El Nido Tempat Underrated Di Philippines Yang Patut Anda Kunjungi

Sahih Memang El Nido Pantai Tercantik Di Philippines

476 Views in , ,
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Kenapa El Nido? Ramai yang sudah maklum tentang penutupan pantai Boracay kepada pelancong baru-baru ini. Ia dijadualkan tutup selama 6 bulan bermula 26 April 2018 kerana khuatir pulau tersebut akan menjadi loji kumbahan. Boleh baca berita tersebut di sini.

Boracay merupakan hotspot untuk pelancong yang berkunjung ke Philippines. Ya memang pantai Boracay sangat cantik tapi sebelum penutupan pantai tersebut, Boracay dilaporkan terlalu sesak dengan pelancong, harga yang mahal dan semakin kotor. Ramai yang kecewa dengan penutupan Boracay dan beralih ke negara lain untuk mencari pantai cantik dengan laut biru.

El nido
Snorkeling

Tetapi tahukah anda Philippines terdiri daripada lebih 7000 pulau? Banyak lagi pantai cantik yang belum diteroka dan sudah diteroka tetapi kurang pelancong yang boleh dikunjungi di Philippines.

Pernah dengar El Nido? Kalau tak pernah dengar meh sini nak cerita tentang pantai alternatif yang anda bole pergi jika berkunjung ke Philippines. El Nido terletak di utara kepulauan Palawan. Philippines terdiri daripada lebih 7000 pulau dan El Nido dikatakan yang paling cantik sekali antara semua dan boleh dikunjungi pelancong.

Kenapa El Nido kurang dikunjungi dan kurang mendapat perhatian? Sebab nak pergi ke situ memang memerlukan perjalanan yang agak panjang dan kegigihan serta kesabaran.

El nido
Kepulauan Palawan

Bagaimana nak pergi El Nido?

Ada 2 cara untuk ke El Nido, sama ada penerbangan terus ke El Nido ataupun perjalanan darat dari Puerto Princessa yang mengambil masa agak lama tapi jalan ini adalah yang paling popular sekali.

El nido
Cebu pacific

Penerbangan terus :

Syarikat penerbangan Air Swift ada menyediakan perkhidmatan penerbangan harian ke El Nido dari Manila, Cebu, Coron dan beberapa tempat lagi sekitar Philippines. Ini adalah cara yang terpantas dan paling direct untuk ke El Nido.

Flight tersebut akan mendarat di Lio Airport yang terletak lebih kurang 4km dari pekan. Di airport akan ada tricycle yang boleh bawa anda ke pekan. Oh di Philippines mereka panggil tricycle bukan tuktuk.

El nido
Puerto Princesa Airport

Jalan darat :

Untuk ini anda perlu ke Puerto Princesa dahulu. Jalan ini lebih mencabar dan lebih digemari oleh para traveler. Sebelum ke El Nido sebenarnya saya ingat this is the only way to get there rupanya ada direct flight ke El Nido. But I always learned from my lesson haha.

Untuk ke Puerto Princesa Airport boleh ambil flight dari Manila atau Cebu. Saya naik flight Cebu Pacific dari Cebu dan penerbangan hanya sejam. Airasia juga ada menawarkan flight ke Puerto Princesa tapi ketika itu Cebu Pacific paling murah so of course la saya ambil yang paling murah. Dan dari Puerto Princesa masih ada 220km jalan darat untuk ke El Nido.

Dari situ ada 2 pilihan sama ada naik private van ataupun bas. Semestinya bas lagi murah tapi van lagi selesa. Selalunya ada banyak van sudah menanti setibanya pelancong di Puerto Princesa Airport. Kalau tidak pun boleh ambil van yang ditempah oleh pihak hotel di Puerto Princesa jika anda decide untuk bermalam di Puerto Princesa.

Harga yang ditawarkan dari P500-P600 dan mengambil masa lebih kurang 5 1/2 jam ke El Nido. Manakala bas pula mengambil masa lebih dari itu, 6jam ke 8jam. Harga pula berbeza mengikut syarikat dan sama ada bas tersebut ada pendingin hawa atau tidak. 2 syarikat bas yang selalu digunakan ramai adalah Roro Bus dan Cherry Bus. Saya naik Roro Bus yang ada air-con dan berharga P380.

