in ,

Tomorrowland 2018 : Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupakan

Tips Dan Panduan Untuk Beginner Tomorrowland

Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Tomorrowland

Tomorrowland boleh dikatakan sebagai festival Electric Dance Music (EDM) terbaik di dunia. Ia juga merupakan festival EDM terbesar di dunia sejak tahun 2005. Festival ini diadakan selama 3 hari pada musim panas selalunya pada hujung bulan Julai. Pada tahun ini Tomorrowland diadakan pada 20/7-22/7 dan 27/7-29/7.

Setiap tahun ianya diadakan di Boom, Belgium dan disertai lebih daripada 180 000 orang. Pasti ramai yang nak pergi dan meletakkanya dalam bucket list. Kat sini aku cerita pengalaman dan tips sedikit sebanyak sebagai first timer pergi Tomorrowland. Harap dapat membantu untuk sesiapa yang nak pergi lepas ni.

Tomorrowland
Youphoria Stage waktu siang
Tomorrowland
Youphoria Stage waktu malam

Beli Tiket Tomorrowland 

Benda yang paling penting sekali kalau korang nak pergi Tomorrowland. Mulai tahun 2017 Tomorrowland diadakan 2 weekend. Maksudnya 2 kali setahun, yang sebelum ini sekali sahaja. Lebih banyak tiket tapi line up berbeza untuk 2 weekend tersebut. Walaupun tiket banyak tapi still susah nak dapat sebab demand lagi banyak daripada supply.

Kalau internet tak laju and diri sendiri tak berapa nak cergas jangan haraplah dapat beli tiket from official website. Kalau tak silap saya ada 3 phase penjualan tiket dan tiket cepat gila habis. Yang penting korang kena pre-register dulu kat website. Pre-registration buka setiap hujung tahun. Nanti akan ada announcement bila link dibuka untuk pre-registration.

20 orang terawal yang pre-register dari setiap negara akan dapat 1 dedicated link untuk beli tiket for up to 4 people tanpa perlu berebut dengan orang lain masa worldwide sale. So cuba la kalau dapat. Yang pasti pre-registration aku tak dapat first 20 and after that worldwide sale nak masuk store pun tak dapat walaupun dah standby 2 jam sebelum. Maybe sebab aku duduk pedalaman dan pakai hotspot phone sahaja.

Kesudahannya aku beli package magnificent green from viagogo yang boleh tahan harganya around RM3300. Ada aku jumpa Malaysian lain yang tiket dorang around rm2000 je beli dekat viagogo.

Tomorrowland
Map Tomorrowland
Tomorrowland
Jadual kelas untuk 3 hari
Tomorrowland
Pemandangan waktu malam

Tips Beli Tiket Tomorrowland Setelah Aku Research Di Internet:

  1. Internet mestilah berkelajuan tinggi. Mesti paling laju.
  2. Disconnect semua devices dari wifi masa nak beli tiket.
  3. Guna cable direct ke wifi router.
  4. Masa korang standby dekat link nak masuk store, jangan refresh browser korang. Sabar dan tenang je.
  5. Tiket boleh beli guna credit card sahaja.
  6. Make sure card limit mencukupi dan korang dah inform bank yang korang akan buat transaction dengan jumlah yang besar.
  7. Standby backup credit card kot2 primary credit card kena decline.
  8. Flexible dengan pakej apa yang ada sebab everything sells out very fast. So kalau dapat masuk store kira beruntung dah dan terus pilih pakej yang korang nak. Kalau dah habis pakej tersebut pilih pakej lain cepat-cepat asal dapat tiket Full Madness Pass.
  9. Untuk jadi 20 orang yang terawal yang pre-register, carilah kawan dari negara kecil yang kurang popular dan suruh dia pre-register mana tahu ada luck.
  10. Kalau tak silap untuk orang Belgium ada quota tiket mereka tersendiri. So boleh try cari kawan Belgium gak untuk belikan korang tiket.
  11. Viagogo valid tapi kena hati-hati. Ramai cakap untuk selamat, beli direct from Viagogo bukan daripada orang yang resell tiket dalam Viagogo.
  12. Ada orang cakap harga kat Viagogo akan mahal gila right after tiket kat website Tomorrowland sold out (macam aku beli la). Dan akan drop harga bila dah semakin dekat dengan event macam 2 weeks before.
  13. Lagi satu kalau korang nak confirm tiket tapi mahal sikit dan kurang saingan, belilah pakej Global Journey. Kalau tak silap pakej paling murah adalah magnificent green bus journey from Eindhoven.
  14. Lepas tiket sold out kat website actually boleh register untuk waiting list kalau-kalau ada orang yang nak resell tiket. Ramai juga cakap there is 80% chance boleh dapat tiket through waiting list tapi macam lambat la nak tunggu. Nanti nak cari tiket flight lagi. Kalau dekat-dekat boleh la.

