Lawatan Manusia Tertinggi dan Terpendek Dunia Ke Mesir Menjadi Tarikan Antarabangsa Sepanjang 2018

275 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

#1 Bertemu Di Mesir

Siapa sangka kedua-kedua Pemegang Rekod Dunia Guinness memiliki peluang untuk bertemu sesama mereka secara langsung buat kali pertama ketika melawati Mesir pada awal Januari 2018 yang lalu.

Kosen dan Amge berfoto dan bergaya bersebelah-sebelahan pada Piramid sehingga tersebar dan tular selepas itu sehingga menduduki carta antara video popular sepanjang 2018.

Di Mesir, piramid yang masyhur adalah Piramid Menkaure, Piramid Khafre dan Piramid Khufu yang terletak di kawasan Giza, Kaherah.

#2 Tujuan Lawatan

Keduanya Sultan Kosen iaitu lelaki tertinggi dunia, dan Jyoti Amge, perempuan terpendek dunia, lawatan mereka ke Mesir adalah sebagai sebuah kempen.

Kempen tersebut merupakan usaha yang bermatlakan ingin menghidupkan semula industri pelancongan di sana selepas merudum teruk selepas letusan Revolusi pada 2011 lalu.

Buat makluman, bahawa Mesir mengalami Revolusi pada 2011 sebagai usaha menjatuhkan Presiden mereka, Mubarak pada ketika berpunca korupsi.

“Sepanjang hidup saya, saya telah melancong ke serata tempat, melawat pelbagai negara dan salah satu impian saya adalah ingin melawat Mesir.

Selama ini saya hanya melihat Mesir pada enjin carian Google sahaja dan mengimpikan untuk dapat melihat piramid.

dan saya benar-benar teruja dapat berdiri betul-betul di hadapan piramid ini dan berfoto bersebelahan dengannya.

Saya seolah-olah seperti tidak mempercayainya,” kata Amge, 24 tahun di dalam video yang dirakam.

#3 Latar Belakang Mereka Berdua

Berasal dari India, Amge yang memiliki ketinggian 24.7 inci dan merupakan bintang siri televisyen di ‘American Horror Story’. Beliau juga memiliki berat hanya 11 pounds kesan dwarfism yang dipanggil sebagai achondroplasia.

Manakala Kosen pula memiliki ketinggian 8 kaki dan 3 inci, dan berasal dari Turki dengan berlatarbelakangkan dan berdarah seorang Kurdish. Berusia 35 tahun ketinggiannya adalah berpunca sebuah simptom yang dipanggil sebagai acromegaly.

Turut melawat artis-artis terkenal juga ke Mesir seperti Will Smith, Alicia Keys dan Kourtney Kardashian pada tahun yang sama.

Disunting dan dialih bahasa melalui petikan artikel yang ditulis oleh Egyptian Streets. Follow terus kami di kolum ini untuk mengikuti perkongsian berita-berita menarik tempat pelancongan.

Baca juga: Pelancong Berisiko Disaman $5000 Di Imigresen New Zealand

9 points
Upvote Downvote