asas membina strategi trading

10 Langkah Asas Membina Strategi Trading

250 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Tim Trendniaga hari ini ingin berkongsi langkah-langkah asas membina strategi trading. Kalau nak melabur biarlah dengan ilmu dan berstrategi, janganlah main taram sahaja. Nanti takut dari melabur terus ‘melebur’ pula kan huhu.

10 langkah asas dalam membina trading strategi hari ini telah dikongsikan oleh Farhana Aini Omar, setiausaha Malaysian Association of Technical Analysis(MATA) di laman Facebooknya. Jadi mari sama-sama cedok ilmu dari sifu Farhana yang memang pakar dalam gelanggang trading dan kalau anda seorang traders, jangan lupa untuk cuba aplikasi dalam strategi anda.

Baca juga artikel Bilionaire Aplikasi Wechat Yang ‘Low-Key’.

#1 Dah Ada Objektif?

Apakah objektif anda hendak trade atau melabur? Dapatkan idea bagaimana market bergerak. Market bukan skim cepat kaya, fikirkan mengenai demand and supply.

#2 Tentukan Instrumen Pilihan

Pilih instrument yang hendak anda trade. Sama ada stock market, fcpo atau sebagainya.

#3 Setting Time Frame Yang Sesuai

Pilih time frame yang bersesuaian dengan anda. Jika anda mempunyai kerja sepenuh masa, mungkin anda tidak dapat melihat market dari pagi hingga ke petang. Sama ada anda pilih untuk Swing Trade atau cari teknik yang bersesuaian dengan masa yang anda ada.

#4 Kenali Dahulu Trend

Kenalpasti trend yang hendak anda gunakan sebelum buka 'kekuda' trading anda.

#5 IndIcator Paling Sesuai

Cari indicator yang yang boleh menentukan entry point terbaik dengan strategi anda.

#6 Cut Loss Bila Perlu

Tentukan di manakah anda perlu cut loss jika market tidak bergerak seperti yang anda plan.

#7 Cari Modal

Apabila anda sudah ada entry & exit rules, sekarang tentukan pula modal yang hendak anda gunakan, bersesuaian dengan trading setup anda.

#8 Catat Peraturan Trading Anda

Tulis trading rules anda. Dengan menulis trading rules tadi, anda tidak akan lupa rules tersebut. Ianya juga dapat membentuk disiplin dan consistency dalam trading.

#9 Masa Untuk Backtest

Test semula trading setup yang telah anda bina. Berapakah success rate yang anda dapat? Market adalah dinamik, sesuatu trading setup itu berkemungkinan sesuai untuk dalam keadaan market yang tertentu sahaja.

#10 Trading Journal

Dengan berbekalkan experience dan pengetahuan, tingkatkan trading setup anda. Ini dapat dilakukan dengan menyemak kembali Trading Journal(TJ) yang telah anda buat. TJ adalah senjata anda.

9 points
Upvote Downvote