Talat Rom Hoop
Maeklong Railway Market

Pasar Di Tengah-Tengah Landasan Keretapi Di Thailand

Maeklong Railway Market

832 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Mesti ramai yang pernah dengar tentang Maeklong Railway Market di Thailand iaitu pasar di tengah-tengah landasan keretapi. Bagi sesiapa yang pergi ke Bangkok, Thailand tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mengalami sendiri suasana di pasar ini dari luar keretapi dan dalam keretapi.

Di pasar ini anda boleh membeli buah-buahan dan sayur segar, hasil laut, daging, bunga dan macam-macam lagi. Apa yang uniknya tentang pasar ini? Pasar ini terletak di kiri kanan landasan keretapi dan ketika tiada keretapi melalui kawasan ini, pengunjung atau pembeli boleh berjalan di atas landasan keretapi ini sambil membeli belah di sini.

Keretapi tiba dan berlepas dari sini
Stesen Maeklong

Semua orang hendaklah beralih dari landasan keretapi tersebut jika ada keretapi melepasi landasan tersebut. Jangan risau sebab sebelum keretapi melalui pasar tersebut, bunyi hon yang kuat akkan kedengaran sebagai amaran awal.

Malah peniaga pun dikehendaki mengalihkan barang perniagaan mereka dari landasan tersebut untuk memberi laluan kepada keretapi. Mereka telah membangunkan satu kaedah yang bagi kami amatlah efisien untuk mengalihkn barang perniagaan dan khemah dari landasan setiap kali ada keretapi mahu lalu.

Sebelum keretapi lalu
Sekitar pasar

Untuk barang di bawah selalunye mereka meletakkan di atas papan yang bawahnya mempunyai seolah-olah mini landasan dan roda untuk ditarik ke dalam dan luar bila diperlukan. Proses mengalihkan barang dan khemah selalunya tidak melebihi seminit pun. Memang sangat efisien!

Sebelum keretapi lalu
Sekitar pasar

Keretapi dari Stesen Ban Laem akan melalui landasan tersebut untuk ke Stesen Maeklong 4 kali sehari. Dan lagi 4 kali keretapi itu akan melalui landasan tersebut untuk ke Stesen Ban Laem dari Stesen Maeklong.

Jadi setiap hari anda berpeluang untuk melihat keretapi melepasi pasar tersebut sebanyak 8 kali. Untuk jadual perjalanan keretapi, anda boleh melihatnya di Stesen Maeklong.

Tetapi untuk idea kasar dan perancangan awal, keretapi akan melalui pasar tersebut pada pukul 6.20am, 9.00am, 11.30am dan 3.30pm dari Stesen Maeklong. Manakala tiba ke Stesen Maeklong dari Stesen Ban Laem, keretapi akan melalui pasar tersebut pada pukul 8.30am, 11.10am, 2.30pm dan 5.40pm.

Keretapi melepasi pasar

Bagi penduduk tempatan, pasar ini dikenali dengan nama Talat Rom Hoop yang bila diterjemahkan membawa maksud Pasar Payung Tertutup. Pasar ini terletak lebih kurang 60km dari bandar Bangkok.

Ketika keretapi melepasi pasar
Cubaan tangkap gambar

Terdapat pelbagai cara untuk ke pasar ini dan cara yang paling murah adalah dengan menaiki van awam yang pergi ke Maeklong Train Market dari Stesen Bas Sai Tai Mai, Bangkok’s Southern Bus Terminal dan Stesen Bas Mochit beberapa kali sehari. Harga bermula dari 90THB seorang untuk perjalanan sehala.

Maeklong railway market
Di tengah pasar

Untuk perspektif yang lain dan lebih unik, anda boleh cuba menaiki keretapi yang melepasi Maeklong Railway Market. Cara terbaik adalah dengan menaiki keretapi dari Stesen Wongwian Yai di bangkok melalui Maeklong Line yang berlepas pada pukul 6.45 pagi.

Maeklong railway market
Sebelum memasuki pasar

Perjalanan lebih kurang 1jam untuk sampai Stesen Mahachai di mana anda kena turun dan merentasi sungai dengan feri untuk ke Chalom Pier dari Mahachai Pier. Naik keretapi di Stesen Ban Laem dan lebih kurang 1jam 40minit selepas itu anda akan melalui Maeklong Railway Market.

Maeklong railway market
Usha line dulu sebelum masuk pasar

Selepas itu anda boleh turun dari keretapi dan tunggu untuk beberapa minit di tepi landasan di pasar untuk melihat keretapi berlepas dari Stesen Maeklong dan melalui pasar tersebut. 2 perspektif berbeza dalam 1 hari!

Tips untuk mereka yang mahu mengunjungi Maeklong Railway Market:

  1. Bawa air dan kipas kerana keadaan cuaca boleh jadi agak panas.
  2. Tempat tersebut agak gelap sebab ditutup dengan payung sepanjang pasar tersebut. Jadi pastikan kamera anda berada dalam mode lowlight.
  3. Tiba awal.
  4. Pintu masuk utama sangat padat dengan orang jadi semakin jauh anda dari pintu masuk semakin kurang orang.
  5. Jaga keselamatan anda ketika keretapi melalui pasar tersebut. Jaga jarak anda dari keretapi dan jangan risikokannya untuk gambar atau video yang perfect.
  6. Lihat jadual perjalanan keretapi di Stesen Maeklong untuk waktu perlepasan dan ketibaan yang tepat.

Video detik keretapi melepasi Maeklong Railway Market untuk tatapan pembaca

33 points
Upvote Downvote