Jangan Buat 8 Perkara Ini Ketika Anda Di Amsterdam, Netherlands

499 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Walaupun Netherlands ataupun Belanda boleh dikatakan negara yang liberal, tapi setiap benda yang kita buat ada hadnya. Tidak semestinya kita boleh lakukan segala perkara yang kita mahukan di sana walaupun Amsterdam paling ‘liberal’.

Amsterdam boleh jadi sangat seronok jika anda tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri di sana seperti local. Ramai yang ingat Amsterdam ini berbahaya tetapi kenyataannya tidak, jika anda tahu apa yang patut anda buat dan apa yang tak patut anda buat.

1- Jadi Pelancong Tipikal Di Red Light District

Amsterdam
Red Light District

Kesilapan yang sedikit boleh mengakibatkan anda ditimpa masalah yang besar. Maksud jangan jadi pelancong di sini adalah ketika anda di Red Light District, jangan ambil gambar, rakam dan jangan tenung pelacur di situ lama-lama. Mereka sangat dilindungi di sana walaupun nampak macam tidak. Jika anda buat salah satu perkara tersebut dan terkantoi, kemungkinan anda akan dikejar dan dipukul. Kalau mahu tangkap gambar, pergilah waktu siang ketika tiada pelacur.

2- Sewa Kereta

Amsterdam
Amsterdam canal

Memang tidak perlukan kereta di Amsterdam. Kalau anda betul-betul nak explore Amsterdam lebih baik anda sewa basikal. Memang budaya orang sana mengayuh basikal ke mana-mana.

3- Beratur Untuk Masuk Ke Muzium Anne Frank

Amsterdam
Anne Frank

Ramai yang patah balik bila nampak barisan panjang bila nak masuk ke Muzium Anne Frank. Tapi sebenarnya kalau anda beli tiket awal-awal online, anda boleh terus masuk dan tidak perlu beratur.

4- Berjalan Di Tempat Laluan Basikal

Amsterdam
Budaya berbasikal di Amsterdam

Tahukah anda jumlah basikal di Amsterdam adalah lagi banyak dari jumlah manusia di Amsterdam? Kalau anda menggangu laluan pengayuh basikal, anda mungkin akan dimarah dan paling teruk dilanggar.

5- Membeli Dadah Di Jalanan

Amsterdam
Kanabis

Amsterdam mungkin terkenal dengan marijuana. Anda boleh membeli dan menggunakannya tanpa dikenakan tindakan undang-undang seperti di negara lain. Tapi terdapat banyak papan tanda yang menyatakan amaran supaya jangan membeli dadah di jalanan. Anda mungkin boleh dimasukkan ke hospital disebabkan oleh bahan tidak terkawal dari dadah yang anda beli di jalanan.

6- Keliru Dengan Coffeeshops

Amsterdam
Coffeshop Rock-It

Di Amsterdam, coffeeshops adalah tempat untuk membeli dan menggunakan marijuana dalam pelbagai bentuk. Coffeeshops di Amsterdam bukanlah kedai kopi ye anak-anak. Tapi semua yang pergi Amsterdam mesti sudah tahu benda ni kan sebab itulah sebab utama anda pergi Amsterdam kan.

7- Tidak Pergi Ke “Canal Tour”

Amsterdam
Canal tour

Ni wajib! Jangan ketinggalan. ‘Canal tour’ adalah antara cara yang tercantik dan best untuk experience Amsterdam selain berbasikal.

8- Madame Tussaud

Amsterdam
Madame tussaud

Melainkan anda memang suka patung lilin dan banyak masa terluang di Amsterdam, saya rasa anda tidak perlu ke madame tussaud. Bagi saya ianya sangat membuang masa, mahal dan banyak lagi benda yang anda boleh buat ketika di Amsterdam selain tengok patung lilin yang tak bergerak.