Panas! Mesir Disenarai Antara Tempat Pelancongan Terbaik 2019, Kata CNN

261 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

Mesir telah dinamakan antara 19 tempat pelancongan terbaik untuk dilawati pada tahun 2019 oleh CNN.

“Mumia, sphinx, makam dan piramid penuh dengan misteri telah pun digali beberapa tahun kebelakangan ini, membuktikan masih banyak misteri lagi perlu dirungkai.

Perkara yang membimbangkan ialah dari aspek keselamatan ribuan pelawat yang ingin berkunjung ke Piramid di Giza, Sphinx, Lembah Raja-Raja sering berlaku insiden saban tahun.

Namun, pelancongan di kawasan di Laut Merah masih selamat.” menurut petikan sebuah artikel.

Selain Mesir, negara dan kota yang turut tersenarai ialah New Zealand, Grand Canyon di Amerika Syarikat dan Kerala di India.

2018 menyaksikan penemuan makam milik Keluarga Diraja Paderi Kelima at Saqqara.

Selain itu mumia wanita yang dipercayai berusai 3000 tahun juga ditemui di Luxor oleh pasukan ekspedisi Perancis.

Industri pelancongan di Mesir merosot berpunca Revolusi 2011 namun mengalami pemulihan semenjak 2017.

Menurut laporan rasmi mendedahkan bahawa peningkatan 2017 seramai 8.2 million pengunjung berbanding 5.3 million tahun lalu.

6 points
Upvote Downvote