Cukup Ke Seminggu Di Luang Prabang?

517 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Kadang-kadang masa yang tak mengizinkan dan bilangan cuti yang tak seberapa bagi mereka yang sudah bekerja mengehadkan percutian seseorang itu dari segi tempoh percutian. Kadang-kadang masa yang free ataupun cuti hanya dapat beberapa hari saja tapi kaki dah gatal nak travel ke luar. Jadi apa yang patut anda lakukan? Nasihat saya just go. Make do dengan apa yang anda ada. Bagi saya seminggu sudah memadai untuk menikmati Luang Prabang, Laos. Tapi kalau siapa yang mempunyai lebih masa sangat digalakkan untuk stay lebih lama di Luang Prabang. Ada traveller yang kami jumpa hanya chill di Luang Prabang berbulan-bulan sebab katanya di sini suasananya sangat tenang dan damai sesuai untuk melarikan diri dari kesesakan kota dan melupakan masalah-masalah yang dihadapi. Kan sudah ada penerbangan terus dari KLIA ke Luang Prabang dengan Airasia. Rebutlah peluang ini untuk mengunjungi tempat yang belum ramai lagi jejaki.

Walaupun Luang Prabang ini tidak terlalu besar, tetapi masih banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kalau nak rehat saja pun sesuai. Penduduk di sini tidur awal, malah banyak kedai sudah mula tutup seawal jam 8 malam. Seminggu kami di sana, kami tinggal di Aham Backpackers Hostel. Harga berpatutan dan sarapan disediakan setiap pagi. Malah di situ juga menyediakan perkhidmatan sewa motor yang jauh lebih murah berbanding syarikat-syarikat lain. Hostel tersebut berdekatan dengan night market dan boleh dikatakan berada di kawasan tumpuan pelancong tapi jalan di situ tidaklah sesibuk mana. Pekerja di situ juga sangat baik dan membenarkan kami check out lambat pada hari terakhir malah membantu kami mendapatkan tuktuk harga murah ke airport.

Kalau kental, Luang Prabang boleh redah je. Sekurang-kurangnya tempah hotel dulu. Bagi kami, semua di sini amat mudah. Malah ramai antara mereka yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Tapi tidak salah untuk belajar bahasa mereka kan. Bahasa rasmi mereka adalah Bahasa Lao. Lebih elok anda belajar sedikit sebanyak bahasa Lao sebelum ke sana. Cukup dengan frasa-frasa ringkas seperti hello dan terima kasih. Pasti penduduk tempat lebih menyukai anda.

Sebelum ke Luang Prabang anda boleh lah baca-baca dulu apa yang anda perlu tahu sebelum ke sana. Info-info tersebut amat berguna dan kebanyakannya dapat menjimatkan masa dan wang anda. Cuba tengok video tersebut, apa yang kami lakukan selama seminggu di Luang Prabang. Video amateur, tapi mungkin dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang keadaan dan kecantikan di Luang Prabang. Pack and just go!

17 points
Upvote Downvote