“Nak Datang Malta Kena Datang Minimum 8 hari. Saya Menyesal Datang 3 Hari Je”

821 Views in
Content AuthorCommunity ModeratorVerified UserYears Of MembershipStory MakerList MakerUp/Down VoterGallery Maker

#12

Bahasa Inggeris digunakan secara meluas di sana. Jadi masalah berkomunikasi adalah kurang.

#13

Sebuah negara yang selamat untuk dilawati bagi single traveller dan juga perempuan dan juga dengan ancaman penyeluk saku.

#14

Ecab ! Di Malta tiada perkhidmatan Uber. Tetapi anda boleh menempah perkidmatan seperti Uber iaitu Ecab.

#15

Terdapat 3 tempat yang mendapat penarafan dari UNESCO. Yang ini boleh goggle sendiri

#16

Itinerari dan tip-tip untuk ke Malta

1) Jika anda sampai di Malta awal anda boleh menaiki bas ( sebelum jam 11 malam). Jika tidak anda boleh menaiki teksi atau menempah ecab(ala ala Uber)

2) Sebelum keluar pastikan anda melawat kaunter Malta transport untuk mengambil peta laluan bas dan membeli kad bas.

3) Saya mencadangkan anda menginap di sekitar St Julian. Senang untuk dapatkan bas dan juga makanan halal.Hard Rock Cafe pun dekat je.

4) Hari pertama anda boleh berjalan di sekitar St Julian. Jangan lupa bawa pakaian mandi untuk mandi di St George Bay

5) Hari kedua anda boleh ke bandar Valletta. Sehari pun tak cukup untuk melawat semua tempat.

6) Hari ketiga anda boleh ke Popeye Village. Sangat- sangat di cadangkan untuk kesana. 

7) Hari kempat anda boleh ke Mdina dan Rabat. Lain - lain cadangan adalah ke Blue Lagoon, Pulau Gozo, cruise.

# Kalau nak senang paham sila baca bersama peta Malta. 

Secara keseluruhannnya, Malta sangat menarik untuk dilawati dan semestinya tidak rugi.

Artikel ditulis oleh Khairul Naeim Z

27 points
Upvote Downvote