Permulaan Pengembaraan 6 Hari Di Bumi Algeria Yang Asing

151 Views in
Content AuthorCommunity ModeratorVerified UserYears Of MembershipStory MakerList MakerUp/Down VoterGallery Maker

Tiba-tiba datang mood nak berkongsi pengalaman permusafiran yang tak seberapa ini setelah sekian lama menyepi dalam gua.

Dan mood aku kali ini nak menulis catatan-catatan di bumi yang jarang orang jejak.

Algeria.

Mungkin ramai orang sudah maklum kewujudan negara Algeria ini dengan nama-nama pemain bola seperti Riyad Mahrez, Soufiane Feghouli dan Islam Slimani, juga nama-nama pemain Eropah yang mempunyai darah Algeria seperti Zinedine Zidane dan Karim Benzema.

Bagi peminat sejarah mungkin masyhur dengan ulama’ dan pahlawan terkenal, Emir AbdulKadir Al-Jazairi. Juga tidak lupa tokoh cendekiawan Malik Bennabi.

Dalam dunia hiburan pula Rachid Taha, Cheb Mami dan Khaled antara yang menghiasi industri hiburan dunia arab.

Namun ramai yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Dan memang bumi Algeria bukanlah menjadi tumpuan di tambah dengan kesukaran untuk mendapatkan visa.

Buat pengetahuan semua, dalam ratus-ratus negara dalam dunia ini, hanya ada 8 negara saja yang boleh masuk ke sana tanpa visa. Salah satu yang bertuah ialah negara kita yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik.

Kita patut bersyukur di atas kemudahan yang Allah berikan untuk berkelana di bumi yang pernah menjadi saksi kepada perkembangan peradaban Islam di bumi Afrika.

Aku ingatlah kata-kata kawan Algeria aku,

“Kau patut bersyukur kerana boleh masuk Algeria tanpa visa. Ada sikit saja negara yang boleh masuk ke sini tanpa visa. Kawan Amerika aku dulu punyalah payah prosedur nak buat visa untuk ke sini.”

Bersambung…

6 points
Upvote Downvote