Rahsia Melancong Di Mesir Dengan Percuma, Tak Ramai Yang Tahu

525 Views in
Story MakerYears Of Membership

Mungkin saja ramai yang masih belum tahu tentang perkara ini.

Tapi tidak mengapa, akan saya kongsikan apakah rahsia yang membuatkan anda sebagai pelajar Universiti Al-Azhar mahupun mana-mana universiti di Mesir tidak perlu lagi membayar tiket masuk ke tempat perlancongan di Mesir dengan potongan harga sebanyak 50%, malah percuma!

Rahsianya adalah, anda hanya perlu membuat ‘Tasrih Ziarah Sanawi’ yang mana seolah-olah anda merupakan tour guider di mesir ini.

Tidak sesukar yang anda bayangkan, anda hanya perlu rujuk ejen-ejen yang menguruskan perkara tersebut di group Facebook Pasar Mesir untuk mendaftar tasrih ini. Anda juga dinasihati agar memilih ejen yang benar-benar dipercayai bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat tasrih ini adalah:

  1. Salinan Passport
  2. Salinan kerneh (kad pelajar universiti di Mesir)/ tasdiq (pengesahan pengajian)
  3. Gambar ukuran Passport
  4. 150 LE (harga asal tasrih, tidak termasuk harga upah agent)

Tasrih ini ada tempohnya, nama pun ‘sanawi’ (tahunan) jadinya setiap tasrih yang anda daftarkan pasti akan tamat tempoh pada hujung tahun dan anda perlulah sentiasa peka dengan perkara tersebut.

Apakah antara tempat perlancongan menarik yang dapat anda masuk dengan percuma bersama tasrih ini?

1. Piramid Giza

2. Kubu Salahuddin al-Ayubi

3. Istana Qorun

4. Muzium Tahrir

5. Beyt Sinari

6. Kubu Qaitbay

7. Bab Zuweila

Video travel ke Bab Zuweila

Pesanan: Anda perlu sentiasa membuat semakan semula untuk mendapatkan data yang sahih dari semasa ke semasa memandangkan prosedur di Mesir kerap kali berubah-ubah
Akhir kata, siru ala barakatillah.

– hajidibnazhar –

Follow terus kami di kolum ini untuk mengikuti perkongsian fakta-fakta menarik tempat pelancongan.

Baca juga: 11 Fakta Menarik Berkaitan Rakyat Netherlands Yang Belum Pernah Kita Dengar