Panduan Mudah: Membuat Itinerari Secara Ringkas dan Padat!

373 Views in
Years Of MembershipStory Maker

Itinerari = Pemudah Perjalanan Travel

Merancang itinerari (jadual perjalanan) adalah komponen penting yang mana ia merupakan salah satu dari persiapan sebelum travel selain membuat tempahan tiket penerbangan, hotel, membuat kajian berkaitan lokasi travel dan lain-lain.

Namun ada juga sebahagian traveler yang lebih gemarkan perjalanan tanpa jadual dan hanya membuat keputusan mahu ke mana dan ke mana pada saat itu juga. Terpulang, segala-galanya terletak pada diri sendiri.

Akan tetapi jika anda merupakan seorang traveler yang masih berjinak-jinak dalam dunia travel, anda dinasihatkan supaya membuat itinerari yang lengkap tambahan jika lokasi itu merupakan lokasi baru dan pertama kali anda jejaki.

Saya di sini ada untuk membantu dan berkongsi kepada anda berkaitan panduan membuat itinerari yang mudah, ringkas dan lengkap supaya perjalanan anda lebih kemas dah teratur.

Namun panduan ini lebih tepat jika digunakan pada perjalanan yang melibatkan lebih dari satu negara atau negeri memandangkan itinerarinya begitu terperinci.

Berikut adalah jenis itinerari: 

1. Itinerari Kalender 

Itinerari ini tidak jauh bezanya dengan kalender yang tergantung di dinding rumah anda. Anda perlu menyusun dan mencatat setiap pergerakan dalam kalender tersebut supaya memudahkan rujukan semula pada sebelum mahupun semasa perjalanan.

Antara komponen yang perlu anda ihtimamkan adalah:

  1. Pergerakan dari setiap negara ke negara lain dalam itinerari tersebut
  2. Sertakan juga masa pelepasan dan ketibaan
  3. Dapatkan kod lapangan terbang bagi memudahkan penulisan dan membiasakan anda dengan kod tersebut seperti ‘KUL’ untuk KLIA (Kuala Lumpur International Airport).

2. Itinerari Peta

Itinerari ini sama rupanya seperti pelan pergerakan anda untuk setiap negara atau negeri cumanya dalam bentuk yang lebih kemas dan teratur.

Antara komponen yang perlu anda ambil berat adalah:

  1. Nama negara serta negerinya seperti Netherlands (Amsterdam) dalam itinerari tersebut
  2. Arah pergerakan dari mula perjalanan hingga pulangnya anda ke negara sendiri
  3. Dalam setiap arah itu, anda perlu sertakan tarikh perlepasan, kod lapangan terbang serta masa
  4. Sertakan sekali nombor susunan pergerakan pada setiap arah (anak panah) seperti 1, 2 dan seterusnya
  5. Letakkan kedudukan negara dalam itinerari mengikut kedudukan negara dalam peta dunia atau negara
  6. Pergerakan ini tidak semestinya hanya dengan kapal terbang sahaja, malah bas dan keretapi juga turut disertakan bersama

3. Itinerari Masa  

Itinerari ini hanya mencatatkan tempoh masa pergerakan anda dari satu lokasi ke lokasi lain dengan terperinci supaya anda dapat menggambarkan waktu pelepasan dan ketibaan. Dengan itu anda akan dapat membanyangkan apa yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas pergerakan.

Antara komponen yang perlu anda fokuskan adalah:

  1. Rupa itinerari ini sama seperti graf yang mana pada jalur Y anda catatkan jam dan pada jalur X pula anda catatkan tarikh/hari
  2. Jalur Y bermula dari 12 a.m (atas) dan berakhir dengan 12 a.m seterusnya (bawah)
  3. Warnakan setiap kotak pergerakan dengan warna yang berbeza
  4. Nyatakan negara (yang mana anda berlepas dan tiba) dalam kotak pergerakan
  5. Sertakan masa yang tepat (berserta minit) dalam kotak pergerakan seperti 8:12 pada baris 8 (rujuk awal kotak merah)

4. Itinerari Tentatif 

Itinerari ini sama sahaja seperti tentatif untuk sesebuah majlis dan ia sangat mudah untuk disiapkan. Akan tetapi anda perlu mengkaji secara terperinci berkaitan tempat lawatan dan jarak perjalanan untuk tiba ke lokasi serta masa yang diambil kerana dengan itu barulah anda mampu untuk menyusun pergerakan anda ke dalam itinerari dengan sempurna.

Antara komponen yang perlu anda bawakan adalah:

  1. Tarikh dan hari untuk pergerakan seharian
  2. Masa yang mana bermula dari 12 a.m dan berakhir dengan 11.59 p.m untuk sehari
  3. Lokasi dan aktiviti untuk setiap masa tersebut
  4. Sertakan muka surat bagi setiap halaman supaya tersusun

5. Senarai Lokasi 

Senarai ini amat penting, yang mana akan anda catatkan kawasan perlancongan menarik untuk anda lawati supaya tiada yang tercicir.

Antara komponen yang perlu anda ketengahkan adalah:

  1. Nama negara serta negeri yang anda jelajah
  2. Kawasan perlancongan menarik yang telah anda kaji melalui Google, Youtube, blog dan lain-lain
  3. Susun kawasan tersebut dalam senarai mengikut pergerakan pelan anda dalam peta
  4. Bezakan kawasan perlancongan yang wajib anda lawati dengan kawasan yang tidak berapa penting dengan simbol ‘*’
  5. Jangan pernah sesekali dari terlepas melawat kawasan perlacongan utama atau wajib dalam sesebuah negara itu seperti Eiffel Tower jika anda berkunjung ke Paris, France.

Pesanan:

  1. Itinerari ini kerap kali berubah dalam tempoh anda menyempurnakan persiapan sebelum travel, jadinya anda dinasihati untuk membuat lakaran di buku nota terlebih dahulu atau terus menaip di komputer tanpa mencetak itinerari tersebut sebelum tamat persiapan
  2. Anda juga dinasihatkan untuk membuat cetakan setiap itinerari tersebut dan disimpan oleh setiap ahli kumpulan travel selain membuat simpanan di dalam phone
  3. Sediakan beberapa ruangan dalam halaman itinerari bagi memudahkan untuk anda mencatatkan sebarang tambahan setelah siap dicetak
  4. Terpulang kepada anda untuk memilih mana-mana jenis itinerari di atas, namun jika saya pasti akan menyediakan kelima-lima jenis itinerari

Semoga panduan penyediaan itinerari ini sedikit sebanyak membantu dan memberi manfaat kepada anda semua. Akhir kata,

Siru Ala Barakatillah

– hajidibnazhar –

12 points
Upvote Downvote