Jepun Mengeluarkan Amaran Pelancongan Ke Mesir: Hanya 3 Tempat Sahaja Dibenarkan

133 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

Melihat perkembangan keselematan di Mesir, Kedutaan Jepun di Kaherah melonggarkan amaran pelancongan yang dikeluarkan sebelum ini.

Keputusan dibuat membenarkan warganegara Jepun berkunjung ke luar kawasan Alexandria, Kaherah, Hurghada, Luxor, Aswan, dan Abu Simbel.

Kawasan yang masih kekal ‘aras 1’ amaran pelancongan adalah di Selatan padang pasir, Utara Sinai dan di sempadan Libya.

Pada 2011, Jepun telah mengeluarkan amaran pelancongan aras 2 di mana tiada seorang pun dibenarkan untuk melancong ke Mesir.

Bukan Jepun resah mengenai situasi 3 tempat tersebut, malah US, UK dan beberapa negara lain untuk tidak berkunjung ke sana.

Hanya Sharm El-Sheikh dibenarkan akses ketika itu. Itupun melalui jalan udara sahaja.

Kini, EgyptAir menawarkan penerbangan langsung antara Kaherah dan Tokyo, dan Tokyo dan Luxor.

Pelancongan Mesir bergelut dengan krisis semenjak Kebangkitan Rakyat pada 2011.

Industri pelancongan merupakan sektor utama dalam menjana ekonomi dan membangun Mesir.

Penulisan ini disunting dan dialih bahasa melalui petikan artikel yang ditulis oleh Egyptian Streets.

Follow terus kami di kolum ini untuk mengikuti perkongsian info-info menarik tempat pelancongan.

Baca Juga: Ada Apa Dengan Yaman? Kelainan Istimewa Yang Tiada Pada Bumi Mesir