18 Tempat Menarik di Port Dickson Untuk Percutian Terbaik di Tepi Pantai

2,910 Views in ,
Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Open list
18 submissions already

Ramai yang memilih bercuti di Port Dickson kerana ia hanya satu jam lebih sahaja masa perjalanan dari Kuala Lumpur. Tambahan pula, pantai pasir putih yang luas dan udara laut yang segar antara sebab kenapa Port Dickson menjadi destinasi utama warga ibu kota bercuti pada hujung minggu.

Jika anda sedang merancang percutian ke sana, dibawah senarai tempat menarik di Port Dickson untuk anda sekeluarga lawat semasa bercuti nanti.

#1 Pantai Blue Lagoon

Pantai Blue Lagoon merupakan pantai yang terletak didalam teluk kecil berhampiran dengan Cape Rachado, hanya 18 Kilometer dari Bandar Port Dickson.

Air laut di sini cetek dan tenang kerana pantai ini dilindungi oleh teluk membuat tempat ini sesuai untuk kanak-kanak bermandi laut.

Disamping itu ia terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Tanjung Tuan dan pelancong sering dapat melihat hidupan liar seperti tupai, monyet dan burung.

Pada waktu malam pula boleh kelihatan lampu suluhan rumah api Cape Rachado merentas air laut di hadapan anda.

Lokasi: Batu 10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 PD Water Front

Kalau anda mencari lokasi untuk bersantai yang paling dekat dengan Bandar Port Dickson, PD Water Front adalah jawapanya.PD Water Front antara tempat yang baru dibina dan ia mempunyai satu laluan berjalan kaki panjang betul-betul bersebelahan dengan pantai.

Dikawasan ini juga anda akan menjumpai banyak kedai makan dan penginapan moden, menjadikan tempat ini ideal untuk mereka yang mencari tempat penginapan yang dekat dengan bandar Port Dickson. Kalau anda datang ke Port Dickson untuk sehari sahaja, jangan terlepas untuk berjalan disini sambil menikmati udara laut yang segar sebelum pulang ke Ibu Kota.

Lokasi: PD Waterfront, Persiaran Waterfront, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#3 Hutan Simpan Sungai Menyala

Walaupun Port Dickson ini lebih dikenali oleh pantainya, ia juga mempunyai hutan simpan yang indah yang menanti sesiapa yang sudi menerokainya.

Hutan Simpan Sungai Menyala mempunyai keluasan 1208 hektar dan boleh dijumpai 12 Kilometer dari pusat Bandar Port Dickson.

Disini anda berpeluang untuk menerokai hutan dan melihat hidupan liar seperti burung helang dan pokok jelutong gergasi.

Lokasi: Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#4 Taman Tema Wild West Cowboy

Antara tarikan yang baru sahaja dibina di Port  Dickson adalah Taman Tema Wild West Cowboy. Terdapat 4 tayangan 5D berbeza dan setiap satu mengambil masa selama 7 minit untuk habis.

Di sini juga terdapat 4 Escape Room dimana anda diberi masa yang singkat untuk menyelesai teka-teki untuk bebas dari bilik tersebut.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11am – 10pm)

Lokasi: 59-64, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#5 Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

Kepada pencinta akuarium dan ikan hiasan sila bergembira, Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang menampilkan pameran ikan laut tempatan yang exotik. Tidak ramai tahu tentang Pusat Ikan yang di urus oleh Jabatan Perikanan Port Dickson ini. Ia merupakan sebuah tempat tertutup penuh dengan akuarium yang mempamerkan berbagai jenis hidupan laut yang menarik.

Bukan sahaja untuk dilihat tetapi ada beberapa jenis ikan yang anda diberi peluang untuk sentuh, menjadikan tempat ini sesuai untuk semua peringkat umur. Yang minat memancing atau mahu belajar sedikit tentang kehidupan bawah laut jangan lupa untuk menuju ke desinasi ini.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9am – 5pm)

Lokasi: Batu 7, Jln Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#6 Muzium Tentera Port Dickson

Muzium Tentera Port Dickson ini merupakan antara muzium tentera yang terbesar di negara kita dan ia terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia.

Muzium ini didirikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari sedikit mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera Negara kita.

Disini terdapat 9 galeri berbeza yang membawa anda pulang ke zaman penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun. Disamping itu, anda dapat melihat pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Rabu-Ahad (10.00am – 5.00pm)

Lokasi: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#7 Pantai Bagan Pinang

Jika anda lebih gemarkan pantai yang sunyi untuk melapangkan minda, Pantai Bagan Pinang sesuai untuk anda kerana ia tidak sepopular pantai lain di Port Dickson.

Pantai pasir yang luas, air yang surut serta ombak yang tenang menjadikan Pantai ini tempat terbaik untuk anda lupakan stress di bandar.

Satu ciri unik mengenai pantai ini adalah pokok kayu bakau yang tumbuh secara semulajadi di situ dan pada waktu air surut anda boleh memerhati nelayan tempatan menjari ketam dan kepah.

Lokasi: Batu 3, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#8 Pantai Saujana

Pantai Saujana ini satu tempat berkelah tepi pantai yang sangat popular di Port Dickson. Terletak di batu 4, pantai ini terkenal dengan pantai yang luas dan pasirnya yang halus.

Walaupun kemudahan di sini kurang jika dibandingkan dengan Pantai Teluk Kemang, tetapi ia lebih sesuai untuk mereka yang berniat untuk memasang kemah di tepi pantai sambil berpiknik bersama keluarga. Pantai ini juga sesuai untuk pasangan yang mahu berjalan-jalan romantis sepanjang pantai.

Lokasi: Jalan Pantai, Batu 4, Pantai Saujana, 71050 Port Dickson

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#9 Alive 3D Art Gallery

Antara tarikan yang baru sahaja dibuka dan sering dikongsi di media sosial adalah Alive 3D Art Gallery Port Dickson. Kalau anda peminat selfie atau suka menangkap gambar menarik semasa bercuti, anda pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini.

Terdapat sebanyak 50 lukisan 3D beraneka tema setiap satu menjanjikan ilusi yang berlainan. Antara 5 tema yang anda boleh jumpai di sini adalah aquarium, adventure, animation, seni dan exotic.

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11am-10pm) | Sabtu-Ahad & Cuti Sekolah (10am-11pm)

Lokasi: No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

#10 Rumah Api Tanjung Tuan

Rumah api Tanjung Tuan atau nama lainnya Cape Rachado Lighthouse, adalah sebuah mercu tanda popular yang sering menjadi tumpuan pelangcong yang datang bercuti ke PD.

Ia dianggap rumah api yang tertua di Negara kita dan dibina pada abad yang ke 16, zaman Portugis memerintah Melaka.

Semenjak itu rumah apa ini diperbaharui beberapa kali oleh Kerajaan British, kali pertama pada tahun 1817, dan bangunan yang boleh dilihat sekarang disiapkan pada tahun 1863.

Tambahan terbaru pada Rumah api tersebut adalah sebuah radar MEASAT yang di bina pada tahun 1990.

Lokasi: Cape Rachado, Port Dickson

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Video Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

Drop Video Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Add

Supported services:

Maximum upload file size: 10 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

6 points
Upvote Downvote