Tiket Kapal Terbang

Macam aku lepas beli tiket Tomorrowland bulan Januari, setiap 2-3 hari aku akan check tiket ke mana-mana tempat dalam Europe yang murah sebab once dah masuk Europe nak ke mana-mana senang je nak dapat tiket murah bas atau train atau low-cost airlines. Lepas sebulan tu dapat la tiket Oman Air multiple cities KL-London dan Zurich-KL dengan harga rm2100.

Consider murah la untuk musim panas. Aku always guna skyscanner untuk cari flight ticket dan bila nak beli straight ke website airlines tu. Dari London nak ke Brussels aku naik bas je lebih kurang 6 jam. Untuk cari transport around Europe aku always pakai apps GoEuro atau Busradar. Dari Brussels ke Boom aku dah beli shuttle siap-siap return ada promo dekat website Tomorrowland sebulan sebelum event.

Tomorrowland
Main stage
Tomorrowland
Proud Malaysian

Tempat Tinggal

Anda diberikan 2 pilihan sama ada untuk tinggal di Dreamville atau di luar. Untuk tinggal di Dreamville anda perlu membeli sekali pakej ketika beli tiket Tomorrowland.

Macam-macam style tempat tinggal ada dekat Dreamville. Ada orang yang prefer tinggal di luar di hotel yang lebih selesa selepas penat seharian berjalan dan berlari setempat. Free shuttle bus disediakan. Bagi aku kalau nak rasa full experience dekat Tomorrowland better pilih untuk tinggal di Dreamville.

Dreamville
Dreamville
Dreamville
Hari kedua selepas dilanda hujan
Dreamville
Tengah nak set up khemah

Dreamville

“Perkampungan” yang terletak bersebelahan (jangan tertipu dengan perkataan bersebelahan) Tomorrowland. Dekat Dreamville ni korang boleh pilih nak tinggal kt khemah ke cabbana ke or macam-macam pilihan la yang ditawarkan masa korang beli pakej Dreamville tu. paling murah magnificent green yang di mana korang diberi access untuk tinggal di dalam Dreamville selama festival berlangsung (khamis sampai pagi isnin).

Aku amek pakej magnificent green so bawak khemah sendiri dan pacak kat mana yang dibenarkan. Sleeping bag wajib bawa untuk keselesaan dan kesejukan malam. Kat dalam tu korang xyah risau sebab ade marketplace yang korang boleh dapatkan almost everything. Just swipe je bracelet korang janji ada pearl. Even nak basuh baju pun ada dobi. Jalan-jalan la juga kat dalam tu, besar gila Dreamville ni siap ada gym, tempat main tennis, bola dan lain-lain.

Dreamville
Chill out zone
Dreamville
Dobi
Dreamville
Globe Bar
Dreamville
Tempat rehat
Dreamville
Dreamville Radio

The Gathering

The Gathering adalah pre-party untuk mereka yang stay dekat dalam Dreamville hari khamis a day before Tomorrowland starts. Eksklusif untuk mereka yang memang ambil pakej Dreamville sahaja. Mula dari pukul 12 tengah hari sampai 12 malam. Masa aku pergi ada 3 surprise act. Skynet, Lost Frequencies then closing act by Armin Van Buuren. Memang puas hati. Belum start lagi hari pertama Tomorrowland dah dapat layan Armin.

