Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

in

4 Tempat 'Wajib' Peniaga Online Guna Untuk Tingkatkan Jualan

Ada sesetengah peniaga online buntu mencari pelanggan di alam maya biarpun mereka bergelar usahawan online. Penat pergi kelas belajar membuat copywriting yang umph sampai ada yang habis beribu-ribu tapi barang jualan anda masih terkubur bawah katil?

Jom TrendNiaga bagi anda satu strategi percuma untuk peniaga online di luar sana.

Salah satu strategi yang boleh diguna pakai usahawan ini adalah dengan menggunakan platform E-commerce sedia ada atau listing platform. 

Platform sebegini biasanya mempunyai traffic yang sudah tinggi di laman sesawang mereka. Jadi ia akan mengurangkan kerja pemasaran dan pengiklanan anda.

Kos pengiklanan di platform ini kebanyakkannya percuma sahaja tetapi mereka menjana pendapatan melalui servis tambahan mereka sahaja seperti servis untuk meletakkan iklan produk anda di ranking atas. 

Jadi TrendNiaga hari ini ingin berkongsi platform yang ‘wajib’ peniaga online guna untukpasarkan produk mereka. Jangan lupa untuk vote platform terbaik mengikut pengalaman anda sendiri sebagai pengguna mereka.

#1 Mudah.my

Antara platform terawal di Malaysia yang digunakan peniaga online. Menyediakan perkhidmatan pengiklanan dalam 9 kategori utama yang berbeza.

Dibina pada tahun 2006 dengan inspirasi daripada perkataan Bahasa Melayu 'Mudah' atau senang. Ia berjaya memperoleh purata unique views mencecah 7 juta sebulan. Ini meletakkan Mudah.my sebagai Top 10 Websites di Malaysia.

Mudah.my menerima lebih 1.7 juta barang untuk penyenaraian dalam sehari. Majoriti daripada pengguna Mudah.my adalah mereka yang mencari barang atau servis dengan harga berpatutan.

Jadi tunggu apa lagi, mana tahu dekat sini rupa-rupanya bakal pelanggan anda melepak selama ini kan.

1 point
Upvote Downvote

#2 Carousell

Satu lagi aplikasi telefon Consumer to Consumer(C2C) yang menjadi bualan di kalangan rakyat Malaysia ialah Carousell. Dilancarkan pada tahun 2012, ia membantu sesiapa sahaja yang ingin menjual barang baru atau terpakai dengan mudah. 

Anda hanya perlu tangkap gambar, senaraikan di profil anda dan tunggu pembeli untuk berhubung dengan anda. 

Aplikasi ini dibina pada May 2012 oleh tiga orang graduan Ngee Ann Polytechnic. Tagline mereka yang paling popular ialah Snap,List & Sell.

Memang senang sangat nak guna platform ini, cukup dengan telefon dan internet, anda boleh buat income mudah sambil baring di atas sofa mengadap telefon sahaja. Huhu.

0 points
Upvote Downvote

#3 Facebook Marketplace

Kebanjiran pengguna  melayari platform Facebook bagi  urusan jual beli hampir mencecah 450 juta pengguna setiap bulan.

Jadi Facebook mengambil langkah memperkemaskan pengalaman pengguna mereka dengan membina marketplace yang tidak lagi perlu pengguna mengharapkan Facebook groups semata.

Inisiatif ini memudahkan pengguna mereka untuk mencari produk atau memasarkan produk mereka berdasarkan kawasan, kategori dan group Facebook.

Alang-alang dah ada Facebook itu, rugi kalau anda tak cuba kelebihan Facebook ini.

0 points
Upvote Downvote

#4 Shopee

Dilancarkan pada tahun 2015 di Singapura dan sejak itu telah mengembangkan sayap ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Disebabkan elemen mobile dan sosial yang ada pada Shopee, Tech in Asia telah menyenaraikan Shopee sebagai salah satu daripada 5 startup e-dagang paling disruptive untuk tahun 2015.

Pada mulanya memfokuskan bada bisnes model Consumer to Consumer(C2C) sahaja namun telah memfokus juga pada Business to Consumer(B2C).

Shopee juga tidak mempunyai warehouse atau gudang inventori mereka sendiri. Mereka mengambil pilihan untuk bekerjasama dengan lebih 70 penyedia servis kurier pelbagai negara seperti NinjaVan, Pos Malaysia dan Pos Indonesia.

Tunggu apa lagi, download dan eksplorasilah aplikasi Shopee ini.

0 points
Upvote Downvote