in

Pendakian Dari Valbone Ke Theth: Keindahan Albania Alps yang Tersembunyi

Story Maker

Albania sebuah negera kecil di Balkan dan bersempadan dengan Greece, Macedonia, Kosovo dan Montenegro. Muslim adalah populasi terbesar di Albania. Jumlah populasi Albania adalah seramai 3.6 juta penduduk. Tirana adalah ibu negara Albania.

Pendakian bermula dari Valbone ke Theth, kedua-duanya digelar Taman Negara atau ‘Accursed Mountain’. Pendakian boleh dilakukan dalam masa sehari dan saya mengambil masa selama 8 jam dengan beberapa rehat makan tengahari, mengambil gambar dan rehat-rehat kecil menukmati keindahan kedua-dua taman negara.

Perjalanan Shkoder ke Valbone:

  • Saya menetap di bandar kecil Shkoder, lebih kurang 15km dari sempadan Montenegro.
  • Minibas dari Shkoder ke Terminal ferry koman lake mengambil masa 90 minit. Saya beli kesemua tiket dari hostel di Shkoder.
  • Minibas pukul 6.15am dari hostel di Shkoder.
  • Ferry berlepas tepat jam 9 pagi.
  • Perjalanan mengambil masa selama 3 jam dari Terminal Tasik Koman ke sebuah kampung kecil, Fierze.
  • Perjalanan selama 3 jam tidak sunyi dari keindahan tasik Koman.
  • Fierze adalah stesen terakhir dan dari Fierze saya mengambil minibas ke Valbone.
  • Fierze ke Valbone sejauh 25 km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Perjalanan Valbone ke Theth:

  • 7km dari tempat tinggal saya di Valbone ke tempat bermula pendakian ke Theth. Tuan punya hostel menghantar kami menaiki kereta.
  • Trekking mengambil masa selama 8 jam dari Valbone to Theth. Kebiasaannya hanya 6 jam tetapi kami meluangkan banyak masa untuk berehat dan menikmati keindahan musim luruh.
  • Pada ketinggian 1500m terdapat sebuah café kecil bagi yang ingin menikmati kopi atau teh panas dan tandas. Juga terdapat tempat bagi yang ingin berkhemah. Percuma ya.
  • October ada musim yang tidak ramai pelancong berbanding pada musim panas. Kami hanya terserempak dengan 7 orang pendaki sepanjang pendakian kami.
  • ‘Trekking trail’ yang sangat berbatu, jadi anda perlu mengguna kasut yang sesuai.
  • Agak mencabar semasa pendakian turun.
  • Terdapat 1 lagi kafe semasa pendakian turun.

Kampung Theth

  • Sebuah kampung kecil yang sangat cantik.
  • Terdapat beberapa ‘hiking trail’ yang boleh dilakukan dalam masa sehari.
  • Tempat-tempat menarik seperti Grunas waterfall, Grunas canyon, blue eye, Gereja, dan boleh meluangkan masa menerokai keindahan kampung.
  • Trekking ke Grunas Waterfall, mengambil masa selama sejam.
  • Trekking ke blue eye mengambil masa selama 6 jam pergi dan balik. Berbaloi.
  • Dapat dilihat banyak penginapan-penginapan baru mula dibina baru menampung pelancong bagi musim panas akan datang.

Perjalanan Theth ke Shkoder

  • Perjalanan mengambil masa selama 3 jam dengan menggunakan minibas.
  • 40km pertama agak mencabar dengan jalan yg berbatu dan bengkang-bengkok.
  • Pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan menurun dari kampung Theth.
  • Minibus boleh di beli dari tempat penginapan di Theth.
  • Minibas terakhir pada pukul 1.30pm.
  • Saya mengambil keputusan untuk menginap di Shkoder 1 malam bagi merehatkan badan selepas trekking.

Penginapan:

Shkoder : The Wanderers Hostel

  • Penginapan & perkhimatan yang terbaik sepanjang perjalanan saya.
  • Staff yang sangat peramah dan akan menolong apa saja yang anda perlukan. Mereka akan menjawab segala pertanyaan anda.
  • Hostel ini dibuka 3 tahun lepas dan diusahakan oleh bapa dan anak.
  • Makan pagi yang sangat enak dan jika anda mempunya bas di awal pagi, meraka akan bangun di awal pagi untuk menyedia makan pagi untuk anda.
  • Ini terjadi kepada kami yang mempunyai bas jam 6.15pm, mereka bangun seawal 5 pagi untuk menyedia sarapan pagi.
  • Segala tempahan minibas, ferry dan minibas ke Vlabone jugak boleh dibuat melalui hostel ini.
  • Mereka juga menolong kami mengatur teksi dari Theth pulang ke Shkoder kerana bas tidak beroperasi pada hari itu.
  • Penginapan termasuk sarapan pagi percuma.
  • Mereka membenarkan anda menyimpan ‘extra luggage’. Todak perlu membawa semua barang-barang anda ke Theth.

