Jangan Buat 10 Perkara Ini Ketika Anda Di Rome, Italy

1,441 Views in ,
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Tutte le strade portano a Roma

Ini adalah pepatah lama Bahasa Italy yang membawa maksud, “semua jalan menghala ke Rome”.

Kalau ianya betul, anda akan berkunjung ke Rome di masa akan datang, tidak kiralah beberapa bulan atau beberapa tahun dari sekarang. Orang Roman sudah agak biasa dengan pelancong. Rome juga merupakan antara destinasi yang paling popular di Eropah. Seperti pepatah Melayu mengatakan, masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. Jadi bila datang tempat orang, kena la ikut adat tempat tersebut. Petuanya kalau di Rome terutamanya, jangan buat apa yang orang Roman tak buat. Di sini kami senaraikan 10 perkara yang anda tidak patut buat ketika berada di Rome, Italy.

#1 Jangan baling atau campak duit syiling ke dalam semua kolam air pancut yang anda nampak

Di Rome, syiling hanya boleh dicampak di Fontana di Trevi. Memang kalau di Rome, anda nampak banyak syiling di air pancut lain tapi bagi orang Roman, air pancut untuk dicampak syiling dan untuk membuat hajat hanya di Fontana di Trevi!

#2 Jangan makan makanan pelancong

Maksud di sini menu-menu yang terdapat di restoran atau kita panggil “tourist-trap menu” terutamanya di tengah-tengah Rome kawasan tumpuan pelancong. Cuba elak makan di tempat-tempat yang penuh dengan pelancong.

#3 Jangan beli tiket single-fare untuk pengangkutan awam

Sebaliknya belilah 3-hari, 7-hari atau 30-hari. Untuk tiket pengangkutan awam, harga 1Euro dan membenarkan anda untuk travel 1 metro trip atau 75 minit travel dengan bas. Jika anda bercadang menggunakan pengangkutan awam dengan kerap lebih baik beli tiket yang membenarkan anda menggunakan pengangkutan awam sebaiknya. Contohnya, tiket BTI untuk 3-hari berharga 11Euro sahaja. Tiket CIS untuk 7–hari berharga 16Euro dan tiket bulanan berharga hanya 30Euro.

#4 Jangan simpan duit atau barang berharga di poket atau bahagian backpack anda yang mudah diakses oleh orang lain

Contohnya jangan letakkan dompet anda di poket belakang. Lebih selamat simpan di poket depan atau poket jaket anda di bahagian dalam. Barang berharga lain elok simpan di bahagian paling dalam backpack anda yang sukar diakses. Rome sangat terkenal dengan penyeluk saku. Saya sendiri pernah kehilangan telefon 7 tahun lepas di Rome. Kes seluk saku juga.

#5 Jangan celup kaki anda di dalam kolam air pancut

Air pancut bukanlah tempat untuk anda cuci kaki atau celup kaki di Rome. Terutamanya musim panas setelah penat berjalan rasa macam best je kan kalau dapat duduk kat tebing air pancut tu lepas tu celup kaki. Elakkan berbuat demikian kerana bagi orang Roman ia sangatlah tidak menghormati mereka dan tempat mereka. Tapi anda boleh cuci kaki atau tangan anda di air pancut kecil yang dipanggil nasoni (hidung besar). Sebenarnya nasoni adalah untuk minum air bagi orang awam dan mudah dicari di mana-mana sahaja di Rome, malah terdapat lebih 2500 nasoni di sekitar Rome.

#6 Sentiasa fokus dan jangan alihkan perhatian anda

Walaupun sesaat! Berhati-hati dengan penyeluk saku. Kadang-kadang mereka berkerja berkumpulan dan salah seorang akan cuba mengalihkan perhatian anda dan yang lain cuba menyeluk saku anda. Terutamanya di tempat yang sesak, sentiasa jaga barang berharga anda dan sentiasa alert dengan keadaan sekeliling

#7 Jangan masuk gereja dengan pakaian yang tidak sopan

Sebenarnya banyak tempat di Rome yang ada dress code sendiri bukan setakat di gereja sahaja. Elakkan memakai pakaian yang mendedahkan bahu, lutut atau dada. Sentiasa bawa kain scarf yang besar atau sweater untuk menutup bahagian yang tak sepatutnya kalau anda memang jenis berjalan pakai singlet atau seluar pendek.

#8 Jangan membuang sampah merata-rata

Tidak kiralah di tepi jalan ke, dalam bakul basikal orang lain ke atau di tangga-tangga bangunan. Malah jangan buat perkara ini di mana-mana anda berada. Kalau tak jumpa tong sampah, simpan dulu sampah anda di dalam plastik atau mana-mana sehingga anda jumpa tong sampah barulah buang. Rome sebuah bandar yang cantik jadi jangan cemarkannya dengan sampah anda.

#9 Anda tidak perlu bayar semua tempat yang anda mahu melawat

Terlalu banyak tempat menarik di Rome yang percuma. Walaupun sesetengah muzium berbaloi harga tiketnya tetapi rugi kalau tidak pergi ke tempat yang percuma. Sebagai contoh, untuk masuk Pantheon adalah percuma dan Muzium Vatican juga percuma pada setiap hari ahad terakhir setiap bulan. Buat kajian dahulu sebelum pergi ke Rome kerana banyak tempat menarik yang percuma.

#10 Jangan terima bunga, mainan atau apa-apa daripada orang yang tidak dikenali

Tolak tawaran tersebut dan berlalu pergi. Hanya cakap “No Grazie” secara tegas dan pergi dari situ. Ini adalah salah satu scam di Rome. Di mana kalau anda terima pemberian tersebut, mereka akan minta wang daripada anda secara paksa dam jika anda tidak memberikan wang mereka akan ugut dan cuba untuk mendatangkan masalah kepada anda.

14 points
Upvote Downvote