“Nak Datang Malta Kena Datang Minimum 8 hari. Saya Menyesal Datang 3 Hari Je”

865 Views in
Content AuthorCommunity ModeratorVerified UserYears Of MembershipStory MakerList MakerUp/Down VoterGallery Maker

Sesalan yang tiada guna Bizarre nya MALTA!

“Nak datang Malta kena datang minimum 8 hari. Saya menyesal datang 3 hari je”, kata pengembara dunia Oren Katek.

Ya, memang betul sekali. Pulau Malta sangat cantik, tersusun dan bersih. Nak kesini? Rasanya seminggu ok kot. KENAPA SAYA SUKAKAN MALTA?

#1

Pantai yang sangat bersih dan cantik. Amat sesuai untuk pengemar beach holiday. Bukan hanya ada 1 pantai tapi ada lebih dari 10 pantai yang boleh anda kunjungi. Menarik bukan?

#2

Pangangkutan awam ( bas) yang sangat meluas. Tapi ketepatan masa menjadi persoalan. Ini adalah kerana berlaku kesesakan pada waktu puncak.

#3

Banyak tempat perfileman yang pasti mengamit memori silam. Antara adalah Games of Thrones, Popeye, Divide beauty, Love to paradise dan lain-lain.

#4

Terdapat banyak makanan halal di kawasan St Julian dan Valleta terutama dari Lebanon dan juga turki. Harga kebab biasanya bermula dari 5€. Kalau teringin untuk menikmati hidangan dari India pun ada. Jadi tiada masalah untuk penganut beragama Islam.

#5

Makanan hidangan laut murah-murah. Dah namanya pulau, banyak restoren yang menyediakan masakan laut. Harga nya biasalah standard pulau. Jika anda ingin membeli makanan laut yang segar, boleh lah ke Pasar Marsaxlokk yang dibuka setiap hari ahad.

#6

Rakyat Malta yang sangat ramah dan terkenal dengan ketinggian budi bahasa. Jadi kalau tersesat , tanya je jangan malu-malu.

#7

Semua tempat di Malta sangat cantik. Ya, memang betul.. Semua tempat nak ambilkan gambar sebagai kenangan kunun.

#8

Terdapat banyak tempat peninggalan sejarah. Jika anda belum pernah membaca sejarah Malta, maka bacalah. Amat menarik.

#9

Sangat sesuai untuk aktiviti laut seperti mandi manda, snorkeling, surfing, dan juga mengelilingi pulau. Pakej-pakej pun boleh tahan harga nya.

#10

Cuaca yang memang kena dengan citarasa orang asia. Kalau pergi semasa musim panas, cuacanya ala -ala di KL. Manakala pada musim sejuk, suhunya lebih kurang 12 celcius.

27 points
Upvote Downvote