Kedai Mesra PETRONAS
Gambar oleh http://tribunnews.com

10 Tips Letak Barang Di Kedai Mesra PETRONAS

Berniaga Itu Biarlah Berstrategi, Bukan Main Taram

10,112 Views in ,
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Anda jual produk makanan? Saya yakin anda mesti ada impian nak letak barang anda di kesemua Kedai Mesra PETRONAS kan? Mana tidaknya sebab ada lebih 1,000 PSS seluruh Malaysia.

Banyakkan lebih 1,000? PSS tu apa? PSS is PETRONAS Servis Station, orang selalu panggil pump station. Kena up sikitlah knowledge, kata nak masuk industri Oil & Gas, gittew. ?

Ok. 10 Tips:

1. Pastikan Betul-Betul PSS Yang Ramai Orang Lalu-Lalang.

Kita panggil Hi-Street PSS. Kita nak barang kita cepat habiskan? Sebenarnya ada ±150 PSS je yang Hi-Street out of 1,000 tu. Nak tau? Hello penulis asal tips ini nanti okay.

2. Minimumkan Kos Penghantaran.

Jangan tamak nak masuk semua PSS sebab nanti tak cover cost distribution. PSS pulak banyak yg buat consignment basis, so pandai-pandailah nak rolling cash.

3. Pastikan Profit Margin Yang Kita Boleh Offer To PSS More Than 30% Kepada PSS.

Kalau kurang dari tu, owner mungkin suam-suam kuku je nak terima produk korang. Tambah pulak produk yg makan space diorang & pakai eletrik pulak tu. Kalau kita owner PSS tu pun, kita berasap jugak kan hehe.

4. Cuba Jadikan PSS Itu Sebagai Collection Point Barang-Barang Korang.

Maksudnya, promote kaw-kaw produk korang kat social media atau online platform yang lain & bagitau boleh dapatkan produk korang di PSS yang terdekat (PSS yg ada korang letak barang korang tu lah). Trick ni bukannya bantu produk anda sahaja, tapi secara tak langsung akan promote produk-produk orang kita kat PSS tersebut. Owner pun suka, berjujut org datang ke Kedai Mesra depa & berbelanja. Alhamdulillah syukur.

5. Buatlah Packaging Lawo-Lawo Setaraf Produk-Produk FMCG Yang Lain.

FMGC nama penuhnya Fast-Moving Consumer Goods. Haa barulah produk cepat jalan & owner pun beronok-ronok happy.

Takde designer? contact Abam Shafiq Ezhan https://www.facebook.com/shafiq.ezhan, dia memang power bab design mendesign ni. ? Pewangi kereta Little Tree kat Kedai Mesra tu, dia lah yang design.

6. Pastikan Mempunyai Lesen Petronas

Bila produk dah jalan lajuuuu, percayalah, bukan 150 Hi-Street PSS je yang nak barang korang dijual kat kedai depa, semua PSS akan hello. Masa ni kalau takde lesen PETRONAS yang proper, memang melepas la sayang.

7. Usahakan Bar Kod Sendiri Untuk Produk Anda.

So, owner PSS tak pening kepala nak create kod bar untuk korang. Boleh je replace bar kod produk lain, tapi tak nice bila audit nanti. Ada cara nak buat bar kod yang murah. PM penulis nanti, penulis akan kenalkan pada orangnya.

8. Rak Yang Strategik

Nego dengan owner untuk dapatkan lokasi rak yang strategik untuk anda letak barang anda. Kalau jual makanan untuk budak-budak, janganlah letak tempat tinggi-tinggi.

9. Research Dahulu Produk Yang Paling Sesuai

Cuba tengok betul-betul maksud PSS, ada term “Service” kan? so, PSS bukan sekadar pump station. Sebenarnya kalau korang boleh bagi produk lain yang ada margin untung besar dan orang ramai cari, juallah produk tu. Bukan korang je happy, owner PSS pun happy sebab manyak untung ma. Lagi best kalau produk yang lambat rosak & sangat berguna kepada orang-orang on-the-go, diorangkan tengah travelling, bukannya mode macam pergi shopping mall, so banyak produk-produk yangg korang boleh jual. contohnya barang-barang accessories phone, macam-macam lagi lah. Kata usahawan, fikirlah sendiri hehe.

10. Hmmm Banyak Sangat Dah tip.

Buat dulu lah 9 tips tu. dah buat semua nanti penulis share lagi.

Tips berguna buat usahawan yang mengidamkan produk mereka laku keras di Petronas Servis Station ini dikongsikan khas oleh PetroLicense di laman Facebook fanpage rasmi mereka dan telah diizinkan untuk dikongsi semula di Zine.my/trendniaga.

Terima kasih PetroLicense, harapnya lebih ramai warga usahawan dapat manfaat berguna daripada penulisan ini. Jemput like page rasmi PetroLicense dan Trendniaga untuk mengikuti pelbagai lagi tips-tips percuma sekitar dunia usahawan setempat dan global.

13 points
Upvote Downvote