Jogjakarta

Tips Berserta Itinerari 7 Gadis Ke Jogjakarta

7 Hari 6 Malam Di Jogjakarta

298 Views in ,
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

PERINGATAN: INI BUKAN TRIP BACKPACK MAHUPUN TRIP PALING MURAH. INI HANYALAH TRIP SANTAI BERSAMA TEMAN-TEMAN. Hahaha ?

TIPS DAN INFO:

  1. Masa/waktu di Jogja adalah 1 jam lewat daripada Malaysia.
  2. Jangan sesekali sewa kereta dan drive di Jogja. Better hire supir ja sebab cara orang sana drive sangat menyeramkan dan jalan kat sana sangat bahaya dan mengelirukan.
  3. Satu attraction ke attraction yang lain agak jauh (1-2 jam), jadi prepare lah snacks untuk makan dalam kereta/van ataupun microfone untuk menyanyi menghiburkan suasana ?
  4. Hati-hati masa nak beli simcard. Kalau boleh beli dekat kedai telekomunikasi yang memang jual simcard semata-mata, bukan dekat kedai runcit sebab dorang markup double triple. Simcard terbaik adalah dari jenama SimPATI. Google dulu harga pakej simcard tu dekat website so that korang tahu korang tak kena tipu.
  5. Kebanyakan attractions/tempat yang dilawati memerlukan kita untuk mendaki. Jadi kalau nak selesa, pakai kasut yang sedap. Sandals pun boleh tapi make sure yang tak sakit kaki. Nak selamat pakai ja sneakers or sport shoes.
  6. Ayam penyet kat Jogja the best! Tapi pedas dia Astaghfirullah menusuk yang amat boleh menangis kalah putus cinta ?
  7. JANGAN pakai sandals di Pantai Timang sebab jalannya berbatu.
  8. Pantai Timang was majestic!  Pemandangan dia Subhanallah cantik gilaaa! It’s the highlight of our Jogja trip.
  9. Harga naik gondola pergi & balik – Rp200,000. Perjalanan menyeberangi dua pantai tu tak sampai satu minit pun tapi memang berbaloi sangat sebab akan ada orang yang ikut kita dan tolong ambil gambar kita. Dia siap bawak ke setiap pelusuk pantai tu untuk ambik gambar yang cantik-cantik ?
  10. Kalau taknak naik gondola, boleh jalan merentasi jambatan ja. Harganya Rp100,000. Bagi yang gayat tu, all the best ?
  11. Nak ke Pantai Timang tu kena naik jeep. Jalan dia subhanallah, mencabar ya walaupun sebagai penumpang.
  12. Wajib makan di Kedai Lobster Pak Sis, Pantai Timang. Sedap, puas & affordable.
  13. Student price untuk Prambanan Temple – Rp217,500. Borobudur Temple pun sama harga. Jangan lupa bawak student card! Untuk normal adult price, lebih kurang Rp365,000 per temple. Untung jadi student ni ?
  14. Boleh beli tiket combo Prambanan & Borobudur. Tapi admission hanya valid 2 hari. Contohnya harini pergi Prambanan, esok pergi Borobudur. Kalau nak pergi Borobudur pada hari selepasnya, tak boleh beli tiket combo. Kena beli satu-satu. Harga tiket combo tu lebih kurang Rp400,000. Jimat la kalau beli combo tiket.
  15. Souvenirs (tshirt, kemeja, fridge magnet etc) di Prambanan Temple jauh lebih murah berbanding di Malioboro & boleh tawar-menawar lagi. Barang di Malioboro mahal sbb tempat tourists & kalau kita acah-acah nak balik dari kedai tu bila dia tak bagi murah, dorang takkan panggil balik. Kalau di Prambanan dia akan kejar kita hahaha.
  16. Rattan bags yang tengah hit sekarang tu ada jual di Malioboro, ranges from Rp150,000 to Rp200,000 (RM40-55).
  17. Bonus bagi yang boleh cakap Jawa sbb boleh dapat discount! Fasih cakap Indo pun dah cukup buat tawar-menawar.
  18. Perkhidmatan teksi di Jogja: Grab, SayTaxi, Go-JEK.
  19. Semasa waterafting di Goa Pindul, pakai sandal getah yg macam crocs tu.
  20. Kalau nak tengok Mount Merapi, kena keluar awal pagi. Tapi depends pada cuaca jugak. Kami tak dapat tengok sebab cuaca mendung tapi tak hujan pun. Masa dalam flight pun dah boleh nampak banyak gunung merapi ?
  21. Untuk coffee lover, boleh pi Kopi Luwak dan Klinik Kopi (yang dalam AADC). Saya bukan coffee lover, so tak tau nak rate berapa kopi dia. Kawan2 kata sedap ja haha.
  22. Orang Jogja semua baik-baik belaka dan peramah. Indonesia ni memang penuh dengan pickup lines ?
  23. Kami book supir dari Pak Heru. Alhamdulillah supir kami Mas Anton memang the best sangat memahami yang kami ni bising dan banyak songeh hahaha ampun mas kita semua tu kayak anak kecil ?
  24. Villa kami agak jauh dari bandar sbb kami memang nak stay di villa & semua villa terletak jauh dari bandar. Kalau nak senang jalan or travel tak ramai, book ja hotel sekitar bandar Jogja.

