kelebihan kad kredit

4 Kelebihan Kad Kredit Yang Ramai Pandang Sebelah Mata

Senang Sahaja Sebenarnya Nak Guna Kad Kredit Dengan Bijak

1,012 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Hasil survey di laman sosial Facebook peribadi seorang pakar ekonomi, tuan Izzuddin Yusoff  telah menunjukkan kebanyakan follower beliau di Facebook sangat tidak menyukai penggunaan kad kredit.

Kata beliau hal ini mungkin kerana kad kredit dipandang sebagai sesuatu yang negatif. Ianya kerana istilah ‘credit’ itu sendiri yang membawa maksud berhutang. Dan memang berhutang terlalu banyak ini tidak baik untuk kesihatan kewangan tambah beliau lagi.

Tapi sebenarnya tidak benar.

Kad kredit ini bukan baik digunakan sebab hutang itu. Tetapi disebabkan banyaknya manfaat sampingan yang boleh diperolehi daripada penggunaannya.

Jadi ini adalah kelebihan-kelebihan yang anda patut ambil dari penggunaan kad kredit:

1) Cash rebate

Ini biasanya sebab utama kenapa orang suka berbelanja dengan kad kredit untuk sesetengah transaksi.

Contohnya kalau kita berbelanja RM50 untuk minyak kereta menggunakan Kad Kredit Maybank Petronas Ikhwan, maka 8% (RM4) daripada perbelanjaan itu kita akan dapat balik semasa hujung bulan. Atau kalau beli barang dapur di Tesco dengan Kad Kredit Maybank Mastercard Ikhwan, maka 5% (RM5) daripada itu kita akan dapat balik.

Ianya seolah-olah ada permanent ‘discount‘ untuk setiap perbelanjaan kita yang berkaitan.

Contoh untuk bulan Ogos, jumlah cash rebate tuan Izzudin mencecah RM43.93. Banyak kan. Cukuplah untuk belanja sarapan seminggu.

2) Points

Maybank ada Treats Points dan setiap bank lain juga ada points yang tersendiri.

Pengiraan 1 Treats Points ni bersamaan dalam lebih kurang 0.2 sen. Manakala Maybank, setiap perbelanjaan dengan kad kredit boleh peroleh treat points dalam lingkungan 1-5 points. Jadi kalau anda belanja RM57,500, dapatlah 57,500 points.

Treats Points ini biasanya ditukar kepada baucar tunai Aeon / Giant / Tesco sahaja. Senang. Setiap 57,500 points boleh dapat baucar bernilai RM100.

3) Expenditure tracker

Maybank juga dah bertambah canggih sekarang. Diorang baru wujudkan sistem untuk mengetahui di mana anda banyak berbelanja dengan kad kredit anda, sekaligus membenarkan untuk mengesan corak perbelanjaan anda.

Jejak perbelanjaan anda melalui aplikasi Maybank

Banyak aplikasi yang boleh tolong benda ini. Tapi setakat ini tuan Izzuddin sendiri belum berjaya untuk istiqamah lebih dari 3 bulan katanya huhu.

Jadi bila Maybank sendiri yang dah boleh tolong anda buat perkara ini. Ianya sangatlah membantu.

Bawah ini contoh perbelanjaan bulan Ogos tuan Izzuddin. Sekali lagi ingin diberitahu, beliau memang suka bayar semua benda dengan kad kredit selagi boleh. Cuma beli nasi lemak makcik tepi jalan dan kedai mamak sahaja beliau tidak menggunakan kad kredit.

4) Auto Payment

Mesti lepas baca semua ni masih ada yang terfikir, kad kredit ni bahaya sebab berhutang. Nanti terlupa bayar macam mana. Kalau belanja lebih dari kemampuan macam mana.

Ini satu lagi perkata bagus berkaitan Maybank. Diorang sekarang dah mewujudkan auto-pay untuk semua baki kad kredit kita.

Turn on butang Auto-payuntuk melancarkan pembayaran kad kredit anda

Buat sahaja macam korang nak bayar kad itu dengan Maybank2u. Nanti ada pilihan Auto-Pay kat situ. Malahan boleh pilih untuk auto-Pay bayar minimum ke atau macam mana. Pilihlah Outstanding. Iaitu maksudnya bayar keseluruhan baki kad itu setiap bulan.

Ianya sangatlah membantu dalam memastikan kita tidak berbelanja melebihi kemampuan dan dikenakan bayaran ekstra. Dan ingat, kad kredit ni manfaatnya bukan boleh belanja lebih daripada keperluan. Tapi ianya boleh menjimatkan perbelanjaan kita kalau betul caranya.

Kad kredit ini sebenarnya ada banyak level, berbeza mengikut tahap income kita. Dan ada sesetengah kad kredit free for life, ada yang kena bayar beratus Ringgit setahun. Obviously yang higher income atau kena bayar benefit dia lagi tinggi. Tapi tuan Izzudin lebih prefer free for life.

Sebab kalau anda kena bayar, ini dah ada timbul tekanan kena belanja lebih dari yang kita perlu untuk dapatkan waive. Walaupun biasanya setiap tahun masa kena bayar tu boleh sahaja telefon minta waived kalau kita biasa guna sampai certain limit. Tapi… Itulah. Terpulanglah rajin ke tak haha.

Sekian

Wallahualam.

P/S: Bab syariah boleh tanya kepada yang ahli. Yang dipromote di atas ini semuanya syariah compliant credit card.

P/SS: ini bukan iklan Maybank ye. I wish I get paid for this hahaha. Tapi sebab memang pengguna CC Maybank.

Penulis, tuan Izzuddin Yussof adalah seorang pemegang Master of Economy dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau seringkali berkongsi pendapat beliau mengenai ekonomi untuk pengikut laman peribadinya di Facebook.

ARTIKEL MENARIK MINGGU INI:

13 Kesalahan Yang Menghalang Kejayaan Orang Melayu – Tun Mahathir