http://Www.youtube.com/flyingthenest

Perjalanan 12 Jam Menaiki Keretapi Kelas Pertama Dari Cairo Ke Aswan Dengan Keretapi Watania

Keretapi Terbaik Di Mesir

616 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Luxor dan Aswan adalah antara tempat popular tumpuan pelancong di Mesir. Perjalanan dari Cairo ke Aswan menaiki keretapi adalah pilihan terbaik. Keretapi Watania yang membawa anda dari Cairo ke Aswan dikatakan sebagai perjalanan keretapi terbaik di Mesir. Lagi-lagi jika anda menaiki First-Class.

Kalau anda biasa travel di Mesir menaiki keretapi pasti sukar dipercayai kenyataan ini. Seperti yang ditunjukkan dalam video ini, First-Class di Mesir mempunyai kelas tersendiri mungkin tidak setanding First-Class yang lain tetapi cukup selesa dan cantik berbanding perkhidmatan keretapi yang lain di Mesir.

Perjalanan keretapi ini memakan masa 12 jam dan anda akan diberi makan malam dan sarapan. Keretapi ini tiada tempat mandi, tapi sinki dan plug disediakan di setiap cabin.

Video berdurasi 13 minit 11 saat ini menunjukkan keadaan di dalam keretapi tersebut dan sedikit pemandangan di stesen keretapi Cairo. Di penghujung video, anda boleh lihat beberapa tempat menarik di Aswan. Boleh tonton video lain tentang pengembaraan 2 Australian ini di youtube channel mereka Flying The Nest.