15 Tempat Menarik Di Langkawi Yang Anda Wajib Singgah

1,222 Views in ,
Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Open list
15 submissions already

Salah satu pulau yang popular dan menjadi tumpuan pelancong dan luar negara di Malaysia adalah Pulau Langkawi. Terdapat banyak tarikan menarik dan sejarahnya yang tersendiri dan apa yang paling menarik adalah penganjuran LIMA setiap tahun di Pulau Langkawi. Oleh itu kami menyediakan senarai beberapa tempat menarik di Langkawi bagi memudahkan anda untuk merancang percutian ke Pulau Langkawi Nanti.

Langkawi yang juga dikenali dengan nama Langkawi Permata Kedah yang juga merupakan zon kawasan bebas cukai dan sangat popular dengan tempat untuk orang ramai membeli coklat secara borong. Ia juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang sering menjadi destinasi tumpuan orang ramai yang terdiri daripada pelancong tempatan dan pelancong luar negara kerana banyak tempat-tempat menarik di Langkawi yang boleh di singgah di sini.

#1 Tasik Dayang Bunting

Merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang juga menjadi perhatian orang ramai kerana kisah mitos yang terlalu banyak dan kononnya kawasan ini pernah menjadi kegemaran puteri kayangan yang bernama Mayang Sari dan sebagainya. Apabila anda melancong ke sini anda boleh bermandi manda dan juga beristirahat di sini.

Ada juga orang kata kebaikan minum air tasik ini bagi sesiapa yang belum hamil lagi. Jadi bagi sesiapa yang berikhtiar untuk memiliki zuriat, anda boleh lah cuba ya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan disini ialah merendam kaki untuk digigit ikan – ikan yang ada di sini, berenang dan anda juga boleh naik bot kayu bersolar di sekitar tasik. Rm5 merupakan harga tiket bagi orang dewasa dan RM3 bagi kanak – kanak.

Lokasi : Lake Of Pregnant Maiden, Strait Of Malacca, Kedah

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Muzium 5D – Believe Langkawi

Merupakan muzium yang satu – satunya konsep 5D yang ada di Malaysia dan misi muzium ini ialah menjadikan tarikan ini berkait rapat dengan 5 pancaindera yang dikurniakan kepada kita iaitu bauan, pendengaran, melihat ,rasa dan juga sentuhan. Muzium ini terletak di Langkawi Fair Shopping Mall yang juga merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi.

Waktu operasi muzium ini ialah dari jam 10 pagi sehingga 7.30 petang dan dibuka setiap hari. Manakala harga tiketnya pula berbeza untuk warganegara dan pelancong asing. Bagi warganegara dewasa hanya RM30 dan bagi kanak – kanak pula RM20 sahaja dan bagi pelancong asing dewasa RM38 dan RM 28 bagi kanak – kanak.

Lokasi : Lot No. FF 2 & FF 3, Phase 1, Langkawi Fair Shopping Mall, Kuah.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#3 Kayak Di Dev Adventure Tours

Bagi pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman berkayak, anda bolehlah datang ke sini bersama keluarga mahupun rakan – rakan anda. Anda jangan risau kerana di sini mereka menyediakan pelatih yang berpengalaman yang pasti akan membantu anda dan menjaga keselamatan anda di sini.

Anda boleh berkayak melalui paya bakau Langkawi yang mana mengambil kira – kira 5 jam perjalanan. Apabila anda berkayak di sini anda akan dapat melihat banyak haiwan di kawasan ini seperti burung helang, ular, memerang dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pula ialah RM220 bagi satu kepala.

Lokasi : Pantai Tengah 07000 Langkawi, Kedah

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#4 Oriental Village Langkawi

Ia merupakan kawasan membeli – belah dan juga tempat aktiviti keluarga di kaki Gunung Matchincang. Terdapat dua tarikan utama di sini iaitu anda boleh membeli – belah pelbagai jenis cenderamata dan anda juga boleh mendapatkan khidmat urutan dan sebagainya. Anda juga boleh mencuba beberapa aktiviti di sini seperti menaiki Segway iaitu sejenis kenderaan unik dengan 2 roda dan anda juga boleh menunggang kenderaan lasak ATV dan gajah.

Di sini juga terdapat taman rusa yang terletak berhampiran dengan kaunter kereta kabel.

