London: Ada Apa Dengan Harry Potter, Paddington & Notting Hill? (Bahagian 1)

137 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

Sebab previous trip in Feb 2018 dah explore Big Ben, Tower Bridge, Wesminster Abbey, National Science Museum, Trafalgar, Oxford St, Harrods, Primark (eh?), Buckingham, Kensington, Kedai Kingsman etc.

Kali ini berbekalkan 3 hari yang ada, kitorang explore kawasan lain pulak. Memandangkan kami beli tiket seminggu sebelum fly, aku memang tak sempat nak buat itinerary.

Jadi aku memang serahkan 100% dekat Hint attraction yang wajib kena pergi. Matlamat awal, bawa Emir enjoy London based on cerita Harry Potter dia dan Paddington.

Harry Potter

• Platform 9 3/4

Spot pertama yang kami pergi adalah Platform 9 3/4 dekat King’s Cross Station. Ini bukan yang real macam dalam movie tapi di buat semula dekat dinding King’s Cross Station ni betul-betul opposite platform 9 and 10.

Sebelum sampai sini, banyak kali aku pesan dekat Emir, “Ibu ni muggles tau. Kalau Emir sorang je boleh tembus dinding tapi Ibu dgn ayah tak tembus, Emir terussss je pergi dekat train ok? Kalau Emir rindu Ibu, Emir suruh owl hantar surat ok?”

As usual, budak Emir mata dah berkaca tapi at the same time excited sebab dia ingat kitorang nak hantar dia pi Hogwarts sungguh. Sebelah platform 9 3/4 ni ada Harry Potter shop.

Jenuh dia mintak semua benda, mintak owl sbb nanti nak hantar surat kat ibu, mintak wand, mintak glasses, mintak Gryffindor scarf, minta macam-macam sebab dia ingat aku memang nak hantar dia pergi Hogwarts masuk sekolah baru.

• St. Pancras Station

Kalau dalam movie Harry Potter, ni gambaran luar train station yang dia akan naik Platform 9 3/4 ke Hogwarts tapi bahagian dalam train station tu dorang shooting dekat King Cross.

Masa Ron dengan Harry tak dapat tembus dinding untuk naik train, kan Ron curi flying car bapak dia, so flying car tu terbang atas bangunan ni la.

• Saint Paul Cathedral

Bangunan ni di-highlight dalam kedua-dua wizard series — Harry Potter dengan Fantastic Beast. Nampak tak tiang-tiang2 kecil dekat bahagian atas tu? Dalam Fantastic Beast The Crime of Grinderwald, dekat situ lah tempat Newt jumpa Young Dumbledore.

Dalam St Paul Cathedral pulak ada Ravenclaw Staircase. Opposite St Paul Cathedral ada Millenium Bridge yang runtuh masa Death Eater dalam serang London.

• Australia House

Dalam movie Harry Potter yang pertama, Australia House ni (Bank of Australia) adalah Gringotts Bank , iaitu scene yang mana Hagrid bawak Harry Potter ambik duit peninggalan mak bapak dia.

Bangunan yang sama jugak jadi filming location Wonder Woman masa Gal Gadot masuk dalam bank lepas tu ada rompakan.

Bersambung…

Penulisan ini disunting dan dipetik melalui petikan artikel yang ditulis oleh Nur Syahirah Yaakub.

Follow terus kami di kolum ini untuk mengikuti perkongsian info-info menarik tempat pelancongan.

8 points
Upvote Downvote