Turkish Airlines dan Free Tour Istanbul: Apa Yang Perlu Anda Tahu? (Bahagian 1)

201 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

Transit

Masa beli tiket KL – London (transit Istanbul), ada banyak pilihan layover, paling singkat 3 jam. Seperti biasa aku akan ambil penerbangan yang transit paling lama. 14 jam.

Sebab masa cantik, sampai Istanbul 6.20 pagi. Penerbangan seterusnya ke London pukul 9.00pm.

Aku dah berangan pusing-pusing seharian di Istanbul dan makan dekat Galata Bridge. Segala mak nenek makanan dah ada dalam kepala. Makanan Istanbul sedap-sedap wehhh!

Kemudian, masa aku nak beli tiket aku perasan dia ada remark “Tour Istanbul”.

Aku search dan baca, rupanya Turkish Airlines menyediakan free tour Istanbul untuk penumpang yang transit minimum 6 jam siap sarapan/hidangan tengahari disediakan.

Ada beberapa pilihan untuk Tour Istanbul dan itinerari untuk setiap tour pun berbeza.

• 8.30 a.m – 11.00 a.m (2.5 jam)
• 9.00 a.m – 3.00 p.m (6 jam)
• 9.00 a.m – 6.00 p.m (9 jam)
• 12.00 noon – 6.00 p.m (6 jam)
• 4.00 p.m – 9.00 p.m (5 jam)

Memandangkan kami transit 14 jam, kami ambil tour yang paling lama (9 jam): 9.00 a.m – 6.00 p.m. Sebabnya, dia cover banyak tempat, dan dia sediakan sarapan dan makanan tengahari.

Free Tour

Macam mana nak dapat free tour ini?

Sampai je Arrival Hall, terus ke Passport Control 1 untuk cop keluar. Beg tak payah risau sebab beg akan terus dihantar ke next destination.

In my case, beg terus hantar ke London. Jadi, kami melenggang sahaja jalan di Istanbul. Boarding pass pun dia akan bagi 2 siap-siap masa dekat KLIA.

• KUL – ISTANBUL
• ISTANBUL – LONDON

Lepas dah cop passport, terus jalan ke pintu exit, kemudian belok kanan sampai hujung akan nampak “Hotel Desk”. Hotel Desk ini betul-betul depan Starbucks.

Sampai situ, bagi dia boarding pass untuk penerbangan seterusnya (Dalam situasi saya kini: Istanbul – London). Kemudian, beritahu nak tour yang mana.

Lepas tu dia akan ambik boarding pass kita dan suruh duduk dekat Starbucks tu nanti dia panggil nama.

Lagi 15 minit nak pukul 9am dia pun panggil nama aku, Hint dengan Emir. Dia akan bagi sticker untuk lekat dekat baju. Sticker ini untuk bezakan group tour.

9.00 a.m – 6.00 p.m punya tour, dia akan bagi sticker P03. Jadi, dia bawa grup tu untuk naik bas. Atas setiap tempat duduk, dia bagi complimentary head scarf.

Bersambung…

Penulisan ini disunting dan dipetik melalui petikan artikel yang ditulis oleh Nur Syahirah Yaakub.

Follow terus kami di kolum ini untuk mengikuti perkongsian info-info menarik tempat pelancongan.

6 points
Upvote Downvote