Melepasi salah satu rapid point
Water rafting

White Water Rafting Di Sungai Padas, Sabah

Pengalaman raft terbalik dan keretapi hampir terbalik yang tak dapat dilupakan

877 Views in , ,
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Selalunya kalau Sabah, ramai bicarakan tentang lautnya yang cantik (setanding dengan Maldives) dan makanan laut yang murah. Begitu juga dengan Gunung Kinabalu dan pekan Kundasang yang sangat terkenal bagi pelancong yang mengunjungi sabah. Kali ini kami bagi satu pilihan aktiviti yang boleh dilakukan jika anda ke Sabah yang tak ramai tahu kecuali anda menetap di sini ataupun berkerja di sini.

Jika anda berkunjung ke sabah dan ingin kelainan dalam trip anda, kami cadangkan untuk luangkan sehari di Beaufort dan mencuba aktiviti white water rafting di Sungai Padas. Terkenal dengan air deras Level 3-4 dan keluasan sungai yang sangat besar, pasti memberikan anda adrenaline rush yang tak dijangka.

Perjalanan pergi balik dari ke beaufort ke pangi
Tiket keretapi

Sungai Padas terletak di kawasan Tenom, kawasan Beaufort dan ulu sungainya berasal dari kawasan Long Pasia yang berada di selatan Kota Kinabalu. Sungai ini berkepanjangan 200km. Selalunya meeting point untuk aktiviti ini adalah di stesen keretapi Beaufort yang jarak perjalanannya (menaiki kereta) adalah 2 jam dari Kota Kinabalu.

Berhimpit tanpa tempat duduk
Keadaan di dalam keretapi

Kami ambil pakej dari seorang guide bernama Andiki. Ada lagi satu ejen yang terkenal untuk aktiviti ini di Sungai Padas iaitu River Bug. Mana-mana yang anda pilih, anda tetap akan mula dan habis di tempat yang sama.

Pakej termasuk dengan tiket keretapi pergi balik, makan tengahari buffet dan aktiviti water rafting (termasuk guide, life jacket dan helmet) yang berdurasi lebih kurang 1 jam 30 minit. Pakej kami rm120 termasuk sijil dan gambar pula adalah optional rm100 untuk 1 bot/raft. Terdapat 2 jenis raft yang boleh memuatkan 6 atau 9 orang peserta.

Digunakan penduduk kampung
Trolley haram

Perjalanan dimulakan seawal 7.30 pagi di mana kami dikehendaki berkumpul di stesen keretapi Beaufort untuk menaiki keretapi sehingga ke stesen Pangi (starting point water rafting). Keretapi bertolak pada pukul 7.50 pagi dan akan bertukar keretapi di Stesen Halogilat.

Perjalanan diteruskan ke Stesen Rayoh dimana anda akan dibawa untuk tukar pakaian rafting dan menyimpan barang berharga di situ. Seterusnya anda akan menaiki keretapi ke Stesen Pangi (starting point). Sebelum itu anda akan diberikan taklimat keselamatan dan diminta untuk menandatangani liability Release Form.

Dalam keretapi
Awal perjalanan

Perjalanan keretapi yang dihiasi dengan pemandangan panorama indah sungai deras dan bentuk muka bumi bergunung ganang sangat mengasyikkan. Menariknya keretapi ini masih mengekalkan bentuk lamanya di mana ada gerabak yang tidak mempunyai tempat duduk dan anda boleh duduk di lantai sambil menjulurkan kaki anda ke luar ( risiko atas diri sendiri) sambil menikmati pemandangan indah tersebut.

Ada juga gerabak yang mempunyai kerusi dan pendingin hawa, tapi untuk pengalaman lain daripada yang lain kenapa tidak keluar dari zon selesa anda dan mencuba sesuatu yang baru. Perjalanan keretapi tersebut mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit ke 2 jam.

Julur kaki keluar
Menikmati pemandangan sepanjang Sungai Padas

Jarak rafting adalah lebih kurang 10km dari Stesen Pangi ke Stesen Rayoh (ending point). Ia akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dan selalunya anda akan sampai pukul 1 petang paling lewat. Anda akan melalui 8 rapid point yang diberi nama HEAD HUNTER, LAMBADA, COBRA, SCOOBY DOO, WASHING MACHINE, MARY GO ROUND, SNAKE HOUSE, dan BBQ RAPIDS.

