Bergensbanen Salah Satu Perjalanan Keretapi Tercantik Di Dunia

Perjalanan Keretapi Oslo-Bergen Pasti Memukau Mata Anda

412 Views in , ,
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Lebih dikenali dengan nama Nynorsk dalam bahasa Norwegian, Bergen Line adalah salah satu laluan keretapi panorama tercantik di dunia! Keretapi penumpang melalui landasan ini dari Bergen ke Oslo melalui Drammen untuk jarak sepanjang 496km. Laluan ini mempunyai sebanyak 39 stesen secara keseluruhan. Stesen Finse adalah stesen tertinggi dalam laluan ini dengan ketinggian 1237m dari aras laut.

Untuk mendapatkan tiket murah anda boleh membeli di website 3 bulan awal dari tarikh yang anda mahu. Paling murah anda boleh dapat dengan harga sekitar NOK199 (tiket minipris) untuk perjalanan sehala Oslo-Bergen. Perjalanan malam sangat selesa anda akan dibekalkan dengan bantal, selimut, penutup mata dan earplug. Memang tidur yang selesa tapi untuk menikmati pemandangan di luar kami cadangkan ambil perjalanan di waktu siang.

Musim sejuk adalah waktu yang paling sesuai bila anda dapat lihat pemandangan di luar seolah-olah dalam dunia Narnia bila semua pokok, bukit, rumah dan sungai dilitupi salji tebal! Perjalanan Oslo-Bergen mengambil masa lebih kurang 7-8 jam.

Bagi peminat keretapi dengan pemandangan panorama yang indah, anda digalakkan untuk mencuba keretapi ini jika anda ke Norway. Berikut merupakan beberapa gambar yang dapat kami rakamkan ketika perjalanan tersebut. Anda perlu memiliki kamera dan skill fotografi yang hebat untuk merakam gambar pemandangan di luar kerana pantulan cahaya dari cermin keretapi tersebut mengganggu kualiti gambar. Tapi gambar yang disimpan di kamera tidak akan pernah dapat menandingi pengalaman melihat dengan mata sendiri keindahan tersebut.

Rumah
Finse Station
Baca buku sambil menikmati pemandanngan indah
Finse Station
Myrdal Station