Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

in

Mudahnya Sewa Kereta Di New Zealand

Tips Dan Panduan Sewa Kereta di New Zealand

New zealand

Mudahnya sewa kereta di New Zealand tapi kena berhati-hati. Kalau tak pakai seatbelt, saman NZ$150.00

Speed limit kena jaga. Ramai polis yang pakai baju awam park dan duduk dalam kereta di tepi jalan. Kita mungkin tak nampak. Takut nanti kemudian hari dapat pulak tiket saman dari company tempat kita sewa kereta.

New zealand

Ok. Ni akak share tips sewa kereta di New Zealand :

  1. Akak suka buka website ini : Airport Rentals
  2. Boleh compare harga dalam ni. Akak pernah guna aerodrive.
  3. Akak book guna debit card. Tak ada masalah. Tapi kena bawa kad tu dgn kita masa nak ambil kereta nanti.
  4. Tak perlu sewa GPS, membazir. Guna je google maps di handphone. Waze tak berapa tepat kalau di New Zealand.
  5. Kalau bawa anak bawah 7 tahun pastikan ada bawak child/ baby car seat yang sesuai. Kalau kena tahan polis, setiap 1 kesalahan tak guna child/ baby car seat ialah NZ$150. So kalau ada 2 org anak umur 7 tahun ke bawah yang tak pakai carseat, saman dia NZ$150 x 2.
  6. Kalau taknak bawa, boleh beritahu kat rental company tu kata nak sewa baby car seat.
  7. Tentukan masa untuk ambil kereta. Kalau ada bawa makanan, letak la 3-4jam lepas mendarat sebab takut beratur panjang kat kastam. Kalau takde bawa makanan, selamat untuk letak 2 jam lepas landing. Ye lah. Kat airport tu macam-macam gambar menarik nak dirakam moment dia. Hehe. Penting yang ni sebab takut kalau kita tak sampai/ kita lewat, kereta yg kita nak sewa tu tak available.
  8. Nanti dah bayar, tgk dlm resit/ email. Kat Gate mana nak tunggu untuk ambil kereta (di Auckland airport). Selalunya Gate 7 (hujung sekali belah kiri).
  9. Kat airport, ada van/ coaster akan ambil kita untuk bawa ke tempat simpan kereta.
  10. Masa ambil kereta, dia akan minta deposit (saya kena NZ$50). Jangan lupa bawa kad yang kita guna untuk buat booking tu. Dia nak tengok.
  11. Masa dia bawa kat kereta sewa, tengok keliling kereta & bumbung. Pastikan highlight kat orang kereta sewa tu kalau nampak apa2 yg calar or kemek. Kalau tak highlight, takut dia kata kita yg calar/ kemek kan kereta masa kita pulangkan kereta.
  12. Oh ya. Kalau nak berjalan ke North Island kemudian nak gerak ke south island, masa book kereta tu boleh tick yg kita nak pick up kereta di Auckland airport dan nak return kereta di Wellington airport. Lepas tu naik kapal/ flight ke South Island.
  13. Bawa kereta berhati-hati terutama di hari khamis, jumaat, sabtu & ahad.
  14. Kalau nak isi minyak tu, check harga minyak. Ada beza antara stesen minyak.
  15. Save drive and enjoy the scenery!

New zealand

New zealand

New zealand

Artikel asal ditulis oleh Rose Maria Mansor.

Baca juga: Bagaimana Mengurus Kemalangan, Rawatan Hospital, Dan Kematian Ketika Di Luar Negara?