12 Tempat Menarik Di Pulau Tioman Untuk Percutian Pulau

1,121 Views in ,
Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Open list
12 submissions already

Otot anda mengimpikan aktiviti lasak? Mata anda merindukan pemandangan yang menyegarkan? Jiwa anda mendambakan ketenangan? Atau anda nak bershopping sakan tanpa rasa bersalah? Apa kata kalau pada musim cuti akan datang anda sekeluarga menuju ke Pulau Tioman.

Pulau yang terletak di negeri Pahang ini walaupun kecil dengan hanya berkepanjangan 20 km dan berkelebaran 12 km, tarikan yang ditawarkannya sangat luar biasa.

Dikuasai oleh hutan hujan yang tebal dan dikelilingi oleh perairan yang kaya dengan hidupan marin, Pulau Tioman menawarkan 1001 sebab untuk pencinta alam semula jadi datang bagi meneroka pulau ini. Disenaraikan dalam artikel ini adalah 12 tarikan dan aktiviti yang mesti dilakukan di Pulau Tioman. Teruskan membaca senarai tempat menarik di Pulau Tioman ini.

#1 Air Terjun Asah

Di pulau ini sebenarnya terdapat beberapa buah lagi air terjun, namun yang paling ‘legend’ adalah Air Terjun Asah yang merupakan air terjun yang terbesar di pulau ini. Lokasinya, terletak di bahagian selatan Pulau Tioman dan tidak jauh dari kampung Mukut. Untuk menuju ke sini, anda perlu berjalan dari kampung Mukut dalam masa selama 40 minit dan 20 minit daripada kampung Asah.

Sampai sahaja di kawasan air terjun, anda boleh berkelah sambil menikmati percikan air terjun yang segar daripada gunung. Keindahan yang ditawarkan ini tak akanlah ingin dilihat dari jauh sahaja kan? Dah puas berjalan, inilah waktunya untuk anda menyegarkan kembali badan yang telah kepenatan.

Alamat: Air Terjun Asah, Pulau Tioman

3 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Pulau Tulai (Coral Island)

Berlokasi di bahagian utara Pulau Tioman, Pulau Tulai ataupun turut dikenali sebagai Coral Island adalah salah sebuah destinasi pelancongan yang cukup terkenal di sini. Untuk menuju ke Pulau Tulai dari Pulau Tioman masa yang diambil adalah dalam 1 jam sahaja, dalam perjalanan untuk menuju ke pulau ini, anda dapat menikmati bayu laut yang sangat menyegarkan sambil mencuci mata melihat pemandangan air laut yang kebiruan.

Sebaik mendekati kawasan pantai pulau ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang berpasir putih. Untuk menikmati keindahan tarikan alam semula jadi pulau ini, anda boleh mendapatkan pakej aktiviti yang ditawarkan oleh penginapan-penginapan yang terdapat di sini. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar pulau ini adalah berkelah menikmati pemandangan dari tepian pantai, bersnorkeling, diving dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, di pulau ini terdapat banyak chalet dan resort yang boleh anda pilih untuk dijadikan tempat penginapan bersama keluarga.

Alamat: Pulau Tulai, Pahang

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#3 Pulau Renggis

Terletak tidak jauh dari Kampung Tekek adalah sebuah tarikan indah yang menjadi kegemaran para penyelam kerana pemandangan dasar lautannya yang sungguh meriah dengan warna-warni ikan yang bergerak bebas dan juga pembentukan batu-batu karang.

Pembentukan batu karang di sini juga dikatakan sangat pelbagai sehinggakan anda berkemungkinan dapat melihat spesies yang tidak pernah ditemui di kawasan lain. Secara spesifiknya, pulau ini terletak betul-betul di hadapan tempat penginapan Berjaya Tioman Resort. Jangan lepaskan peluang untuk menggunakan pakej-pakej yang ditawarkan untuk meneroka kawasan perairan di sekitar.

Alamat: Pulau Renggis, Pahang

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#4 Monkey Bay

Monkey Bay adalah sebuah tarikan semula jadi pantai mendamaikan jiwa yang terletak di belakang Kampung Salang. Pantai indah ini dikelilingi oleh kehijauan hutan yang tumbuh mekar di sekitarnya.