Lokasi : Langkawi Cable Car, Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#5 Kereta Kabel Langkawi

Kalau datang melancong ke Pulau Langkawi tidak lengkap sekiranya anda tidak menaiki kereta kabel yang juga merupakan tempat tumpuan ramai pelancong kerana ia menjanjikan satu pengalaman yang penuh bermakna buat anda sekeluarga. Kereta kabel ini menggunakan teknologi Swiss dan anda tidak perlu risau tentang keselamatan diri anda kerana ia sudah di selenggara dengan  baik sebelum memulakan operasinya.

Apabila anda menaiki kereta kabel ini anda akan nampak pemandangan sekeliling yang sangat cantik. Jadi jika anda ingin ke sini anda hanya perlu membayar RM40 bagi orang dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak.

Lokasi : Oriental Park, Langkawi.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#6 Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi di Pantai Cenang ini bukan hanya popular dengan ikan – ikannya tetapi juga penguin. Terdapat beberapa jenis penguin yang ada di tempat ini iaitu penguin Afrika, penguin Rockhopper dan Mermoset. Di sini anda dapat melihat pergerakan sekumpulan penguin yang sangat aktif. Jangan lepaskan peluang untuk melihat penguin makan yang pastinya akan mencuit hati anda semua. Harga tiket yang ditawarkan ialah RM 36 bagi orang dewasa dan RM 26 bagi kanak – kanak.

Lokasi : Underwater World Langkawi, Jalan Pantai Chenang, Langkawi, Kedah.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#7 Air Terjun Telaga Tujuh

Air Terjun Telaga Tujuh boleh dikatakan tempat paling tenang di Pulau Langkawi. Air terjun ini terletak di Gunung Mat Cincang. Kalau anda berani boleh panjat ke atas air terjun ini.

Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan.

Anda boleh ke puncak dengan menaiki anak-anak tangga yang disediakan dan ia mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak.

Lokasi : Gunung Mat Cincang , 1km dari Oriental Village

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#8 SkyBridge

Bagi sesiapa yang sukakan ketinggian anda bolehlah ke sini kerana di sini anda dapat melihat pemandangan Pulau Langkawi dari puncak. SkyBridge merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan dua puncak bukit iaitu Bukit Machinchang. Jika pelancong ingin ke sini anda perlu menaiki kereta kabel.

Sebaiknya anda datang ke sini pada waktu petang kerana cuaca redup sedikit berbanding waktu tengahari. SkyBridge ini dibuka pada setiap hari dan bermula dari 10 pagi sehingga jam 6 petang sahaja. Yuran masuk bagi orang dewasa adalah sebanyak RM30 dan bagi kanak – kanak hanya RM20 sahaja.

Lokasi : 07000 Langkawi, Kedah

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#9 Kota Mahsuri & Makam Mahsuri

Tempat bersejarah yang sering menjadi bualan orang ramai kerana ia dipercayai mempunyai kisahnya yang terdahulu. Apabila anda ke sini anda boleh melihat makam yang dikata milik Mahsuri. Ia menjadi sejarah yang sangat popular di negeri Kedah ini. 

Tapi sejauh mana ketulenan kisah ini tidak dapat dipastikan lagi. Anda juga boleh melawat replika rumah Kedah dan muzium kecil di sini. Harga tiket untuk orang dewasa adalah RM7 dan untuk kanak- kanak separuh dari harganya.

Lokasi : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#10 Laman Padi

Laman padi merupakan destinasi menarik di langkawi yang beraspek eco-pelancongan. Di sini anda boleh belajar bagaimana budaya dan tamadun melayu didalam bidang menanam padi dimulakan.

Beroperasi semenjak tahun 1988, Laman Padi mempunyai keluasan 14.28 ekar dan kawasan pertanian yang seluas 8.6 ekar.

Destinasi ini bertemakan perkampungan melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika anda hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara tradisional.

Ia terletak di Pantai Cenang berdepan dengan Meritus Pelangi Hotel. Kalau anda daripada lapangan terbang ia mengambil masa 10 minit jika anda memandu. Harga tiket bermula Dari RM3 Seorang

Lokasi : Laman Padi, Pantai Chenang, Mukim Kedawang 07000

0 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Video Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

Drop Video Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Add

Supported services:

Maximum upload file size: 10 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

6 points
Upvote Downvote