El nido
Stesen Bas El Nido

Bagi mereka yang berhajat ke El Nido menggunakan jalan darat, janganlah tergesa-gesa. Saya cadangkan untuk stay di Puerto Princesa sehari dua sebab banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sini. Saya stay 1 malam di Hostel Shebang sebab harga yang murah dan dekat dengan pekan. Staf di situ juga sangat baik dan very helpful. Kebetulan pula ketika saya di situ ada Mimaropa Festival.

El nido
Hostel Shebang

Saya ambil bas ke El Nido pada keesokan harinya pada pukul 8.30pm di San Jose Bus Terminal. Jadual bas menunjukkan kekerapan 2jam sekali untuk ke El Nido tapi kadang-kadang mereka menunggu sehingga bas penuh baru mereka memulakan perjalanan.

Bas saya sampai lewat sejam kerana pada pukul 1.00am salah satu tayar bas yang saya naiki meletup. Nasib baik tiada kemalangan yang berlaku. Saya dan penumpang lain terpaksa menunggu lebih kurang sejam dan dipindahkan ke bas lain yang menuju El Nido. Saya selamat tiba pada pukul 3.30am di hentian bas El Nido.

Difficult roads often lead to beautiful destinations

El nido
Welcome to El Nido

Untuk pengetahuan korang, El Nido terkenal dengan 4 pakej utama island hopping. Pakej tersebut dinamakan Tour A, B, C, dan D. Setiap pakej membawa anda ke pulau yang lain. Sesetengah pelancong di sini ada yang mengambil kesemua pakej tersebut pada hari yang berlainan. Kesemua tour ini mula pada pukul 9am. Semua tour company menawarkan pakej yang sama tapi harga berbeza-beza. Mengikut pemerhatian saya harga pun tidak jauh beza.

Setibanya saya di stesen bas usang tersebut, saya terjumpa dengan seorang pelancong warga tempatan yang bernama Hari. Mula-mula dia cuba bercakap dengan saya dalam bahasa Visaya sebab dia menyangka saya pinoy.

Memang muka mereka dan kita ada banyak peersamaan. Sepanjang saya di Philippines memang ramai menyangka saya pinoy. Dia cadangkan pada saya untuk ambil pakej dengan Northern Hope Tours bersama dia. Dia beri saya nombor telefon untuk menghubungi tour company tersebut tapi panggilan tidak dijawab mungkin sebab terlalu awal.

Kami tidur di kerusi stesen bas tersebut menunggu siang. Pada pukul 7am saya cuba telefon semula dan dapat tempah Tour C dengan Northern Hope Tours pada harga P1200. Sebelum itu saya lakukan sedikit kajian di internet, memang ramai yang cakap Tour C paling best dan berbaloi kalau anda hanya ada sehari di El Nido. Tapi jujur saya katakan sehari memang tak cukup.

El nido
Meeting point

Meeting point untuk tour tersebut adalah di El Nido Authority Port. Kami jalan sejauh 1.4km dari stesen bas. Boleh juga naik tricycle tapi sebab nak jimat dan ada banyak masa terluang kami decide untuk jalan sahaja. Bagi yang tidak menempah hotel (day trip seperti saya) mereka menyediakan tempat menyimpan beg di salah satu mereka punya hotel partner.

Malah selepas habis tour pada jam 5pm mereka benarkan saya mandi di hotel tersebut dan bersalin pakaian. Tour C membawa kami ke 5 tempat iaitu Hidden Beach, Helicopter Island, Secret Beach, Matinloc Shrine dan Star Beach. Makan tengah hari disediakan, kami diberi snorkel mask dan jaket keselamatan serta ada guide yang akan sentiasa menemani.