Kawasan pantainya pula cukup menarik untuk dijadikan lokasi berkelah di mana anda boleh menghamparkan tikar di atas pasirnya yang berwarna putih bersih dan berehat menikmati pemandangan air laut yang jernih bak kristal. Kejernihan air laut di sini menjadikan ia salah sebuah lokasi snorkeling yang terkenal di Pulau Tioman.

Alamat: Monkey Bay, Berdekatan Panuba Beach, Pulau Tioman

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#5 Kampung Tekek

Kampung Tekek adalah lokasi yang paling penting di Tioman, bukan hanya kerana ianya merupakan kawasan perkampungan terbesar di Tioman tapi juga kerana peranannya sebagai pusat pentadbiran untuk pulau ini.

Sebagai sebuah kawasan yang penting, Kampung Tekek mempunyai fasiliti yang cukup sempurna. Antara yang terdapat di sini adalah pejabat imigresen, bank, bangunan kerajaan, sekolah, klinik, masjid, kedai-kedai makan dan banyak lagi. Selain itu, Kampung Tekek juga adalah jalan masuk utama untuk ke Tioman sama ada melalui pengangkutan laut ataupun udara.

Lebih sebab untuk anda banyak menghabiskan waktu di kampung ini adalah kerana di sinilah anda boleh bershopping sakan untuk membeli pelbagai barangan yang termasuklah keperluan rumah dan pakaian, kenapa? Kerana Pulau Tioman juga memegang status sebagai Zon Bebas Cukai sejak tahun 2002, takkan nak lepaskan begitu je kan?

Alamat: Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#6 Batu Malang

Sebelum bercuti ke Pulau Tioman, penting untuk anda tahu lokasi yang wajib disinggahi untuk aktiviti menyelam yang paling best dalam hidup. Kalau di Pulau Tioman ni, jawapannya adalah di Batu Malang.

Kawasan perairannya terdapat banyak pembentukan batu karang yang menarik. Spesies ikan yang boleh ditemui juga teramatlah banyak dan antaranya adalah ikan barracuda, butterfly fish, clownfish (Ikan Nemo), cuttlefish, lion fish, parrotfish dan banyak lagi ikan berwarna-warni yang lain. Percayalah, penerokaan bawah air sekitar Batu Malang ini sungguh mengujakan.

Disebabkan betapa terkenalnya lokasi ini, Batu Malang agak padat pada musim cuti ataupun hujung minggu.

Alamat: Batu Malang

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#7 Pusat Taman Marin

Salah satu sebab yang menyumbang kepada keindahan luar biasa Pulau Tioman adalah kerana ianya telah diwartakan oleh kerajaan sebagai taman marin. Dengan status sedemikian, hidupan marin di kawasan sekitar pulau mempesonakan ini terpelihara daripada sebarang aktiviti perikanan.

Kalau dah terjaga sebegini rupa, bayangkanlah apa yang menunggu anda di dasar perairannya yang sudah semestinya kaya dengan hidupan yang pelbagai rupa dan warna menanti untuk diterokai.

Bukan sahaja aktiviti perikanan yang tidak dibenarkan, sebab anda juga tidak dibenarkan untuk mengutip kulit siput, mengambil terumbu karang dan banyak lagi aktiviti lain yang dapat memberi kesan negatif kepada hidupan marin. Untuk pengetahuan anda, aktiviti menangkap ikan tidak dibenarkan hanyalah dalam jarak 3 km radius daripada pulau ini.

Pusat Taman Marin terletak di antara kamping Air Batang dan kampung Tekek di mana hanya aktiviti tertentu yang boleh dilakukan seperti menyelam skuba, snorkeling, menangkap gambar (bukan menangkap ikan) dan berenang. Walaupun anda dilarang untuk mendapatkan sebarang hasil laut kat sini, tapi anda di’wajib’kan untuk menyelam dan menikmati keindahan perairannya. Jangan lupa untuk membawa kamera kalis air!

Alamat: Pusat Taman Marin

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#8 Juara Turtle Project

Kalau anda nak tahu, dekat Pulau Tioman ini terdapat dua tempat yang menjadi tarikan penyu-penyu untuk mendarat dan menetaskan telur mereka iaitu di Kampung Bunut dan Kampung Juara.  Kebiasaannya penyu-penyu ini datang untuk bertelur dari bulan Februari ke bulan Oktober.

