Patung Paling Sedih Di Dunia

Dying Lion of Lucerne Monument

311 Views in ,
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Tahukah anda patung singa di Lucerne ataupun dikenali Löwendenkmal dalam bahasa Jerman, disifatkan sebagai patung yang paling sedih di dunia. Direka oleh Bertel Thorvaldsen dan dibentuk sepenuhnya dari batu oleh Lukas Ahorn pada tahun 1820-1821.

Patung batu ini dibuat khas bagi memperingati 700 askar Swiss yang terkorban semasa Revolusi Perancis pada tahun 1792. Patung ini menunjukkan imej singa sedih yang sedang menghampiri ajal dari luka tusukan lembing telah memberi kesan kepada ramai orang yang melihat patung tersebut. Malah Mark Twain pernah berkata:

The most mournful and moving piece of stone in the world

Anda bole melihat patung ini di Lucerne, Switzerland. Terletak berdekatan dengan stesen Löwenplatz, patung ini terletak agak tersorok di dalam dan diletakkan seberang tasik buatan sebagai sempadan. Untuk melihat patung ini tidak dikenakan sebarang bayaran.

Patung paling sedih di dunia
Lion of Lucerne

Patung ini merupakan tarikan utama di Lucerne, Switzerland. Selain itu, di Lucerne juga anda boleh melawat Gunung Rigi dan Pilatus yang juga merupakan tarikan pelancong di sini. Malah anda boleh ke puncak gunung tersebut dengan pelbagai pilihan sama ada hiking, kereta kabel ataupun keretapi condong (dikatakan sebagai paling condong di dunia). Harga agak mahal tapi kalau mampu apa salahnya.

Gunung Rigi
Pemandangan Gunung Rigi dari jauh

Fakta menarik : The Lion of the Confederacy ataupun Lion of Atlanta di Perkuburan Oakland yang diukir oleh T. M. Brady pada tahun 1894 dikatakan sebagai salinan yang hampir sama dengan Lion of Lucerne.

Mimik Lion of Lucerne
Lion of Atlanta

22 points
Upvote Downvote