El nido
Helicopter Island

Kalau tengok bilangan bot di kawasan ini memang tidak banyak dan terlalu sedikit jika dibandingkan dengan Boracay. Memang betul-betul untouched. Dalam satu bot kumpulan kami terdiri daripada 12 orang kalau tak silap saya. Tempat pertama yang kami pergi adalah Helicopter Island. Turun je dari bot rasa macam nak menangis je.

Air terlalu jernih dan kebiruan dia memang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Perasaan yanng sama seperti di air terjun Kawasan cuma bezanya yang ini adalah air laut masin. Keadaan di sana sangat bersih dan nyaman sebab tak ramai orang. Yang seronoknya sepanjang bot berjalan, salah seorang guide memancing ikan dengan hanya menggunakan tali pancing yang digulung di styrofoam.

Dilepaskan di belakang bot ketika bot bergerak. Seronok bila lihat dengan mata sendiri dapat 2 ikan besar. Lagi seronok bila ikan tersebut terus dibakar di atas bot dan dihidangkan bersama hidangan lain di Star Beach untuk buffet makan tengah hari.

El nido
Menunjukkan ikan yang dipancing
El nido
Makan tengah hari
El nido
Bakar ikan atas bot

Saya punya personal favorite adalah Secret Beach. Sangat susah untuk pergi ke pantai ini. Pertama sekali bot akan berhenti sekitar 20meter dari pintu gua untuk memasuki pantai ini. Kami diminta berenang ke pintu gua tersebut dan diminta tunggu di situ sehingga ditarik oleh guide. Dalam air ada tali yang menghubungkan luar dan dalam pantai.

Ketika ombak air memasuki gua tersebut ke arah dalam Secret Beach, ketika itulah kami diminta untuk berenang masuk ke dalam gua tersebut seorang demi seorang. Sebelah tangan pegang tali dan sebelah tangan lagi akan disambut oleh guide yang akan menarik kita ke bahagian dalam Secret Beach. Betul-betul mencabar dan pemandangan dalam sangat lawa.

Perkara yang sama terpaksa dilalui kami semua untuk keluar dari Secret Beach. Setiap tempat kami diberi masa lebih kurang sejam untuk menikmati tempat tersebut.

El nido
Dari luar Secret Beach
El nido
Secret Beach
El nido
Pintu masuk
El nido
Tali yang menghubungkan ke Secret Beach
El nido
Apa yang penting?KERJASAMA!

Pengakhirannya kami dibawa ke satu snorkeling spot. Nampak dari atas bot memang visibility betul-betul clear. Ikan pun banyak. Batu karang berwarna-warni dan boleh nampak ikan nemo ataupun clown fish dari atas bot walaupun agak jauh ke dasar.

Salah satu guide berseloroh sambil memberitahu kami semua tempat itu adalah tempat terbaik untuk snorkeling dan semua diwajibkan terjun dari bot. Kami pun mengikut arahan dan terjun. Beberapa saat selepas itu semua merengek kesakitan kerana rupanya di situ terdapat banyak obor-obor kecil. Guide hanya tertawa dan memberitahu obor-obor tersebut tidak merbahaya.

Ramai yang naik semula tapi ada juga yang terus berenang di situ. Sengatan obor-obor itu tidaklah terlalu sakit bila berenang lama-lama memang lali sudah dan tidak terasa.

Guide sangat baik tolong tangkap gambar dan jawab semua persoalan yang ditanya. Tour kami habis sekitar 5pm dan saya pulang semula ke Puerto Princessa dengan mengambil bas pukul 9.30pm yang berharga P450. Pernah tengok movie The Beach lakonan Di Caprio yang diadaptasi dari novel The Beach?

Walaupun pantai sempurna yang diceritakannya terletak di Thailand, penulis novel tersebut, Alex Garland akui pantai sempurna sebenar yang dimaksudkan adalah di Philippines. Kalau benar seperti yang diperkatakan, El Nido adalah tempatnya, the perfect beach!

El nido
Bot beratur
El nido
Dari atas bot
El nido
Hidden Beach

Baca juga: Kenangan Indah Berenang Bersama Whale Sharks Di Oslob, Philippines

22 points
Upvote Downvote