12 Taman Negara Terbaik Untuk Dilawati Di Eropah

1,341 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Antara sebab ramai ke Eropah, selain bangunan-bangunan yang cantik dan budaya yang unik ramai juga yang berkunjung ke benua Eropah untuk melihat keindahan alam atau architecture semulajadi. Di sini kami senaraikan beberapa taman negara yang lawa dan terbaik untuk dilawati di Eropah.

#1 Plitvice Lake National Park, Croatia

Hanya 1% sahaja kawasan tasik di taman negara ini tapi ianya menjadi tarikan terbesar untuk orang ramai berkunjung ke taman negara ini. Terdapat 16 tasik kesemuanya di dalam taman negara ini. Popular juga untuk aktviti hiking dan terdapat Great Waterfall iaitu air terjun yang paling tinggi di Croatia. Harga masuk berubah-ubah ikut musim tetapi tiket disertakan sekali dengan pengangkutan bot di Tasik Kozjak juga perjalanan panorama keretapi. Taman negara ini juga tersenarai dalam UNESCO World Heritage.

submitted by

#2 Gargano National Park, Italy

Terletak di daerah Foggia, selatan Italy. Dihiasi dengan kebiruan warna sungai dan tebing-tebing batu kapur ianya menjadi salah satu tarikan utama di Italy selain Cinque Terre dan Amalfi Coast. Namanya diambil dari Gunung Gargano yang ada di situ. Taman negara ini juga merangkumi kepulauan archipelago Tremiti dan Foresta Umbria.

submitted by

#3 Cévennes National Park, France

Terletak di selatan Perancis di kawasan pergunungan Cévennes. Di musim panas, taman negara ini menjadi tumpuan untuk aktiviti seperti canoeing, kayak, memanjat, caving dan memancing. Di musim sejuk pula ia terkenal dengan aktiviti ski. Terdapat 8 hiking trails merentasi taman negara ini.

submitted by

#4 Jotunheim National Park, Norway

Terletak 100km barat daya dari taman negara tertua Norway, di sini terletaknya gunung tertinggi di Norway iaitu Gunung Galdhopiggen. Di taman negara ini terdapat air terjun, sungai, tasik dan glacier juga. Terkenal dengan pemandangan yang cantik untuk hiking yang menyediakan pondok-pondok rehat sepanjang trail hiking tersebut. Selain itu orang ramai berkunjung ke sini untuk ski, river rafting dan glacier walk.

submitted by

#5 Triglav National Park, Slovenia

Satu-satunya taman negara di Slovenia tetapi merangkumi 3% tanah negara ini kerana Slovenia adalah sebuah negara kecil. Julian Alps juga terletak di sini dan nama puncak tertinggi gunung itu sendiri adalah Triglav. Selain puncak tinggi dan bentuk muka bumi yang dihiasi denngan sungai dan gunung, di sini juga terdapat gua-gua yang terbentuk di bahagian gunung batu kapur. Terdapat lebih kurang 25 penempatan manusia di sini yang bergantung hidup dengan aktiviti agrikultur.

submitted by

#6 Saxon Switzerland National Park, Germany

Ia bersempadankan dengan Czech Republic dan walaupun namanya Saxon Switzerland tapi ianya bukanlah di Switzerland. Taman negara ini bersambung sehingga ke negara Czech Republic dan dipanggil Bohemian Switzerland National Park. Di situ juga terdapat sempadan antara 2 negara yang boleh dilintasi oleh para pendaki. Tempat ini menjadi kegemaran wall climbers kerana terdapat lebih 700 puncak batu pasir yg terbentuk dari Elbe River berjuta tahun dahulu. Menariknya, untuk memasuki taman negara ini tidak dikenakan sebarang caj. Percuma!

submitted by

#7 Sarek National Park, Sweden

Selain Sarek, Sweden memiliki beberapa taman negara yang berbaloi untuk dieksplorasi seperti Tyresta (yang sangat hampir dengan Stockholm) dan Fulufjallet yang memiliki air terjun tertinggi di negara Sweden. Tetapi Sarek berada pada tahap yang berbeza. Kenapa? Untuk memasuki taman negara ini anda perlu hike atau ski dengan tiada tanda hiking trail yang jelas. Kemahiran membaca peta dan kompas sangat penting sebelum anda memasuki taman negara ini. Taman negara ini juga mengandungi hampir 100 glaciers dan hampir separuh puncak-puncak tertinggi yang terdapat di Sweden.

submitted by

#9 Vatnajökul National Park, Iceland

Taman Negara terbesar di Iceland. Ianya merangkumi 13% negara Iceland. Di sini tempat untuk melihat pertemuan antara dua unsur iaitu api dan ais dalam bentuk gunung berapi dan glacier. Di sini juga terdapat puncak tertinggi di Iceland iaitu Hvannadalshnjukur, Skaftafell. Hiking trail yang popular dari Asbyrgi ke Dettifoss terdapat air terjun yang dikatakan sebagai yang terhebat di Eropah.

submitted by

#10 Bialowieża National Park, Poland

Dekat dengan sempadan Belarus. Taman negara tertua di Poland merangkumi bahagian tengah hutan Bialowieza yang dikira sebagai antara hutan tanah rendah asli Eropah yang terakhir. Dinamakan sebagai salah satu UNESCO World Heritage Site. Tambahan pula ia merupakan habitat populasi bison terbesar di Eropah. Yuran masuk tidak terlalu mahal tapi ada beberapa kawasan yang memerlukan guide untuk anda masuk.

submitted by

Add your submission

Image Video Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

Drop Video Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Add

Supported services:

Maximum upload file size: 10 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

20 points
Upvote Downvote