FLIGHT: KUL-JOG-KUL

Kami beli tiket flight AirAsia semasa BIG Sale – RM275 seorang. Dengar cerita boleh dapat lagi murah kalau pandai pilih tarikh. Kami beli awal bulan Februari 2018 dan fly pada hujung Ogos 2018.

ITINERARY

DAY 1

  • Pickup di airport pukul 6:00 petang. Waktu di Jogja adalah 1 jam lambat dari Malaysia. So masa kami sampai tu dah almost maghrib.
  • Kami dinner di Restoran Sambal SS. Ayam penyet dan sambal dia terbaik. Terangkat habis!
  • Check in villa di Kaliurang.

DAY 2

  • Bukit Pengger – banyak spot cantik2 untuk bergambar, semuanya dekat2.
  • Puncak Becici
  • Hutan Pinus
  • Rumah Hobbit
  • Jurang Tembelan
  • Pintu Langit
Jogjakarta
Jurang Tembelan
Jogjakarta
Pintu Langit

DAY 3

  • Taman Sari – kat sini nanti akan ada orang offer untuk guide sekitar Taman Sari dan ambilkan kita gambar. Bayaran seikhlas hati. Dia akan cerita sejarah-sejarah di Taman Sari.
  • Prambanan Temple
  • Tebing Breksi – sangat cantik masa sunset!
  • Filosofi Kopi – dinner
Jogjakarta
Prambanan Temple
Jogjakarta
Taman Sari

DAY 4

  • Warung Kopi – breakfast
  • Pantai Timang – kami habiskan almost 4 jam kat sini
  • Goa Pindul – cave waterafting
Jogjakarta
Goa Pindul
Jogjakarta
Pantai Timang

DAY 5

  • Mount Merapi
  • Borobudur Temple
  • Gereja Ayam AADC
Borobudur Temple
Jogjakarta
Gereja Ayam AADC
Jogjakarta
Mount Merapi

DAY 6

  • Kalibiru
  • Malioboro Street – shopping
  • Kopi Luwak
  • Gelato
  • Klinik Kopi
Jogjakarta
Kalibiru
Jogjakarta
Kalibiru

DAY 7

  • Malioboro Street – sebab tak puas shopping semalam haha
  • Airport drop off

TEMPAT MAKAN BEST JOGJA:

  1. Restoran Sambal SS
  2. Kedai Lobster Pak Sis, Pantai Timang
  3. Haniki Gorpis – pisang goreng ?
  4. Filosofi Kopi – suasana malam sangat ? dan makanan sedap
  5. Penyetan Surabaya
  6. Tempo Gelato
  7. Klinik Kopi – AADC
  8. Sate Klatak Pak Bari
  9. Warung Kopi Klotok – es jeruk, nasi megono & pisang goreng sedap!
Jogjakarta
Warung Kopi Klotok

Ada banyak lagi yang orang recommend tapi kami tak sempat pi. Google2 la okay hehe.

TOTAL COSTS PER PERSON

  • AirAsia return flight RM275 + RM75 luggage (Kami share beli luggage, sorang dapat 12.5kg pergi & balik)
  • Supir & entrance fees: Rp1,300,000 (RM365) for 7 days
  • The Cabin Villa, Kaliurang: RM220
  • Entrance fee Borobudur: Rp217,500 (RM60)
  • Entrance fee Prambanan: Rp217,500 (RM60)
  • Gondola Pantai Timang: Rp200,000 (RM55)

= RM1,110 per person excluding makan, minum & shopping

NOTA KAKI

Bayaran supir Pak Heru telah termasuk:

  • Bayaran pemandu van, minyak dan parking
  • Tiket masuk ke semua tempat kecuali Prambanan & Borobudur
  • Jeep ke Pantai Timang
  • Jeep ke Mount Merapi
  • Alatan dan pemandu Goa Pindul
  • Gambar DSLR di Kalibiru

Jogjakarta

Jogjakarta

Boleh whatsapp Pak Heru di ‭+62 853 85611063‬ untuk booking. Untuk dapatkan diskaun, sebut kata laluan “Siti and the geng memang kerennnn” ???

Kalau ada nak tanya apa2, pm Siti. InshaaAllah Siti reply. Thank you for reading! Konklusinya, 10/10 for Jogja! ♥️

Artikel asal ditulis oleh Siti Nur Atiqah