Itinerari 18 Hari Di Turki Dengan Bajet Hanya RM4500

426 Views in
Content AuthorCommunity ModeratorVerified UserYears Of MembershipStory MakerList MakerUp/Down VoterGallery Maker

Turkey Travelog 2017

Route : Istanbul – Bursa – Kapadokya – Pamukale – Antalya – Fethiye – Selcuk – Istanbul

Period : 25 Jan – 12 Feb 2017 ( 18 Hari)

Artikel ini ditulis oleh Amer Syazwan.

Seperti yang dijanjikan akan share tentang Turki. Full and detail itinerary ada dekat gambar so boleh save dalam Hp terus .

Alhamdulillah tamat sudah bermusafir di negara Turki selama 18 hari dengan melawat lebih 8 negeri dengan 2 orang .Akn bahagikan posting ni kepada 3.First , secara umum , yg kedua lg focus pada itinerary dan tempat2 best , last info2 tambahan untuk yg berhajat ke sana. And this is my overall review pasal turki after 18 days been there .

Secara amnya ,Turki ada 2 airport , Ataturk Airport dan Sabiha Gokcen Airport . Tapi kami turun di Sabiha sebab kurang sesak berbanding Ataturk sebb tu airport utama. Amik masa dalam sejam setengah untk ke istanbul. And rasa Sabiha lebih selamat.

Public transport dkt Turki tiptop, on time so tayah risau . Nak pergi mana2 , akan ada public . Senang cite , achievable ,kne pham route and tahu nk berhenti mana . Bas , ferry , tram , teksi mmg semua ada lengkap. Cuma bas semua kene book awal kalau selain off season.

Turki ada 4 musim . Winter , Autumn , Spring dan Summer. Kitorg pergi masa winter , so winter ni kira kalau kat mna2 tempat , macam off season la. Hotel murah , aktiviti murah, brg shopping pun bnyk diskaun . Cuma kene tahan sejuk je. Elakkan pergi masa awal dan pertengahan winter , untuk elakkan sama ada anda stranded tak boleh kluar hotel, flight batal sebab salji tebal . Nnt anda yg rugi tk boleh buat aktiviti. Beli insurans untuk cover kos kerugian anda kalau flight batal ke apa ke takdela rugi sangat.Nasib kami baik sebab pergi hujung2 winter cuaca semua cun.

Tandas bayar. Haha mahal plak tuh. Range 1 -1.5 lira. Klu convert dalam Rm2 gak la untuk mengucil . And bersih gila. So better kalau jumpa tandas free , manfaatkan sebaiknya.

Musim yg sibuk adalah selain winter .Tempahan hotel , bas , flight semua kene awal kalau tak memang full.Nasib kami baik sebab walk in je untuk beli tiket bas untuk ke satu2 negeri. So semua dapat je tiket.

Winter season ni start cerah pukul 730 pagi. Tapi kedai bukak lmbat dlm pukul 10 pagi . Waktu siang pendek. Pukul 5-6 petang dah gelap. Lepas pukul 8 malam , kawasan jadi sunyi kedai bnyk dah start tutup melainkan Istanbul. Maybe sebab sejuk dorang lagi prefer panaskan badan dkt rumah.

Makanan halal bersepah and murah. Trust me murah. Kebab makan sekali pun dah kenyang untuk one day. Kebab semua besar2 plak tuh. Boleh je nk bawak makanan dr malaysia, tp tak perlu bnyk sgt . And jangan lupa try manisan manisan di turki. Lagi satu SOS Ciili!!! Haha sebab kat sana cuma ada sos tomato and mayonis. Takkan jumpa sos chili. Kami sendiri bawak sos cili peket2 kecik kfc n mcd sebab nk pedas tekak melayu la katakan.

Duit : Nasib kami juga baik sebab kami datang masa duit turki tgh tak stabil and jatuh. Kebiasaan kadar tukaran Rm1 : TRY 1.6 . Tapi masa kami , cuma TRY 1.2 . Memang jimat habis! Tak terasa kos sangat sebab harga lebih kurang RM sahaja. And kami datang bawak EURO dr Malaysia. So lg la untung. Kalau tukar dekat Malaysia duit TRY siap2 , agak mahal depa ambik 1.3-1.4 rate dia.

