Percutian Sekali Seumur Hidup Ke Syurga Pantai; Rio De Jeneiro. Apa Yang Anda Perlu Tahu?

838 Views in
Content AuthorCommunity ModeratorVerified UserYears Of MembershipStory MakerList MakerUp/Down VoterGallery Maker

Rio de Janeiro, Brazil adalah bandar pesisiran pantai yang terkenal dengan pantai Ipanema, Copacabana, barra da Tijuca dan Leblon. Ianya juga adalah bandar yang paling kerap dilawati dibawah selatan hemisphere.

Saya berada di Rio de Janeiro selama seminggu pada Oktober 2016 bersama isteri dan tinggal di hotel kawasan Barra de Tijuca, lebih kurang 10 km dari downtown Rio. Barra de Tijuca adalah kawasan baru yang dipenuhi hotel, condo dan shopping complex. Tiada seketika pun saya berasa tidak selamat semasa berada di Rio kerana kehadiran ramai polis pelancung ditempat tarikan.

Saya difahamkan oleh pekerja hotel bahawa Romario tinggal disebuah condo bersebelahan hotel yang saya duduki di Barra de Tijuca dan selalu berpelisiran dengan kereta Ferari nya di kawasan situ. Pemain bola sepak yang femes dilayan saperti Raja di Brazil.

(Pantai barra de Tijucca)

Pemandangan pantai barra de Tijucca dari bilik hotel saya

Hari pertama saya hanya recce kawasan kawasan di Rio terutamanya pantai Ipanema dan Copacabana, untuk merasai ‘vibe’ kotaraya ini. Kelihatan juga saorang dua perempuan arab yang bertudung ditepian pantai. Isteri saya yang bertudung pun tidak dipandang pelik oleh orang sana kerana toleransi tinggi rakyat Brazil terhadap berbagai bagai fahaman disana. Di pantai ada dikhaskan tempat untuk kaum LBGT yang menarik perhatian saya tetapi saya hanya melihat dari jauh sahaja.

Masaalah paling besar di Rio ialah tak ramai penduduk sini yang boleh berbahasa inggeris, dan saya terpaksa menggunakan google translate untuk terjemah kepada bahasa portuguese.

Orang Rio sendiri menasihati saya agar jangan masuk ke kawasan Favela, iaitu tempat slum yang terdapat banyak di sekeliling Rio. Favela dikuasai oleh drug lords dan tiada kehadiran polis di kawasan Favela. Setiap hari ada kes tembak menembak di Favela antara gang yang menguasai drug trade. Saya difahamkan ada masjid kecil disatu favela yang dibangunkan oleh orang Islam disitu.

Pantai di Rio penuh dengan manusia yang sunbathing setiap hari walaupun temperature hanya 20-22’C sahaja. Pada orang Rio, ‘Life is a beach’ dan mereka berkumpul dipantai untuk berparti setiap hari minggu bersama keluarga.

Semasa disana saya tidak berjumpa kedai makanan halal walaupun nampak dua kedai yang bertanda tulisan arab.

Berdekatan dengan cable car ke sugar loaf mountain saya terjumpa sebuah kedai makanan arab. Apabila diselidiki ianya kepunyaan saorang berbangsa Lebanon yang telah lama bermastautin di Brazil. Walaubagaimana pun mereka menjual beer tetapi tidak menjual masakan babi. Pekerja disitu pun tidak tau apa itu halal bila ditanya tetapi mereka mengatakan tiada menjual daging babi

Pantai di Rio juga sangat bersih, dengan pasir yang halus dan ramai yang bermain surfing dengan ombak yang sederhana kuat. Berbikini adalah pakaian seragam di Rio dan ramai berbikini didalam bas tanpa rasa malu.

Merata di Rio, pelawat perempuan berjalan dengan berbikini dan lelaki hanya memakai seluar pendek. Didalam bas adalah tiada pelik pelawat berbikini dengan bersahaja sahaja.

Rio Carnival adalah pesta paling besar di South America dan diadakan setiap tahun pada bulan Februari. Pada masa itu semua harga hotel naik berkali ganda kerana kedatangan ribuan pelancung dari USA.

Beberapa tip yang dapat saya kumpulkan setelah seminggu meronda di Rio de Janeiro.

1. Penduduk Rio sangat baik dan suka membantu tourist walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris.

2. Setiap trip bas berharga R$3.8~ Rm5, dan route bas servis semua kawasan pelancungan. Kita hanya perlu memberitahu kepada dreber bas tempat yang nak dituju.

