6 Senarai Negara WAJIB Ada Dalam ‘Travel Wishlists’ Untuk First Time Travellers!

365 Views in
Story MakerList MakerYears Of Membership

Open list
6 submissions already

Bagi mereka yang sudah biasa travel, sudah semestinya tiada masalah untuk memilih tempat travel. Walau bagaimanapun, bagaimanakah nasib mereka yang baru memupuk minat travel? Jom kita lihat senarai negara yang wajib ada dalam ‘travel wishlists’ anda sebagai First Time Traveller!

#1 Thailand

Thailand adalah antara negara yang WAJIB pergi. Bukan sahaja terkenal dengan keenakan makanannya, Thailand merupakan negara yang mempunyai pelbagai destinasi menarik seperti Hatyai, Krabi, dan Santorini Park! Ha tak perlu tempah tiket mahal semata-mata nak pergi visit Greece. Pergi Thailand je dah dapat berswafoto ala-ala berada di Santorini, Greece! 

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Vietnam

Penggemar kopi pula kena masukkan Vietnam dalam travel list anda! Katanya kopi Vietnam ni memang lain dari yang lain. Betul ke? 

Selain itu, 'Golden Bridge' - Jambatan berukuran 150 meter yang terletak berdekatan Da Nang, Vietnam semakin popular dalam kalangan travellers. Lokasi viral untuk mereka yang gemar ber'selfie'!  A must visit place! 

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#3 Turkey

Negara dua benua ni mesti masuk dalam 'wishlist'. Untuk permulaan disarankan untuk eksplor Istanbul di mana lebih dari 10 tempat menarik yang  menjadi tempat tarikan yang patut dikunjung.

Selepas itu boleh lah bergerak ke Capadocia,Ankara, dan sebagainya.

Sambil menyelam,minum air. Selain menikmati permandangan indah dan haiwan( terutama kucing) yang mesra alam terdapat banyak ilmu dan fakta bersejarah(muzium,makam-makam) yang boleh di cedok dan di ambil iktibar darinya.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#4 Indonesia

Antara negara yang paling popular untuk first time traveler. Terdapat banyak destinasi menarik dan harga tiket penerbangan pula boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

Jakarta dan Bandung menjadi pilihan untuk kaki shopping. Manakala Bali menjadi destinasi utama untuk percutian honeymoon. Antara tempat lain yang kerap dikunjungi juga seperti Medan, Yogyakarta dan Padang.

Dengan tukaran matawang yang lebih murah, ramai yang mampu untuk bercuti ke Indonesia. Makanan halal yang mudah dicari di mana-mana dan keenakan resepi masakan Indonesia juga menjadi antara salah satu tarikan utama untuk mengembara ke Indonesia sebagai first time traveler.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#5 Philippines

Kenapa Philippines? Murah dan banyak tempat dan aktiviti menarik boleh dilakukan di Philippines. Terdapat banyak pulau dan pantai cantik di Philippines. Bahasa juga tidak menjadi masalah kerana ramai penduduknya yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Dari Kuala Lumpur juga terdapat banyak penerbangan terus ke pelbagai destinasi dalam Philippines seperti Cebu dan Manila. Malah dari Kota Kinabalu, Sabah pun ada penerbangan terus ke Manila.

Kalau berani cubalah “balut” makanan yang eksotik Philippines. Tapi bagi mereka itu macam makanan biasa sahaja.

Salah satu percutian pantai di Philippines yang semakin mendapat nama adalah El Nido.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 Cambodia

Walaupun menggunakan USD sebagai matawang, perbelanjaan di Cambodia boleh dikatakan murah setanding dengan negara asia yang lain. Terkenal dengan Angkor Wat, salah satu keajaiban dunia, Cambodia memang patut dikunjungi sebagai first time traveler.

Destinasi yang paling popular sudah semestinya Siem Reap dan Phnom Penh. Sihanoukville juga semakin popular selepas penerbangan terus dari Kuala Lumpur diperkenalkan oleh Air Asia.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Video Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

Drop Video Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Add

Supported services:

Maximum upload file size: 10 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...