Nak Bawa Kereta Ke Langkawi? Ini Caranya!

1,611 Views in
Content AuthorCommunity ModeratorVerified UserYears Of MembershipStory MakerList MakerUp/Down VoterGallery Maker

Artikel ini ditulis oleh Noor Salzeliana Zainoba

Hai semua.

Sempena arini balik kampung, kami nak share cara-cara nak bawak kereta masuk ke Pulau Kazambo. Ada 2 jenis cara nak bawak kereta ke Langkawi

  1. Bawak kereta + penumpang sekali sampai hari yang sama (Kuala Perlis)
  2. Pos kereta arini esok sampai (kereta sahaja) Kuala Kedah Untuk naik kereta + penumpang ada beberapa company seperti Dibuk, Langkawi Roro & Langkawi Auto.

Trip ini kami memilih Langkawi Auto Macam mana nak buat? Ok simple je…

  1. Bukak website or google Langkawi Auto
  2. Isi maklumat pemandu, penumpang & jenis kenderaan
  3. Bayaran adalah mengikut cc kereta cth 1500cc kebawah rm125 sehala
  4. Rm125 adalah termasuk sekali dengan tiket pemandu sahaja
  5. Sekiranya ada penumpang lain di dalam kereta, tiket berasingan dikira rm18/person(dewasa)
  6. Setelah selesai pembayaran dan booking, reply email yang diterima dengan menyertakan salinan geran dan ic beserta form kepada company tersebut Masa : – perlu tiba sejam sebelum perlepasan – Jadual feri selalunya tengahari dan petang – Tempoh perjalanan adalah 2- 2.30 jam

Kemudahan feri

  1. Jangan risau bukan kena duduk dalam kereta sepanjang perjalanan
  2. Dalam feri ada tempat khas untuk duduk (siap pasang tv), kantin makanan ringan, tandas
  3. Kalau nak lepak luar feri makan angin tgk view lawa boleh je

Kelebihan bawak kereta sendiri

  1. Jimat kos sewa kereta & parking kereta
  2. Mudah nak bawak barang soping
  3. Selesa drive kereta sendiri Jika anda bercadang untuk stay lebih lama di Langkawi mungkin berbaloi untuk bawak kereta ke sini, jika sebaliknya adalah lebih menguntungkan untuk sewa kereta sahaja.

Sambungan trip balik Langkawi – Kuala Perlis

  1. Menuju ke dermaga Tanjung Lembong
  2. Pergi ke kaunter feri untuk dapatkan surat pemeriksaan kastam
  3. Menuju bersama kenderaan ke kaunter Kastam dan siap sedia untuk pemeriksaan (buka bonet)
  4. Pegawai Kastam akan mengajukan beberapa soalan berkaitan barang-barang yang telah dibeli
  5. Beratur untuk menaiki feri
  6. Masuk awal untuk chopp meja & kerusi yang sesuai, free seated boleh duduk ikut suka
  7. Sit back, rilex and enjoy sambil buka hasil borong semua coklat

Semoga bermanfaat

#1

Sila berjemur dan dok diam-diam yaaaa, jangan lupa tarik handbrake okiesssss

#3

Ni haaaa boarding pass korang, print siap-siap yeee

#4

G check in kat kaunter dulu, nanti dia bagi pass untuk naik feri

#5

Beratur ikut giliran, kalau que awal boleh parking kereta area berbumbung tu