London: Ada Apa Dengan Harry Potter, Paddington & Notting Hill? (Bahagian 2)

246 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

Paddington

Salah satu tempat lagi yang famous sebab buku / movie adalah Paddington.

Kali ni aku decide duduk sini sebab rate hotel dia murah, dan sebab dua-dua Hint dengan Emir baru lepas tengok cerita Paddington 2.

Bestnya dekat sini, you can spot patung Paddington Bear dijual hampir di semua kedai souvenir dan dekat train station.

Emir sangatlah excited asyik tanya “Betul ke ibu Paddington bear tu rumah dia dekat sini?”

Cerita Paddington bear ni ditulis dalam buku “A bear called Paddington” pada October 1958.

Paddington ni sebenarnya warganegara Peru yang datang ke London, to be exact Paddington Station yang kemudiannya jadi anak angkat kepada family Brown.

In real life, cerita Paddington ni diinspirasi oleh penulis dia based on a bear, yang dia beli untuk wife dia dekat Paddington Station as a christmas gift tahun 1956.

To date, cerita Paddington dah ditranslate ke 30 bahasa and sold 30 juta copies worldwide.

Notting Hill

Notting Hill ni terletak dekat bahagian West London.

Known as the prettiest neighbourhood in London sebab susunan rumah dan Victorian Townhouses yang cantik dan kemas.

Berjalan dekat Notting Hill ni sama macam berjalan dekat Santorini, you just walk and walk.

Jalan lenggang-lenggang to enjoy the view, enjoy the neighbourhood, treat your eyes tengok rumah-rumah yang kemas dan cantik.

Sejarah

Lepas zaman perang dulu, kebanyakan rumah dekat Notting Hill ni musnah dan rosak.

Bila dah habis perang, rumah-rumah dekat sini dibina balik sebagai Homes of Multiple Occupancy.

Maksudnya, rumah-rumah ni dibuat balik dengan banyak private rooms tapi communal areas macam dapur dengan bilik air ni dorang share ramai-ramai.

Bila dah share ramai-ramai, sewa jadi murah la sebab bayar tong-tong.

Lepas tu in late 40’s Notting Hill ni tumpuan African imigran dari Carribean untuk pindah dan kerja dekat kawasan ni, sampailah satu tahap.

Notting Hill ni jadi kawasan slums urban city yang overpopulated by very poor people, sangat crowded, kotor, penuh dengan sampah dan macam-macam lagi.

Dahulu dikenali sebagai tempat paling teruk di London.

40-50 years later (late 80’s & 90’s), dorang buat rules baru yang mana kebanyakan Homes of Multiple Occupancy ni dorang convert balik jadi large and single occupancy.

Jadi immigran ni terpaksa pindah sebab sewa dah jadi mahal. Indirectly kawasan Notting Hill ni jadi tumpuan middle class people, elites dan policitian.

Harga rumah pun terus naik dan kawasan ni pun jadi bersih. No wonder banyak gila rumah besar-besar dan kereta mewah dekat sini.

Kini

Notting Hill today is full of colours from bold to pastel. It is not highlighted where and how to find these colourful houses and shops, you need to go along the road to find one.

Macam dalam gambar ni pastel houses yang kitorang tiba-tiba jumpa. Aku selalu kagum dengan simple act yang boleh buat kawasan tu jadi touristic area.

Cat rumah pastel beramai-ramai sahaja pun, terus kawasan tu jadi tumpuan and signifikan.

Penulisan ini disunting dan dipetik melalui petikan artikel yang ditulis oleh Nur Syahirah Yaakub.

Follow terus kami di kolum ini untuk mengikuti perkongsian info-info menarik tempat pelancongan.

4 points
Upvote Downvote