Dreamville
The Gathering

Bracelet – ID People of Tomorrow

Bracelet  ni merupakan ID kita kat sana nanti. Semua kena pakai bracelet. Untuk yang beli tiket dari website Tomorrowland, bracelet korang akan dihantar ke rumah korang 2 minggu sebelum event berserta treasure box.

Kalau yang tengah travel time tu atau takut posmen tak jumpa rumah korang sebab pedalaman korang boleh request untuk collect bracelet korang dekat festival nanti. Bagi yang beli through Viagogo, korang memang takkan dapat treasure box hantar ke rumah korang. Korang kena amek bracelet korang kat Will Call Desk dan make sure print tiket korang siap-siap.

Tomorrowland
ID People of Tomorrow
Tomorrowland
Bracelet

CURRENCY

Dekat tomorrowland ada currency sendiri iaitu pearl. Pearl ni korang kena top up masuk dalam bracelet korang dan everytime korang nak beli apa-apa just touch je bracelet korang kat tempat scanner tu dan baki pearl korang akan ditolak. Langsung tak boleh guna cash kat sini. Kad debit dan credit boleh digunakan hanya dekat 3 tempat sahaja: 

  • Tomorrowland Boutique
  • Carrefour dalam Dreamville
  • Untuk top up pearl

4 hari korang kat sini easily boleh spend Rm2000 so standby la credit card siap-siap yang limit dia banyak haha.

Tomorrowland
Kadar pertukaran Pearl

Makan

Segala jenis makanan ada dekat Dreamville and Tomorrowland. Memang tak payah risau. Yakin atau tak je. Nak go for vegetarian pun takde hal. Kalau dekat Dreamville nak murah bawak la makanan tin siap-siap Adabi ke Brahim then boleh masak or panaskan dekat grill yang sentiasa ada api.

Grill tu ada dekat Dreamville je taw. Kalau ikut law rasanya tak boleh bawak cooker atau tempat bakar tapi rasanya ada je yang bawak. Kalau dekat festival site memang takde option lain memang kena beli makanan kat food vendors la.

Dreamville
Tempat makan
Dreamville
Kebab vegetarian
Dreamville
Tempat grill

Internet Dan Battery

Kalau ikut research online, kat Belgium line Orange paling power sekali. Kat Dreamville dan Tomorrowland memang takde wifi so kalau nak update anything kat media social better beli simcard siap-siap dengan pelan internet. Aku beli simcard Three masa kat London. £20 untuk 12gb selama 30 hari.

Memang lebih dari cukup dan line Three ni boleh guna untuk most part of the Europe. Kalau korang amek pakej magnificent green macam aku memang takde power outlet so bawa lah powerbank charge full siap-siap. Dekat sana ada juga dijual powerbank yang korang boleh beli dan tukar dengan baru setiap kali habis battery. Harga 20pearl and last day bila korang pulangkan nanti dapat balik refund 10pearl.

Kalau rasa nak bawak balik tak payah lah amek refund. Kapasiti powerbank tu kecil je charge phone 3 kali dah habis. Kalau dekat Dreamville dekat je tempat nak tukar powerbank bila habis tapi bila dekat Tomorrowland tempat nak tukar powerbank paling hujung sekali dekat dengan Freedom Stage.

Tomorrowland
Powerbank
Tomorrowland
Freedom Stage

Pentas Tomorrowland

Tak tahu la tahun sebelum ni macam mana tapi tahun ni Tomorrowland ada 17 stages. Kalau boleh jalan seluruh pelusuk Tomorrowland dan jangan stay dekat stage sama je. Susun schedule elok-elok and mana masa yang free tu pergi lah tengok stages lain. Semua stages unik dan lawa wey.

Tomorrowland
Stage favourite Rose Garden
Tomorrowland
The Harbour House
Tomorrowland
Stage dalam hutan

Souvenirs

Bukan senang nak sampai Tomorrowland kan. Alang-alang dah sampai beli la souvenir untk dibawa pulang dan show off dekat rakan-rakan haha. Benda yang orang selalu beli macam bendera Tomorrowland, baju, topi, keychains dan lanyard. Itu je lah yang bagi aku affordable. Kalau mampu banyak lagi barang lawa tapi mahal la.