Pada pandangan peribadi, WASHING MACHINE adalah yang paling dahsyat sekali dan bot kami terbalik ketika melalui rapid point tersebut. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sebenarnya beberapa kali juga bot kami terbalik tetapi itulah yang menjadikan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ingatkan bot sahaja terbalik tapi keretapi yang kami naik pun hampir terbalik.

Stesen rayoh
Selepas briefing
Stesen rayoh
Ending point

Ceritanya selepas makan tengahari (buffet) di stesen Rayoh dan juga menukar pakaian, kami menaiki keretapi ke Pangi kerana malas menunggu statik di stesen itu. Tambahan pula keretapi itu akan berpatah balik dari Pangi ke Beaufort dan jika kami naik keretapi itu dari Rayoh, kami tidak perlu berebut tempat duduk dengan mereka yang menaiki keretapi tersebut dari Pangi.

Dalam perjalanan ke Pangi, keretapi bergerak agak laju sehingga pada satu masa itu kami merasakan keretapi itu melompat keluar dari landasan dan termasuk semula ke landasan. Keadaan keretapi terlompat itu berlangsung selama lebih kurang 10 saat sehingga ia stabil semula di landasan.

Selepas itu keretapi itu dihentikan bagi memeriksa keadaan keretapi dan landasan. Apa yang kami diberitahu, sebahagian dari landasan di selekoh tajam terbalik dan tidak boleh dilalui. Nasib baik tiada kecederaan yang dilaporkan. Semua selamat. Setibanya kami di Pangi, kami diminta tunggu agak lama kerana kerja pembaikan sedang dilakukan.

Masih gembira
Diarahkan turun dari keretapi
Menunggu bantuan
Terkandas

Pengakhirannya ia tidak dapat dibaiki pada hari itu dan keretapi dari Pangi bergerak juga ke arah Rayoh tapi diberhentikan betul-betul sebelum melalui sebahagian landasan yanng dikatakan terbalik itu. Selepas itu kami semua diminta turun dari keretapi tersebut dan tunggu di tengah-tengah landasan menanti ketibaan keretapi dari Beaufort untuk membawa kami pulang ke Beaufort.

Hampir sejam menunggu akhirnya keretapi tersebut tiba dan kami diarahkan untuk menaiki keretapi tersebut. Akhirnya kami tiba di stesen Beaufort sekitar 8 malam yang sepatutnya dijadualkan tiba pada pukul 4 petang. Pengalaman yang berharga dan tak dapat dilupakan.

Berdebar-debar juga ketika keretapi rasa seperti melompat tapi masih tak dapat menandingi perasaan berdebar dan cuak ketika di dalam raft melepasi rapid point Washing Machine. Andiki bersama kami sehingga kami sampai di stesen Beaufort. Kami cadangkan jika anda mahu ke sini dan melakukan aktiviti water rafting boleh hubungi beliau di +60128241631. Servis yang sangat bagus.

Washing machine rapid point
Saat sebelum terbalik
Lepas rapid point
Berjaya
Rapid point
Gigih mengayuh
Scooby doo
Lepas rapid point tanpa terbalik
Cobra
Yang ini pun terbalik
Headhunter
Hampir ditelan arus

Bagi mereka yang takut kerana tak pernah melakukan aktiviti water rafting ataupun sebab tak pandai berenang, jangan risau. Sebelum aktiviti dimulakan taklimat keselamatan akan diberikan dan anda akan ditemani dengan guide handal.

Jaket keselamtan dan helmet pun diberikan. Guide semua adalah profesional. Info tambahan, water rafting di Padas tiada drop point cuma ada rapid point. Anda digalakkan untuk memakai seluar yang ketat atau swimming tight kerana sebelum ini ada kes orang tertanggal seluar ketika cuba menaiki bot semula selepas jatuh ke sungai haha.

Video ringkasan tentang seharian perjalanan kami pada hari itu. Jemput tonton!