[Flight Review] Oman Air

Penerbangan Zurich-Muscat-Kuala Lumpur

566 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Penerbangan :
ZRH-MCT
MCT-KUL

Durasi :
ZRH-MCT 6 jam 35 minit
MCT-KUL 7 jam 5 minit

Transit:
2 jam 35 minit di Muscat International Airport

Model pesawat:
ZRH-MCT A332 Jet
MCT-ZRH A332 Jet

Konfigurasi tempat duduk:
2-4-2 (kelas ekonomi)

Tempat duduk:
ZRH-MCT 28B
MCT-ZRH 40A (tepi tingkap)

Penerbangan ini bertarikh 10 Ogos 2018 berlepas pada pukul 21:55 waktu tempatan Zurich dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 20:10 waktu tempatan keesokan harinya.

Bermula dengan proses check in di Zurich International Airport yang sangat lancar dan dibantu oleh seorang staf yang boleh bercakap lebih dari 5 bahasa malah boleh berkomunikasi dengan kami dalam bahasa Melayu fasih. Untuk kelas ekonomi, 2 beg yang tidak melebihi 30kg dibenarkan untuk check in luggage.

Manakala 1 beg yang tidak melebihi 7kg dibenarkan untuk dibawa sebagai cabin baggage. Perjalanan dari check in counter ke boarding gate sangat lancar dan 15minit sebelum boarding, penumpang diminta untuk mengemukakan boarding pass untuk dicop dahulu.

Selepas itu barulah dibenarkan boarding. 2 lorong disediakan, satu untuk kelas bisnes dan satu untuk kelas ekonomi. Pesawat berlepas dan sampai on time!

ZRH-MCT-KUL
Boarding pass

Setelah penumpang selesai boarding, pengumuman dibuat untuk memberitahu crew mereka terdiri dari beberapa orang yang boleh berkomunikasi pelbagai bahasa. Contohnya seperti bahasa arab, melayu, tagalog, inggeris, jerman, perancis dan beberapa bahasa lain yang saya tidak sempat tangkap.

Bagi saya ini adalah sangat bagus dan akan memudahkan ramai penumpang untuk berkomunikasi dengan cabin crew jika ada masalah ataupun perlukan pertolongan mereka. Video keselamatan yang digunakan sangat menarik dengan menggunakan latar belakang kawasan-kawasan menarik di Oman dan bukan video keselamatan tipikal yang ada pada penerbangan lain.

Oman air
Skrin tv
Oman air
Ruang kaki

Tempat duduk boleh di-adjust untuk sandar ke belakang dan tegak. Bagi saya tempat duduk selesa dan ruang kaki yang memuaskan untuk saya yang berketinggian 173cm. Walaupun orang di hadapan menyandarkan kerusi kebelakang secara maksimum, saya masih rasa selesa dengan ruang tersebut.

Skrin tv pula boleh dikawal dengan remote dan touch screen. Pilihan movies dan tv show yang ditawarkan bagi saya tidak pelbagai dan tidak banyak yang menarik. Outlet usb untuk charge phone ade disediakan di sebelah skrin yang bagi saya mengambil yang sangat lama untuk charge penuh phone saya. Power outlet untuk plug antarabangsa juga ada di bawah kerusi di tengah-tengah antara dua kerusi.

Oman air
Power outlet

Untuk penerbangan pertama ZRH-MCT, setiap penumpang diberikan bantal kecik, selimut dan comfort pack yang mengandungi berus gigi, ubat gigi, stokin panjang dan penutup mata untuk tidur. Kad menu diberikan untuk pilihan hidangan makan malam. Saya pilih hidangan daging kambing dan beras basmati.

Rasa yang sangat sedap dan disertakan sekali sayur bendi saiz kecil. Penerbangan yang sangat lancar dan pendaratan pun agak smooth. Dalam sejam sebelum mendarat, makanan ringan berupa sandwich dengan daging ayam belanda dihidangkan bersama beberapa pilihan air. Sandwich itu pun sedap dan masih panas.

Oman air
Comfort pack
Oman air
Kad menu
Oman air
Kambing ?

Untuk penerbangan kedua, penumpang hanya diberikan selimut dan bantal. Pilihan movies yang sama seperti penerbangan sebelumnya. Kad menu juga diberi untuk pilihan makan pagi. Saya pilih omelette. Rasanya okay la tidak terlalu sedap tapi makanan ringan yang dihidangkan sejam sebelum mendarat agak mengecewakan.

Sandwich ayam sejuk. Tandas bersaiz kecil seperti kapal terbang lain tapi lengkap dengan tisu, air dan sabun. Penerbangan kedua mengalami gegaran yang agak lama sekitar 30minit ketika melalui Lautan India kalau tidak silap saya kerana keadaan cuaca yang kurang baik tapi pendaratan agak smooth di KLIA. Sebelum itu, juruterbang sudah memaklumkan yang kapal terbang memang akan mengalami sedikit gegaran ketika melalui kawasan itu.

Oman air
Kad menu
Oman air
Omelette dan sosej

Selain itu, proses pembelian tiket di website pun sangat mudah dan interface yang sangat menyenangkan. Tiada masalah dalam membuat pembayaran dan harga tiket yang kami dapat juga agak murah untuk musim panas di Eropah. Pusat transit Oman Air adalah di Muscat, Oman.

Airport yang canggih dan cantik. Terdapat banyak tempat duduk selesa yang boleh baring, malah terdapat lounge untuk membaca dan berehat. Perkhidmatan wifi adalah percuma di dalam airport tersebut tapi perlu mengambil password di kaunter informasi dan hanya boleh digunakan selama 3jam.

Kesimpulannya saya rasa overall servis Oman Air memuaskan. Adakah saya akan naik lagi Oman Air? Jika saya dapat tiket murah lagi berbanding airlines lain, kenapa tidak?

Oman airport
Oman airport

Oman airport
Reading lounge