chemistry ke fakulti Alam Bina, pinjaman PTPN beliau tidak dapat diteruskan. Jadi beliau mencari jalan lain untuk menampung kehidupan universiti beliau.

Dengan menyertai pasukan debat, beliau memperoleh wang saku dalam RM60 sehari. Ini adalah peruntukkan yang disediakan untuk setiap ahli pasukan debat.Hadiah setiap pertandingan debat yang lumayan iaitu dalam RM8,000 hingga RM27,000 turut menjadi faktor penguat beliau berdebat.Akhirnya beliau berjaya membeli kereta Savvy semasa di alam universiti.

#3 Alumni Sekolah Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)

Tuan Azri mendapat pendidikan sekolah menengah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Taiping iaitu Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah(Seratas).Semasa di pendidikan awal tingkatan satu dan dua, dia tidak menunjukkan lagi semangat keusahawanan yang ada dalam diri beliau atas faktor junior. Ketika menjejak kaki ke tingkatan tiga, dia mula menjual lollipop dan keropok lekor kepada pelajar lain."Saya membeli keropok daripada luar dengan harga RM 4.50 dan menjualnya kembali pada harga RM9 yang menghasilkan keuntungan 100%"."Pada tahun 2002 biarpun masih di bangku sekolah, saya sudah mampu membeli telefon bimbit nokia terbaru yang mana hanya beberapa orang mempunyainya".

#4 Berjalan Kaki 40 Minit Untuk Mengisi Perut

Semasa membangunkan Farmbook.my, beliau pernah hampir kehabisan wang untuk menampung kos pejabat, pekerja dan overhead bisnes beliau sehingga terpaksa mengorek wang daripada tabung simpanan.Sehingga pada bulan Ramadan, dia akan berjalan kaki kaki dari rumahnya di Solaris untuk membuka puasa setiap hari di Masjid Wilayah Persekutuan.Perkara ini mengajar beliau bahawa bukan semata skil keusahawan sahaja yang penting tetapi juga menguji bagaimana perlu kuat hati dalam menghadapi sebarang kesusahan.

#5 Tempat Ketiga Pertandingan “AmBank BizRACE 2018 Challenge”

Dalam hanya tempoh 7 bulan menpromosikan Hausboom, tuan Azri berjaya memasuki lebih daripada 3000 pasaraya, kedai, cafe dan banyak lagi. Hausboom turut dieksport ke lebih 8 negara Asia dan Eropah yang lain.Pada tahun 2018 yang lepas, tim Hausboom telah memenangi tempat ketiga dalam cabaran Ambank Bizrace 2018 mengalahkan lebih 1000 bisnes sederhana dan kecil lain di samping mengetepikan startup-startup baru yang lain.Cabaran yang berkonsepkan penyingkiran ini begitu kompetitif sehingga memakan masa 8 bulan untuk membuat penilaian. Hasil titik peluh tim Hausboom dan tuan Azri sendiri akhirnya ia membuahkan hasil.

3 points
Upvote Downvote