Di antara dua kawasan penetasan telur penyu ini, kalau anda ingin menyelami dengan lebih mendalam tentang pemeliharaan haiwan terancam, penyu, anda boleh datang untuk menjadi sukarelawan di Turtle Sanctuary, kampung Juara.

Dengan menjadi sukarelawan, anda boleh melibatkan diri dalam aktiviti pengutipan telur penyu dan membawanya ke tempat penetasan serta mengawasi kawasan tersebut daripada sebarang gangguan.

Waktu di mana sukarelawan diterima adalah dari bulan Mac ke Oktober. Dalam projek ini, anda akan diberikan penginapan bilik dorm yang lengkap dengan kemudahan asas. Jangka masa minimum untuk menyertai projek ini adalah 4 malam. Sepanjang penyertaan, anda akan dibawa mengikuti seminar, dan melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang lain seperti berkayak, jungle trekkng, dan kelas memasak. Wow! Memang best!

Alamat: Kampung Juara, Juara, Pulau Tioman

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#9 Gunung Nenek Semukut

Gunung Nenek Semukut, bila dengar sahaja namanya, sudah terbayang, mesti ada sebab kenapa ianya dinamakan sedemikian, tapi, kisah yang dikaitkan dengan gunung ini tiada langsung kaitan dengan ‘nenek’ kerana ianya adalah tentang sepasang naga yang dikatakan pernah wujud pada suatu ketika dahulu sebelum berubah menjadi batu kerana melanggar pantang larang yang sepatutnya diikut.

Dalam kisah itu, naga betina berubah menjadi pulau yang kini dinamakan Pulau Tioman. Kalau dilihat dari kejauhan terdapat sebuah kawasan di pulau ini yang berbentuk seperti tanduk naga dan inilah yang dinamakan sebagai Gunung Nenek Semukut. Manakala naga jantan pula berubah menjadi sebuah gunung  bercabang tiga iaitu Gunung Daik.

Selain kisah mitos ini, Gunung Nenek Semukut juga turut terkenal dek kerana pembentukan ‘wajah’ manusia pada bahagian puncaknya. Kalau dilihat dengan teliti, kelihatan seperti wajah seorang lelaki yang lengkap dengan dagu, mulut, hidung dan bahagian dahi.

Lihat sahaja bentuk gunung ini, bayangkanlah kesukaran untuk mendaki menuju ke kawasan puncaknya. Kalau anda nak tahu,  hampir keseluruhan laluan menuju ke puncak memerlukan pendakian. Jadi, pastikan stamina anda betul-betul mantap sebelum cuba untuk menakluki gunung ini.

Sekiranya anda adalah dalam golongan orang yang berani untuk menempuhi cabaran yang ditawarkan Gunung Nenek Semukut, maka anda dapat melihat pelbagai spesies flora dan fauna yang eksotik dengan lebih dekat.

Alamat: Gunung Nenek Semukut, Pulau Tioman

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#10 Tioman Island Hopping

Ingin memaksimumkan keseronokan anda di pulau ini? Rancanglah untuk ber’island hopping’ ataupun melompat dari satu pulau ke satu pulau di sini. Dengan cara ini, anda dapat menikmati keindahan yang ditawarkan segenap pelusuk Tioman yang pasti akan memberikan senyuman di wajah bila diingat kembali.

Antara pulau yang boleh dilawati adalah Pulau Chebeh, Pulau Sembilang, Pulau Sepoi, Pulau, Labas, Pulau Sri Buat Tokong Bahara dan Pulau Jahat.

Namun sekiranya anda kesuntukan masa, anda boleh melawat Pulau Tulai yang dikatakan sebagai sebuah destinasi pulau yang paling best di sekitar Tioman. Di sini, kawasan pantainya cukup indah dengan pasir yang putih dan air laut yang cukup jernih.

Kalau anda bernasih baik, anda mungkin akan terserempak dengan kehadiran ikan lumba-lumba yang berenang dengan ceria di sekitar perairan.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Video Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

Drop Video Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Add

Supported services:

Maximum upload file size: 10 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

3 points
Upvote Downvote