Merayau di sebelah kawasan copacabana beach untuk cuba merasai the vibe of the city

3. Metro di Rio tidaklah selengkap saperti bandar bandar eropah.

4. Kawasan hotel paling mahal dan selamat adalah di pantai Copacabana, Ipanema dan Barra de Tijuca.

5. Selama berada di Rio saya masih merasa selamat asalkan tidak berjalan waktu malam terutamanya diDowntown.

6. Polis ramai kelihatan di tempat tempat tarikan pelancung. Jika anda hanya ada sehari di Rio, elok menggunakan bas sightseeing dengan harga Rm100 yang membuat perjalanan loop di sekitar Rio. Anda boleh naik turun bas selama sehari ditempat yang ditetapkan.

7. Orang tempatan menasihatkan agar tidak ke kawasan Favela (slum) kerana tidak selamat dan kejadian tembak menembak berlaku setiap hari di Favela. Orang Rio sendiri tidak berani ke Favela.

8. Pantai paling popular adalah Copacabana dan Ipanema.

Copacabana beach yang femes
Bikini dijual stail menjaja diatas kepala di Copacabana beach
Copacabana boardwalk
Pantai Ipanema dimana berpakaian penuh adalah pelik
Ipanema beach. Sandal Ipanema banyak dijual di Rio

9. Rio Carnival adalah pada bulan Februari selama seminggu dan harga hotel dan pengangkutan meningkat tiga kali ganda. Seramai 3 juta pelancung mengunjungi Rio Carnival setiap tahun di Copacabana.

10. Bawa phrase book English-Portuguese untuk menyenangkan perjalanan kerana tidak ramai orang Brazil boleh berbahasa Inggeris.

11. Internet data mahal di Brazil. Misalan nya, Vivo menjual 600MB data dengan harga Rm55.

12. Cuaca pada bulan september dan October (spring) sangat nyaman dilingkungan 18’C-24’C.

13. Shopping murahan adalah di Downtown Rio dan BaraShopping mall adalah terbesar di Latin Amerika.

Barangan stock olympic 2016 dijual ditepi pantai

14. Taraf hidup Brazil adalah saperti di Malaysia dan harga barangan adalah serupa saperti di Malaysia.

15. Pusat pelancung yang wajib dilawati adalah di Cristo Redemeer kerana pemandangan Rio yang cantik dari atas bukit (entrance fee Rm100), Sugar Loaf Mountain (entrance fee Rm100), Copacabana, Ipanema beach dan stadium Maracana.

Cristo Redentor, the statue weighs 635 metric tons (625 long, 700 short tons), and is located at the peak of the 700-metre (2,300 ft) Corcovado mountain in the Tijuca Forest National Park overlooking the city of Rio. The statue has also become a cultural icon of both Rio de Janeiro and Brazil, and is listed as one of the New Seven Wonders of the World. It is made of reinforced concrete and soapstone, and was constructed between 1922 and 1931
Semua berebut untuk mengambil gambar iconic Cristo Redentor di atas platform ini
Pemandangan bandar Rio dari Corcovado mountain
Pemandangan bandar Rio dari Corcovado mountain
Berkabus sekejap semasa saya di Corcovado mountain
Pemandangan dari sugar loaf mountain
Rio dari sugar loaf mountain
Pemandangan sugar loaf mountain

16. Makanan halal sangat susah didapati di Rio tetapi ada restoren vegan.

17. Teksi adalah bermeter dan kadarnya adalah saperti di Malaysia.

18. Amaran penyakit Zika memang ada merata di Rio tetapi orang disini hidup saperti tidak mengendahkan nya. Selama saya di Rio, saya tidak nampak langsung saekor nyamuk pun.

19. Bandar Petropolis hanya 100km dari Rio dan merupakan pusat peranginan untuk penduduk Rio kerana cuaca yang dingin.

20. Bintang bolasepak Brazil, dulu dan sekarang ramai yang tinggal di Rio dan mereka selalu kelihatan di pantai Copacabana, Ipanema dan Barra de Tijuca.

21. Rio de Janeiro dan Sao Paulo ada kawasan paling moden dan terkaya di Brazil berbanding kawasan lain.

Padang futsal ada merata di Rio
Seleron steps di Rio yang mempunyai beberapa kepingan tiles Allah dan Muhammad

Adakah anda perlu melawat Rio de Janeiro? Ya, hanya untuk sekali seumur hidup.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
#kutuberahak.

22 points
Upvote Downvote