Turkish Airlines dan Free Tour Istanbul: Apa Yang Perlu Anda Tahu? (Bahagian 2)

122 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

1st Stop – Turkish Airlines Office

Dia akan berhenti dekat Pejabat Turkish Airlines dekat satu bazaar for those yang nak simpan cabin luggage. I was wondering kenapa tak simpan je dekat Hotel Desk tu punya bilik, kan lebih mudah?

2nd Stop – Breakfast

Lepas letak beg, dia akan bawa Restaurant Al – Nakhla untuk sarapan. Ye, free breakfast to start your day.

3rd Stop – Blue Mosque

Dia bagi masa 30 mins – 1 jam untuk explore dalam Blue Mosque. Masa ini boleh la korang ambil gambar dengan kedua-dua Blue Mosque dan Hagia Sophia sebab sebelah-sebelah.

Hagia Sophia je tak masuk sebab entrance fee kena bayar TL40 (RM38). Sebab kali terakhir kitorang dah masuk, jadi kali ini kitorang ambik gambar dari luar je.

4th Stop – Hippodrum, German Fountain & Obilisk

Ketiga-tiga ini semua terletak dekat kawasan lapang sebelah Blue Mosque. Dia akan terangkan sejarah tempat-tempat ini dan dia bagi masa 30 minit untuk ambik gambar etc.

Aku dan Emir pow bapak buah berangan dengan jagung. Bukan lapar sangat pun, tapi saja nak bagi good memories untuk Emir sebab dia suka jagung bakar Istanbul itu.

5th Stop – Museum of Art and Culture.

Pun free entrance dengan tour ini cuma sebab kitorang transit tu hari Isnin, muzium tu pula tutup hari Isnin.

6th Stop – Topkapi Palace

Dulu kitorang ambik gambar dari luar je. Nak masuk dalam ini kena bayar 40 Turkish Lira, tapi dengan Tour Istanbul ini boleh masuk percuma!

Kitorang meluangkan masa dekat 2-3 jam juga di sini termasuk makan tengahari.

7th stop – Konyali Restaurant

Konyali Restaurant ini terletak dalam Topkapi Palace overlooking Selat Bhosphorus. View dia subhanallah cantik sangat!

Sampai je dekat restoran, kitorang dihidangkan dengan starter Lentil soup, hidangan utama and akhir sekali puding jagung. Hidangan utama dia ada kambing and beef. Sedap gilaaaaa oi.

Harga lunch tu TL tapi dengan Tour Istanbul, lunch provided, so yes, you can eat for free. Entrance fee Topkapi sahaja dah 40 lira, campur makan tengahari lagi tak taulah berapa harga dia.

Bagi aku, Tour Istanbul ini sangat berbaloi.

8th stop – Grand Bazaar

Grand Bazaar ini bazar yang sangat besar segala mak nenek dari rempah, kopi, lampu, karpet semua ada. Bertentangan Grand Bazar ada masjid.

Jadi, boleh solat jamak qasar dekat masjid tu dan jumpa balik pukul 4.00pm.

Lepas grand bazaar, kitorang balik ke HQ untuk ambil cabin luggage orang yang tinggal tadi. Selesai ambil beg semua, 4.30pm terus gerak ke airport.

Walaupun tour dia sampai pukul 6.00 petang, tapi dia akan pastikan korang sampai balik airport sebelum 6.00pm sekurang-kurangnya kamu ada 3 jam jarak sebelum penerbangan seterusnya.

Secara keseluruhan, with the price RM776 Kuala Lumpur – London (transit Istanbul) naik Turkish Airlines with free tour lagi, sangat-sangat berpatutan.

Naik Turkish Airlines ni dia macam balik duduk rumah dengan mak hang.

Selagi boleh dia akan bagi hang makan kenyang-kenyang, lepas makan, makan, lepas tu makan lagi, sampai hang takdak masa nak rasa lapaq.

P/s: Kepada sesiapa yang tanya pasal Istanbul, kami telah berasa di Istanbul pada Feb 2018, 4 hari 3 malam. Dah cover most of the attraction. Macam Basilica Cistern, dah masuk dalam Hagia Sophia etc.

Penulisan ini disunting dan dipetik melalui petikan artikel yang ditulis oleh Nur Syahirah Yaakub.

Follow terus kami di kolum ini untuk mengikuti perkongsian info-info menarik tempat pelancongan.