Valbone: Arben Selimaj Guesthouse

  • Saya sangat mencadangkan anda memilih guesthouse ini di Valbone. Terdapat beberapa Guesthouse di tengah kampung Valbone yang mana anda akan dengar kereta, lori dan kenderaan besar lalu lalang, tetapi di Arben, anda akan mendengar suasana alam semula jadi di waktu malam dan cuma 10meter terdapat air terjun yang sangat cantik.
  • Di usaha oleh sepasang suami isteri muslim yang sangat manis dengan senyuman.
  • Penginapan termasuk makan tengahari semasa anda sampai, makan malam, sarapan pagi keesokkan harinya dan bekalan buat anda trekking.
  • menu makan malam kami ikan segar yang baru saja dipancing oleh Arben. Ikan bakar dan kentang koreng yang sangat sedap. Ditambah pula dengan sup, memang sesuai dengan cuaca sejuk.

Theth: Villa Gjecaj

  • Tidak perlu risau kerana terdapat banyak penginapan di Theth. Tidak perlu membuat penempahan awal di booking.com or hostelworld.
  • Villa Gjecaj terletak di lokasi yang strategik dan menarik.
  • Saya dan teman membuat tempahan melalui booking.com.
  • Kos penginapan 10 Euro 1 malam tidak termasuk makan tengah dan makan malam. Cuma termasuk sarapan pagi.
  • Saya dihidangkan dengan pemandangan yang cantik di awal pagi dari tingkat tempat tidur saya.
  • Sarapan pagi bermula pukul 7 pagi dan ‘pancake’ sangat sedap dipadankan dengan ‘mountain tea’.
  • Untuk makan malam, anda diberi pilihan untuk memilih menu yang disediakan. Terdapat ayam, kambing, nasi dan cendawan, sup sayur, salad. Saya tidak mencadangkan ayam dan kambing, sebab mereka cuba rebus dan dicicah bersama-sama sos cili atau tomato. Boleh cuma byrek, sup sayur dan kentang.

Kos keseluruhan:

  • Shkoder hostel sebelum trekking, 2 malam  : 14.4 Euro
  • Minibas ke Terminal feri Tasik Koman : 5 Euro
  • Feri ke Fierze : 5 Euro
  • Minibas ke Valbone : 5 Euro
  • Valbone hostel, 1 malam : 20 Euro
  • Theth Hostels, 2 malam : 32 Euro
  • Teksi Theth ke Shokder : 10 Euro
  • Shokder Hostel selepas trekking, 1 malam : 7.2 Euro
  • Jumlah : 98.6 Euro atau RM493

Tips Dan Cadangan:

  • Hitchhiking sangat mudah di Balkan. Anda boleh hitchhiking dari Montenegro ke Shkoder. Boleh Hitchhiking dari Shkoder ke Tirana.
  • Albanian currency adalah Lek yang mana 100 Lek = RM3.8.
  • Euro di terima secara meluas, hostels, restaurant, kafe, dan kedai biasa.
  •  Burger dijual serendah 1 Euro.
  • Albanian sangat peramah, tidak perlu rasa malu untuk memulakan percakapan dengan ‘Hi…’.
  • Semua hostel di Valbone & berharga 20 Euro, percuma 3x makan dan 1 bekalan untuk trekking.
  • Kebanyakan hostel atau Guesthouse di Theth berharga 20 euro termasuk 3 makan dan sarapan pagi.
  • Tidak perlu mengambil ‘guide’ untuk trekking ke Theth
  • Sekurang-kurangnya membawa 1.5l air untuk trekking. Anda boleh menambah air di pertengahan jalan di kafe.
  • Perlu kasut hiking yang sesuai. ‘Trekking taril’ sangat berbatu dan licin.
  • Untuk berjimat, anda boleh atau mengambil bus dari Shkoder ke Terminal feri tasik koman. Boleh jimat 5 euro. Sama juga apabila anda sampai di Fierze, anda boleh hitchhiking ke Valbone. Tidak banyak kereta lalu lalang tapi itu tidak mustahil.
  • Jika anda 4 orang, boleh mengambil teksi dari Theth pulang ke Shkoder, 10 Euro seorang.

Selamat Mengembara!