Bersemayamnya Dinosaur Di Bumi Mesir: Fakta Atau Auta Yang Direka Semata?

319 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

#1 Mesir Bumi Misteri

Mesir merupakan tempat yang menakjubkan. Menyimpan ribuan misteri yang sudah dirungkai. Banyak juga yang masih belum dirungkai.

Bukan sahaja masyhur dengan tempat-tempat pelancongan Islamik seperti makam-makam para Nabi, Sahabat, ulama dan orang soleh.

Bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat khazanah tamadun Mesir Purba, tamadun Islam dan Barat seperti piramid, sphinx, masjid dan lain-lain.

Juga masyhur dengan industri pelancongan moden seperti di Sharm El-Syeikh.

#2 Fosil Dinosaur Ditemui

Percaya atau tidak, Mesir juga turut menyimpan fosil-fosil dinosaur!

Ahli Paleontologi dari Universiti Mansoura menemui fosil spesis baharu dinasaur di Dakhla pada 2018 yang lalu.

Fosil tersebut menunjukkan bahawa dinosaur terbabit dipercayai hidup kira-kira sekitar pada usia 80 million tahun yang lalu.

Dakla merupakan sebuah kawasan yang bertempat di tengah-tengah kota Kaherah.

Para saintis menganggap penemuan bersejarah ini suatu yang sangat menakjubkan.

Dinosaur terbabit dipercayai spesis pemakan tumbuhan yang hidup pada Era Cretaceous. Ahli paleontologi menggelarnya Mansourasaurus Shahinae.

Kajian menunjukkan bahawa dinosaur tersebut memiliki lebih kurang 10 meter ketinggian, 5,000 kg dan tergolong jenis titanosaurs.

Titanosaurs merupakan sejenis kelompok spesis dinosaur-dinosaur yang terberat berbanding hidupan darat yang lain.

#3 Penemuan Menakjubkan

“Afrika masih lagi kekal dengan misteri dan penemuan-penemuan fosil terutamanya pada akhir Era Dinosaurs,” kata Eric Gorscak.

Eric Gorscak kini merupakan seorang pengkaji di bahagian lapangan muzeum. Jurnal beliau bertajuk Nature Ecology & Evolution telah diterbitkan.

“Mansourasaurus membantu kami merungkai beberapa persoalan besar mengenai rekod penemuan fosil dan hidupan purba lain di Afrika.

Haiwan-haiwan apakah yang hidup ketika itu, dan spesis haiwan apakah yang paling terdekat dan terkait dengan hidupan-hidupan ini?”

Dr Matt Lamanna seorang pengkaji di Museum of Natural History Carnegie mengatakan penemuan ini benar-benar memeranjatkan beliau.

“Penemuan fosil dinosaur terpelihara baik yang berasal akhir Era Dinasour di Afrika ini, kami sudah mencarinya dalam waktu yang sangat lama.”

Penulisan ini disunting dan dialih bahasa melalui petikan artikel yang ditulis oleh Egyptian Streets.

Follow terus kami di kolum ini untuk mengikuti perkongsian info-info menarik tempat pelancongan.

Baca Juga: Jepun Mengeluarkan Amaran Pelancongan Ke Mesir: Hanya 3 Tempat Sahaja Dibenarkan

12 points
Upvote Downvote