Edisi Traveller: Jom Jana Duit Online dengan Grabean

Jana Pendapatan Semasa Travel

687 Views in
Story MakerList MakerYears Of Membership

Pengalaman SR sebagai Personal Shopper

Teringat kisah SR menjadi personal shopper untuk Hard Rock Cafe merchandise pada tahun lepas. Sambil travel, sambil jana duit dengan menjadi personal shopper. Memandangkan SR memang akan melawat beberapa lokasi dalam masa dua minggu, jadi SR mengambil kesempatan ini untuk buat extra income. 

Antara cabaran menjadi personal shopper adalah kena bergerak sendiri : Ini bermaksud tiada satu platform khas untuk travellers menjadi personal shoppers. Jadi, antara tempat untuk mendapatkan bakal pelanggan adalah melalui FB Group dan Instagram.

SR terkejut kerana baru sahaja tahu mengenai kewujudan Grabean! Grabean merupakan satu mobile app yang memfokuskan tentang jual beli (overseas items) antara Requester dan Traveller. Apa yang menariknya, Grabean ini merupakan mobile app Malaysia okay! Memang khas untuk orang Malaysia yang suka membeli barang overseas dan yang suka travel ke luar negara. Di sini, Requester boleh post ‘wishlist items’ mereka dan Traveller akan mendapat notifikasi mengenai wishlist items tersebut.

Untuk mereka yang biasa menggunakan platform Carousell, sudah tentu familiar dengan konsep leave feedback bukan? Begitu juga dengan Grabean. Setelah Requester mendapat barangnya, dia boleh klik pada ‘Acknowledge Delivery’ dan meninggalkan review untuk traveller tersebut.

Kenapa Review dari Requester Sangat Penting?

Pada zaman moden sekarang ini, mobile app kini tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ada yang bagus dan ada yang kurang bagus. Kebanyakannya scammers akan cuba mengambil kesempatan ke atas kewujudan platform sebegini.

Jadi, Bagaimana Untuk Mengukuhkan Kepercayaan Terhadap Pengguna Grabean?

Semakin tinggi jumlah review yang diperoleh, semakin tinggi kepercayaan Requester untuk mendapatkan khidmat Traveller. Review yang diberikan adalah honest review. Jadi, Requester boleh melihat review tersebut sebelum membuat keputusan.

Grabean – Scam Atau Bukan Scam?

Perkara yang paling SR risau adalah platform ini boleh dipercayai ke? Jika barang kita tidak sampai macam mana dengan refund duit kita?

Jangan risau sangat! Wang yang telah dibayar melalui Grabean ini HANYA AKAN DIBAYAR kepada Traveller setelah barang yang kita beli sudah selamat sampai dekat tangan kita. Ha lega sudah? Hehe.

Sekiranya Traveller berada di negara berkenaan dan boleh mendapatkan barang tersebut, dia akan melihat dahulu harga yang ditawarkan oleh Requester. Jika harga yang diberikan terlalu murah, Traveller berhak merunding harga dengan Requester. Setelah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, Requester hendaklah mengisi details termasuklah sama ada ingin barang dihantar terus ke alamat Requester ataupun mengambil terus barang tersebut di pejabat Grabean yang terletak di kawasan Pantai Dalam (berhampiran KL Gateway Mall).

Traveller akan mendapat bayaran dalam masa 7 hari selepas Requester mendapat barangnya. Walau bagaimanapun, Traveller mestilah tahu bahawa 7% akan ditolak daripada jumlah bayaran sebagai yuran transaksi.

Apakah Kelebihan Aplikasi Grabean Ini?

Untuk Traveller:

Untuk Requester:

  1. Dapatkan barangan eksklusif yang tiada di negara anda.
  2. Jimatkan sejumlah duit yang banyak! Katakan tidak pada harga shipping yang mahal.
  3. Sistem pembayaran yang selamat dan berkesan.
  4. Pengalaman membeli-belah yang sangat memudahkan.

Apakah Kelemahan Aplikasi Grabean Ini?

Untuk Traveller:

Traveller hanya akan mendapat bayaran dalam masa 7 hari selepas barang sampai kepada Requester. Jadi, Traveller memang kena sediakan duit yang lebih untuk membeli barang terlebih dahulu. Berbeza dengan personal shopper biasa, selalunya wang pendahuluan akan diberikan dahulu dan selebihnya akan dibayar apabila personal shopper berjumpa dengan pembeli itu sendiri untuk menyerahkan barang pembelian.

Selain itu, traveller juga harus memastikan wishlist item requester memang ada di negara berkenaan. Sekiranya tiada, traveller akan menghadapi isu ‘Cancellation’. Traveller harus berhati-hati untuk membatalkan sesuatu request kerana terlalu banyak pembatalan akan mengakibatkan akaun Traveller digantung (suspended account).

Untuk Requester:

Requester harus menunggu barang sampai dan ini bergantung kepada trip traveller itu sendiri. Misalnya, Requester meletakkan tarikh 10 Oktober 2018 sebagai tarikh delivery item. Walau bagaimanapun, Traveller yang ingin menerima task tersebut hanya akan pulang ke Malaysia pada akhir bulan Oktober 2018. Untuk Requester yang urgent untuk dapatkan barang dari luar negara, SR nasihatkan ini bukan platform terbaik. Dalam menggunakan platform Grabean ini, kedua-dua belah pihak (Traveller dan Requester) kena ada sikap tolak ansur. Win-win situation is a must!

Jom Lihat Berapa Banyak yang Traveller ini Dapat Hasil daripada Grabean (Trip ke Jepun)

Baca, Hadam dan Take Action!