Jangan Buat 10 Perkara Ini Ketika Anda Di Rome, Italy

Scam City Mendedahkan Pelbagai Jenis Scam Di Tempat Pelancongan Yang Popular

Pernahkah anda menonton dokumentari Scam City?

276 Views in ,
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Pernah dengar atau tonton rancangan Scam City? Ini adalah documentari yang baik mendedahkan tentang penipuan atau helah di tempat-tempat pelancongan popular seperti Prague, London, Rome, dan Istanbul. Mula disiarkan pada tahun 2012 dan diberhentikan pada tahun 2014 musim kedua.

Mempunyai keseluruhan 20 episod yang setiap episod berlangsung selama 45 minit. Hos rancangan ini adalah Conor Woodman yang travel ke beberapa bandar pelancongan popular di dunia demi mendedahkan sisi gelap pelancongan.

Dalam dokumentari ini, anda boleh melihat sendiri scam yang popular dan kerap digunakan terhadap pelancong. Menonton dokumentari ini dapat mempersiapkan anda untuk travel ke sesuatu tempat dan lebih berhati-hati setelah tahu segala tipu muslihat yang akan digunakan para scammer.

Ada yang mengatakan sesetengah situasi adalah “dibuat-buat” tetapi sekurang-kurangnya anda dapat idea tentang jenis-jenis scam yang wujud di tempat-tempat pelancongan.

Untuk lebih maklumat tentang scam di sesuatu tempat pelancongan, boleh saja google “scam city …………..” atau buat carian di youtube.

Sebenarnya, ini antara faktor yang perlu diambil kira sebelum anda travel ke sesuatu tempat. Penting untuk anda tahu segala scam yang ada di situ untuk mengelakkan anda menjadi mangsa dan merosakkan trip anda. Jadi beringatlah sebelum kena.

12 points
Upvote Downvote