Benda paling mahal yang aku beli bendera Tomorrowland la 35Euro. Pergi bawa bendera Malaysia, balik bawa bendera Tomorrowland barulah People of Tomorrow. Topi aku beli pun harga sama. Kalau nak free souvenirs, bawa lah balik Tomorrowland schedule dan maps, Tomorrowland eye patch ambil dekat Dreamville dan Tomorrowland newspaper dekat Dreamville. Oh jangan lupa poskad dekat Tomorrowland pun free boleh pos ke mana-mana sahaja.

Dreamville
Berita harian
Tomorrowland
Topi dan lanyard
Tomorrowland
Topi
Tomorrowland
Hantar poskad percuma dari sini

Tips Berguna

  1. Bawa bendera negara masing-masing dan proudly wear it. Kibarkan Jalur Gemilang.
  2. Tahun ini ada booth Pepsi di mana kalau main game dj kat situ dapat token dan boleh claim air Pepsi free. So kalau nampak benda free, cuba je semua.
  3. Better beli souvenirs masa hari Khamis dan Jumaat sebab selepas itu banyak yang kehabisan stok.
  4. Naik Ferris Wheel adalah percuma. Alang-alang dah kat Freedom Stage beratur kejap je boleh naik. Kalau ada masa cuba naik waktu siang sekali dan malam sekali untuk dapatkan 2 view berbeza.
  5. Bawa khemah kalis air.
  6. Bawa raincoat sebab cuaca kadang-kadang tak dapat dijangka. Contohnya tahun ni masa hari kedua hujan dan malam sebelumnya hujan lebat.
  7. Kalau di Tomorroland, air mineral yang dijual mostly akan dibuang penutup so standby penutup botol siap-siap.
  8. Drinkable water boleh didapati di mana-mana di refreshing points. Yang simpan botol pun boleh refill air dekat situ.
  9. Refreshing point pun selalunya disediakan deodorant dan sunscreen. Kalau ikutkan tak payah bawa sunscreen pun tapi kalau bawa boleh simpan dan guna di Dreamville.
  10. Mandi dekat Dreamville kat outside shower free je dan buka sepanjang masa. Kalau nak selesa boleh try shower berbayar sekali masuk 2.5Pearl. Benda nak selesa memang mahal.
  11. Beli la locker size besar siap-siap dekat website sebulan sebelum festival. Both dekat Tomorrowland dan Dreamville ada kemudahan locker tapi rasanya dekat Dreamville tak perlu kot sebab kat Dreamville barang boleh simpan dalam khemah then lock la khemah.
  12. Ticket train murah boleh beli (return Tomorrowland-nearby cities) sebulan sebelum festival. Selalunya dia akan announce dekat website.
  13. Jangan lupa bawa flipflop.
  14. Bawa sweater juga sebab malam boleh jadi sangat sejuk walaupun summer. Tapi siang dia panas yang amat.
  15. Lepas dapat bracelet, jangan lupa selfie dengan bracelet masing-masing sebab kalau malfunction atau hilang nanti senang nak minta ganti.
  16. Kalau boleh sebelum pergi Tomorrowland, training cardio lebih sikit. Seriously festival ini sangat besar penat wey berjalan. Belum lagi lari setempat.

 

MY VERSION OF AFTERMOVIE

 

Overall memang terlebih puas hati and berbaloi sangat pergi. Performances semua mantap. Decorations lawa. Tempat bersih dan surprisingly semua toilet bersih sebab sentiasa ada pekerja bersihkan. Senang cerita boleh nampak ke mana pergi duit tiket kita tu.

Patut ke pergi? Yes kalau anda minat EDM dan jenis festival goer, this is the kind of festival that you don’t wanna miss. Pergi lebih daripada sekali? For me one is enough and I’ve set my eyes on other festivals. Tomorrowland betul-betul melebihi expectation anda. Selama ni tengok gambar dan video je kat youtube sekali bila dah pergi dan experience sendiri, it was 100 times better. Believe me.

Tomorrowland
W&W
Tomorrowland
Laser dia weyyy
Tomorrowland
Refreshing Point
Tomorrowland
Bunga api
Tomorrowland
Cantik kan

Tomorrowland
Wheel of Fortune