Pengalaman Berjumpa Dan Berbual Dengan Santa Claus Di Rovaniemi, Finland

Hari-hari boleh jumpa Santa Claus di Rovaniemi, Finland

940 Views in , ,
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Rovaniemi terletak di utara Finland just below the Arctic Circle. Rovaniemi hampir musnah semasa perang dunia kedua dan dibina semula sepenuhnya pada tahun 1946. Sekarang Rovaniemi menjadi pusat pelancongan dan terkenal sebagai official home town of Santa Claus.

Rovaniemi
Santa Lego

Bagi saya waktu terbaik untuk pergi Rovaniemi adalah waktu winter. Sebab tarikan di sini semua best waktu winter dan lagi-lagi masa snowing. Nanti saya cerita kenapa. Untuk pergi ke Rovaniemi selalunya orang akan pergi dari Helsinki ibu negara Finland.

Banyak international flight yang masuk Finland melalui Helsinki. Macam saya sendiri ambil flight Norwegian Airlines dari Bangkok ke Helsinki. Transit di Stockholm 4 jam.

Dari Helsinki ke Rovaniemi ada 2 pilihan popular sama ada menaiki flight tambang murah yang berdurasi lebih kurang sejam setengah ataupun overnight train yang berdurasi 12-13jam.

Helsinki
Helsinki helsingfors

Saya pilih overnight train sebab terpengaruh dengan satu youtube video yang menceritakan kehebatan dan keseronokan menaiki overnight train dari Helsinki ke Rovaniemi. Train tersebut juga dikenali sebagai Santa Claus Express. Bermula di Helsinki dan stesen terakhirnya adalah di Kemijärvi.

Yang bestnya naik pukul 11malam dan bila bangun pagi dan hampir sampai ke destinasi anda akan disajikan dengan pemandangan indah lagi-lagi kalau dilitupi salji. Tapi lama-lama tengok boring juga haha.

Helsinki
Jalan-jalan di Helsinki

Untuk berjalan-jalan di Rovaniemi kami menyewa sebuah kereta sedan. Harga boleh dikatakan agak murah jika dibandingkan sewa kereta di Oslo, Norway yang bagi kami sangat mahal. Kami cari kereta sewa online je dan pickup kereta sewa di stesen keretapi Rovaniemi.

Untuk menjimatkan lagi perjalanan, kami nampak seorang pelancong (dari Korea) bermundar-mandir keseorangan di stesen tersebut lalu kami offer dia untuk naik sekali dan chip in sikit duit sewa kereta dan minyak. Alhamdulillah dia ikut dan teruja dengan plan kami yang tak seberapa. Selain dapat kawan baru, dapat juga jimat kos perjalanan.

Rovaniemi
Perhentian bas di Rovaniemi

Motif utama kami sewa kereta kerana di musim sejuk, kekerapan pengangkutan awam dikurangkan jadi memang susah untuk ke mana-mana tambahan pula dengan siang yang pendek. Kalau nak naik bas memang terkejar-kejar. Tak perlu international driving license pun. Kami pakai lesen memandu Malaysia je. Lagipun tempat yang kami pergi agak berjauhan antara satu sama lain.

Rovaniemi
Moose

Destinasi pertama kami selepas ambil kereta, topup makanan di supermarket dan terus straight ke Ranua Wildlife Park. Oh GPS disediakan sekali dengan kereta so senang la pemanduan.

Ranua Wildlife Park adalah zoo yang paling hujung di utara dunia. Ia terletak lebih kurang 80km dari Rovaniemi centre. Ia dibuka sepanjang tahun tapi waktu beroperasi dan harga tiket bertukar-tukar mengikut musim. Masa kami pergi pada bulan November 2017, untuk seorang dewasa berharga €15.

Rovaniemi
Di hadapan Ranua Wildlife Park

Zoo ini memiliki lebih kurang 50 species haiwan. Antara yang menarik adalah wolverine, polar bear, lynx dan brown bear. Zoo ini ternyata lebih cantik dan menarik kalau dipenuhi salji putih. Dekat sini juga boleh menaiki husky sled atau reindeer sled kalau keadaan mengizinkan.

Keadaan yang dimaksudkan adalah ketebalan salji yang mencukupi. Rugi masa kami pergi baru lepas hujan dan salji cair so tak dapat la merasa husky sled. Berdekatan situ juga ada ladang husky tapi mesti pergi dengan guide, malangnya ketika itu guide pun tak available. Benda yang wajib buat di Rovaniemi adalah cuba husky sled kalau ada peluang!

Rovaniemi
Polar bear
Rovaniemi
Serigala jadian
Rovaniemi
Haiwan aneh

Seterusnya kami ke Santa Claus Village. Ini adalah main attraction di Rovaniemi. Di sini la korang boleh berjumpa Santa Claus. Kononnya di sini la tempat asal Santa Claus. Dekat sini juga anda boleh berdiri di tengah-tengah garisan bulatan Artik. Macam-macam yang boleh dilakukan di sini. Ada juga pakej untuk menaiki reindeer sled di sini. Tarikan utama semestinya adalah berjumpa dengan Santa Claus.

Rovaniemi
Arctic Circle marker

Selain itu anda juga boleh menghantar poskad dari Pejabat Pos Santa Claus ke seluruh dunia. Agak unik la kononnya Santa sendiri yang menghantarnya siap cop dari Santa lagi. Tapi saya punya poskad sampai sekarang tak sampai-sampai lagi. Nasib saya di Rovaniemi tak berapa baik la mungkin kena pergi lagi sekali minta restu dengan Santa Claus.

Rovaniemi
Santa Claus kapitalis
Rovaniemi
Posto posto!
Rovaniemi
Santa Claus village

Waktu malam di Rovaniemi korang boleh Aurora hunting. Rovaniemi ni boleh dikatakan tempat terbaik untuk melihat Aurora di Finland. Dan tempat terbaik untuk melihatnya di Rovaniemi adalah di tasik berhadapan dengan Arktikum Science Museum.

Bulan November mungkin terlalu awal untuk melihat Aurora kerana ketika itu kemunculan Aurora tidak seberapa kerap berbanding dengan bulan Disember dan Januari. Kalau pergi nak tengok Aurora saya cadangkan pergi antara hujung bulan November ke bulan Januari. At least stay 5 hari atau lebih. Jangan lupa check Aurora forecast!

Rovaniemi
Gigih Aurora hunting sampai tertidur

Rovaniemi
Laut beku

17 points
Upvote Downvote