19 Tanda-Tanda Anda Telah Dijangkiti Oleh Travel Bug

Adakah anda memiliki tanda-tanda ini?

163 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Apa itu travel bug? Bahasa mudahnya ialah keinginan yang kuat untuk travel. Ramai sudah dijangkiti oleh travel bug. Bila terkena travel bug ini pasti ianya akan mengubah cara anda berfikir dan hidup anda selamanya.

Dengan kemudahan capaian ke seluruh pelusuk dunia sekarang, travel sudah menjadi kebiasaan bagi orang muda malah orang tua juga. Jadi, apakah tanda-tanda yang anda sudah dijangkiti oleh travel bug?

Tanda-tanda yang anda sudah dijangkiti oleh travel bug

  1. Menahan diri dari mengambil cuti walaupun anda sakit. Sebab bagi anda, cuti yang susah payah dikumpul hanyalah untuk kegunaan travel.
  2. Bila anda ingin berbelanja seperti membeli-belah atau makan di restoran mahal anda selalu bandingkan harga tersebut dengan tiket kapal terbang untuk destinasi travel anda seterusnya ataupun keperluan barangan travel anda.
  3. Kawan Facebook anda dipenuhi dengan kawan dari pelbagai negara yang anda jumpa ketika anda travel. Following Instagram anda juga kebanyakannya dipenuhi dengan akaun travel.
  4. Anda juga percaya dengan travel bersama dapat menguji sesebuah perhubungan persahabatan atau percintaan. Dengan travel bersama juga anda percaya dapat mengenali kawan atau pasangan anda dengan lebih mendalam.
  5. Ketika masa lapang, anda lebih gemar baca blog travel atau membuat itinerari untuk percutian anda yang seterusnya.
  6. Untuk berkahwin juga anda ingin mencari pasangan yang mempunyai minat mendalam untuk travel dan tidak dapat bayangkan untuk berkahwin dan hidup bersama jika pasangan anda tiada minat yang sama untuk travel seperti anda.
  7. Anda sentiasa menyemak email atau melakukan pencarian rawak di website seperti skyscanner atau kayak untuk mencari harga tiket penerbangan yang murah. Jika anda bernasib baik mungkin anda dapat tiket penerbangan ke destinasi seterusnya dengan harga yang murah.
  8. Anda mula menunjukkan withdrawal symptoms jika anda tidak travel ke mana-mana dalam tempoh yang lama.
  9. Bilik atau rumah anda dipenuhi dengan pelbagai barang-barang cenderahati dari negara-negara yang anda telah kunjungi.
  10. Kemungkinan anda sudahpun merancang 5-10 destinasi seterusnya yang anda ingin pergi. Mungkin lebih daripada itu.
  11. Anda menjadi sangat seronok bila berjumpa kawan baru yang sama minat traveling seperti anda. Walaupun pertama kali berjumpa anda boleh berbual panjang tentang pengalaman travel masing-masing sehingga berjam-jam lamanya.
  12. Sambutan hari jadi di luar negara. Anda tidak minat menyambut hari jadi di rumah atau tempat kerja bersama keluarga dan rakan-rakan sebaliknya anda lebih gemar menyambut hari jadi dengan travel ke negara lain bersama rakan traveller yang lain ataupun berseorangan.
  13. Anda selalu menasihatkan orang lain terutamanya yang lebih muda untuk travel sebanyak yang mampu selagi masih muda.
  14. Bagi anda, percintaan yang romantik adalah mereka yang bertemu ketika travel dan terus travel bersama selepas itu.
  15. Selain dalam bahasa ibunda anda sendiri, anda sekurang-kurangnnya tahu untuk mengucapkan “hello” dan “terima kasih” dalam 5 bahasa yang berlainan.
  16. Anda gemar mengongsikan “travel quotes” dan gambar travel di Facebook dan Instagram.
  17. Email anda dipenuhi dengan promosi tiket penerbangan, destinasi percutian, promosi penginapan dan itinerari berkaitan travel sebab anda melanggan semua newsletter yang berkaitan dengan travel dari semua blog travel dan airlines websites.
  18. Movie kegemaran anda adalah movie yang berkaitan dengan travel dan anda pasti mengulang tontonnya berkali-kali.
  19. Jika anda boleh putar balik masa pasti anda berharap anda travel lebih banyak lagi.

Jadi ada di antara tanda-tanda di atas yang ada pada diri anda? Kalau ada mungkin anda sudah dijangkiti dengan travel bug. Jika begitu memang susah untuk dirawat malah anda sendiri tidak mahu dirawati.

21 points
Upvote Downvote