Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

in ,

26 Tempat Menarik di Cameron Highland. Percutian Dingin & Nyaman

Open list
26 submissions already

Jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota? Jom ke Cameron Highland, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.

Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland, menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highland, dibawah saya telah himpunkan 28 tempat yang paling menarik untuk anda lawati semasa berada disini nanti.

#1 Muzium Time Tunnel

Muzium ini dibuka oleh seorang penduduk tempatan bernama See Kok Shan dan merupakan koleksi peribadinya. Di dalam terdapat sebenyak 1740 barang bersejarah yang dipameran. Muzium Time Tunnel ini dijadikan tempat menyimpan memori dan sejarah Cameron Highland dari zaman perintahan British hinggalah ke zaman sekarang. 

Antara pameran yang menarik di sini adalah barang ketinggalan kerajaan British, baju kaum peranakan, dapur antik yang penuh dengan hiasan lama, barang koleksi antik seperti kotak rokok dan tin minuman lama. Muzium ini boleh di jumpai di Brinchang dan ia berkonsi tempat dengan Kok lim Strawberry Farm.

Bayaran Masuk: Dewasa RM6 | Kanak-kanak RM4

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi: UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burong, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#2 Cactus Valley

Bukan selalu kita dapat melihat sebuah taman penuh dengan pokok kaktus betul? tapi di Cactus Valley anda dapat berjalan di taman yang dihias penuh dengan beraneka jenis pokok kaktus.

Jika anda berada di pekan Brinchang anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk sampai ke Cactus Valley. Selain daripada melihat pokok kaktus, jika anda berminat, anda juga boleh membeli satu pokok kaktus untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Bayaran Masuk: Dewasa RM4 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00pm)

Lokasi: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#3 Fragrance Nursery

Fragrance Nursery merupakan destinasi yang sesuai untuk penggemar bunga sejati. Mereka sudah lama menjadi bembekal tumbuhan pasu terkenal di Cameron Highland yang telah beroperasi selama 25 tahun.

Antara bunga yang dipamerkan disini adalah Lavender, Rosemary, Orkid, Ros, Kekwa dan 100 jenis tumbuhan flora yang lain. Baru-baru ini mereka juga telah mula menanam anggur.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00pm)

Lokasi: Batu 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#4 Rose Centre

Rose Centre Kea Farm terletak 3.5km dari pekan Brinchang. Tempat ini dihias dengan bunga ros yang beraneka jenis. Selain daripada bunga ros, pengunjung juga dapat membeli bunga pasu dan pokok kaktus.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00am)

Lokasi: Rose Centre, Brinchang, 39000 Cameron Highland

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#5 5D Art Muzium

Baru-baru ini terdapat sebuah kompleks membeli belah baru sahaja dibuka bernama Cameron Square. Apabila dibandingkan dengan shopping kompleks yang lain ia unik sedikit kerana didalam bangunan ini terkandung sebuah muzium yang luar biasa.

5D Art Muzium ini terletak di tingkat 2,  dan ia merupakan pameran lukisan 5D beraneka tema. Jika anda seorang peminat setia selfie pastikan anda datang ke sini untuk bergambar sebentar.

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM20

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 6.00 pm)

Lokasi: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Brinchang, 39100 Cameron Highland

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 Pasar Malam Pekan Brinchang

Pasar Malam Pekan Brinchang merupakan pasar malam paling popular di Cameron Highland dan ia teretak tidak jauh dari kawasan Kea Farm. Apa yang membezakan Pasar Malam ini dari pasar malam yang lain dinegara ini adalah di sini anda dapat membeli hasil keluaran penduduk tempatan Cameron Highland seperti teh, sayur dan buah-buahan segar.

Tambahan pula, terdapat banyak gerai yang menjual beraneka jenis makanan yang pasti dapat memikat selera anda.

Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)

Lokasi: Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#7 Lavender Garden

Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highland dan sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.

Walaupun kawasanya tidak besar apabila dibandingkan dengan tarikan lain di Cameron Highland, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar.

Selain daripada melihat bunga anda juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.

Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM7

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am) | Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#8 Air Terjun Robinson

Jika anda lebih cenderung kepada aktiviti luaran dan ingin melihat keindahan alam yang ditawarkan oleh Cameron Highland singgah sebentar di air terjun Robinson.

Air Terjun Robinson merupakan satu daripada tiga air terjun popular di Cameron Highland. Untuk ke air terjun ini anda perlu berjalan sebentar di dalam hutan, bagus jika anda penggemar aktiviti jungle trekking.

Lokasi: Tanah Rata, 39000 Cameron Highland.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#9 Mossy Forest

Mossy Forest merupakan destinasi khas buat mereka yang datang untuk menikmati kecantikan alam semulajadi yang ditawarkan oleh Cameron Highland. Mossy Forest unik apabila dibezakan dengan hutan lain kerana ia terletak di kawasan yang tinggi. Gabungan udara yang sejuk dan lembab, menjadikan atmosfera di dalam hutan sesuai untuk tumbuhan seperti fern, moss, lichen dan bunga orkid.

Kalau anda bertuah anda juga dapat melihat haiwan liar seperti ular, burung dan katak. Daripada Mossy Forest ini anda juga boleh meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Brinchang jika anda berani.

Lokasi: Mossy Forest, Brinchang, 39000 Cameron Highland

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#10 Ladang Lebah Ee Feng Gu

Ladang Lebah Eu Feng Gu boleh dijumpai 3.5km dari pekan Brinchang berhampiran dengan Equatorial Resort. Di sini anda dapat belajar sedikit sebanyak tentang proses menghasilkan madu dan cara betul menjaga lebah. Selain daripada itu disini juga terdapat galeri membeli-belah yang besar dan tempat permainan kanak-kanak, muzium mini dan café.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 7.00pm)

Lokasi: 75, Batu 43, Green Cow, Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands

0 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...