Bahasa : Seeloknya belajar la bahasa turki sikit. Contoh :

Nereye : Tempat dituju

Merhaba : Hello

teşekkürler : Terima Kasih

Benda ni pun dah ckup penting untk survive. Dorang pun teruja kalau kita reti cakap sikit2. Di kawasan bandar , InshaAllah ada yg boleh bercakap BI. Tapi di kawasan kampung mcm Selcuk dan Antalya agak susah untuk communicate. Tapi sepanjang berada 18 hari di Turki , tak pernah bila kita tanya dorg akan tolak bulat2. Dorang akan tolong sampai la kita faham contoh dorg akan tny kawan dorg yg boleh cakap BI and translate kat kita. They are so helpful. Ringankan mulut untuk bertanya sebab dorang akan tolong.

Bangunan dekat turki ni semua cantik2 baik siang dan malam. Kalau malam yang buat cantiknya sebab lampu2 dia memancar ke bangunan. Mcm menghala ke architecture bangunan tu sendiri la so mmg nampak menyerlah gila . Lagi2 kalau flight sampai malam dari atas memang cantik gila

Keselamatan : Mana mana pun akan fikir soal keselamatan bila nak g Turki ni. Yela banyak jugak kes bombing dan sebagainya. But to to be true , we feel safe masa kat sana. Just elakkan pergi tempat yang ramai org berkumpul , buat demo ke sebab itu antara sebab jadi target. Cepat2 jauh just to feel secure. Police pun banyak. Kalau nampak mereka berkawal , just leave that place cepat2. But bnd ni just jadi if we are at the right place but wrong timing. Berserah je

Scammer : Alhamdulillah takde kene scam untuk saya trip kali ni. Sebab baca bnyk review pasal scam kt istanbul , taktik2 dorang semua. Cuma kawan terkena masa naik teksi. Dia ckp mmg pkai meter, tapi dorg adjust meter tu modified .Ada lagi satu taktik masa kat Galata Bridge. Someone just drop his things dekat jalan masa tu , and kami panggil balik bagi barang tu , and he offer kilatkan kasut kawan saya , but masa tu dah separuh kilatkan dah and saya rasa ni scammer nnt dia mintak duit , trus tarik kawan n ckp tq kt orang td. Just to be safe. Buat nya kne pau. Waktu malam is okay to be near the city. But kalau malam elakkan area taksim. Sebab itu kawasan drug dealer , pau , rompak , ape semua .

Rakyat yang terlalu cintakan negaranya : Indahnya turki ni kita boleh tengok semua rakyat dia kerja keras untuk hidup dan negara dorang. Cara dorang jaga tempat dorang , cara bekerja memang awesome. You will feel the environment when arrive there.Dekat setiap bangunan , rumah , kedai akan ada bendera turki. Bukan jarang2 tapi memang banyak. Thats how they tell how they love their country. Nampak mmg dorang ikhlas (from my view lah ).

Sebuah negara yang dingin dan nyaman . Berbeza rasa angin dia. Tenang cool tataulah nk gambarkan cmana

Negara yang airport susah nak dapat wifi . Hotel baru ada wifi free

EXPENSES (NOT INCLUDED FOOD AND SHOPPING,)

INSURANS COVER: RM 194 (PLATINUM)

1) FLIGHT:

-QATAR AIRWAYS RETURN (RM 1860/PAX)

*KUL – SAW

*SAW- KUL

-TURKISH AIRLINES ONE WAY (ANADOLU JET) (RM 276/3)

SAW- KAYSERI AIRPORT

: RM 92/PAX

2)ACCOMODATION: RM2020/3 (18 DAYS)

: RM 673/PAX

3) ACTIVITY: HOT AIR BALLOON VIP SEAT (65 EURO/PAX)

: RM 307/ PAX

4) OTHER EXPENSES (MUSEUM, BUS TRANSPORT, PLACES VISIT)

: 1120 TRY/PAX (RM 1344)

TOTAL PER PAX: 194+ 1860 + 92 + 673 +307 +1344:

RM 4470/PAX

*Boleh jimat lagi sebab kami pergi banyak negeri. Kalau masa terhad just pergi Istanbul , Bursa dan Kapadokya pun dah cukup untuk Musim Sejuk Berbaloi2!

*RATE

RM 1: TRY 1.2

1 EURO: RM4.7

*AKHIR KATA , SELITKAN TURKI NI DALAM DESTINASI ANDA SATU HARI NANTI SEBAB BERBALOI DAN WORTH YOUR MONEY.

Hoping that one day you will be here !

Penulis boleh dihubungi melalui laman Facebook Amer Syazwan

13 points
Upvote Downvote