‘Istanbul Aku Datang!’ Membuatkan Aku Mahu Ke Istanbul Sekarang Juga!

712 Views in
Years Of MembershipStory Maker

‘Istanbul Aku Datang!’

Sebuah filem komedi romantik arahan Bernard Chauly lakonan Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy ini boleh aku katakan sebuah filem cukup hebat dan cemerlang dari setiap aspek:

  1. Kehandalan pelakon dalam menjiwai watak
  2. Lokasi dan sudut pengambaran
  3. Pakaian yang diperagakan oleh pelakon
  4. Plot cerita yang menarik

Anugerah yang berjaya diragut:

  1. Filem Komedi Terbaik (Anugerah Lawak Warna 2013)
  2. Pelakon Komedi Wanita Terbaik – Lisa Surihani (Anugerah Lawak Warna 2013)
  3. Lakon Layar Komedi Terbaik Filem (Anugerah Lawak Warna 2013)
  4. Pengarah Komedi Terbaik – Benard Chauly (Anugerah Lawak Warna 2013)
  5. Pengarah Terbaik – Benard Chauly (Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013)
  6. Pelakon Wanita Terbaik (Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013)
  7. Lakon Layar Terbaik – Rafidah Abdullah (Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013)
  8. Pelakon Wanita Terbaik – Lisa Surihani (Festival Filem  Malaysia ke-26)
  9. Lagu Tema Terbaik – Aku Datang: Tomok (Festival Filem  Malaysia ke-26)
  10. Filem Komedi Terbaik (Festival Filem Antarangsa Asean 2013)

Dengan deretan senarai anugerah yang diraih, pasti kita tahu filem ini cukup istimewa. Namun berbaki 22 pencalonan yang mana mereka gagal meraih tempat dalam anugerah tersebut.

Walau bagaimanapun, sesebuah pencalonan itu boleh dikatakan suatu kejayaan kerana bukan mudah untuk dicalonkan jika tiada kualiti.

Tambahan pula bukan hanya sepuluh mahupun dua puluh filem yang dihasilkan dalam tempoh setahun.

Sinopsis:

Bermula dari seorang wanita bernama Dian (Lisa Surihani) yang sanggup datang ke Istanbul kononnya ingin mengambil kursus pendek bertujuan ingin dekat dengan tunangnya Azad (Tomok)

Dian ingin mempamerkan kesungguhannya dalam hubungan antara mereka berdua. Ini supaya Azad akan segera melamarnya di sana.

Dian seorang wanita yang manja akan tetapi dia juga seorang yang tabah tambahan pula apabila dia berhadapan pelbagai konflik sepanjang berada di Istanbul.

Sehinggalah pertemuan Dian dengan Harris (Beto Kusyairy) yang menambahkan lagi beban kepadanya kerana dia baru tahu bahawa rumah sewanya sudah ada penyewa iaitu Harris.

Ketika itu Dian tidak mampu keluar dari rumah tersebut untuk mencari rumah sewa baru kerana kesemua duitnya telah dibayar kepada agen yang menipunya.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila timbul kemelut antara Dian dan Harris sehinggalah rahsia yang cuba disimpan oleh Dian selama ini berkaitan penyewa asal rumah tersebut terbongkar.

Dian ditengking oleh Azad kononnya cuma berselindung di belakangnya namun pada realitinya Azad juga menyimpan rahsia yang lebih besar dari itu.

Apabila semua terbongkar, akhirnya Dian mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia kerana baginya Istanbul bukan lagi untuknya.

Saat itu, Harris cuba meluahkan perasaan yang mana selama ini terpendam dalam hatinya kepada Dian dan Azad pula merayu supaya diberikan peluang kedua.

Akhirnya impian Dian untuk mengambil gambar perkahwinan di Hagia Sophia tercapai bersama pilihan hatinya.

‘Istanbul Aku Datang!’ membuatkan aku mahu ke Istanbul sekarang juga!

Tidak sesaat pun sudut penggambaran dalam filem ini yang mengecewakan dan benar-benar memberi impak besar bagi yang belum berkesempatan dan sudah lama menyimpan hasrat berkunjung ke Istanbul.

Banyak babak yang merakam sudut-sudut menarik di Istanbul iaitu Masjid Sultan Ahmed, Hagia Sophia dan Bosphorus yang mana kawasan perlancongan yang wajib dilawati sewaktu menjejakkan kaki ke sana.

Sinematografi filem ini cukup menarik dan hebat sehingga tercalon untuk ‘filem sinematografi terbaik’ bagi Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013 dan Festival Filem Malaysia ke-26.

Setiap penonton mampu menilai sendiri tahap sinematografi yang cuba dibawa dalam filem ini.

Akhir kata, semua pembaca disarankan menonton filem ini menghayati setiap apa yang cuba diketengahkan. Penonton dijanjikan sebuah kepuasan yang dikerah oleh semua kru filem ini.

-hajidibnazhar-

6 points
Upvote Downvote