Bagaimana Saya Packing Untuk Percutian 3 Minggu Di Eropah Pada Musim Panas

Tips Packing Backpack 101

622 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Apa yang anda akan pack untuk travel 3 minggu di Eropah pada musim panas? Adakah anda seorang yang efisyen dalam menggunakan ruang backpack anda atau anda lebih senang menggunakan luggage besar dan sumbat sahaja semuanya ke dalam luggage anda?

Saya jenis memang kalau travel ke mana2 akan setia bawa backpack deuter 45+10L saya. Size yang sederhana dan tak keterlaluan besar untuk dibawa naik sebagai cabin baggage. Selalunya berat untuk cabin baggage kelas ekonomi adalah sekitar 7-10kg bergantung kepada jenis airlines.

Kadang-kadang ada destinasi yang kena naik flight, kena pula low-cost flight yang tak beli extra luggage untuk jimat, skill packing memang sangat penting!

Packing backpack
Backpack kesayangan

Faktor pertama yang perlu diambil kira adalah berat dan saiz. Untuk trip kali ini, saya akan menaiki penerbangan dengan 2 airlines yang berbeza. Oman Air dan Ryan Air. Untuk Oman Air tiada masalah sebab disediakan luggage 30kg.

Untuk Ryan Air pula dibenarkan untuk bawa cabin baggage yang tidak melebihi 10kg. Untuk pengangkutan yang lain saya gunakan bas dan keretapi yang selalunya tiada limit berat dan saiz. Jadi saya kena pastikan berat beg saya tidak melebihi 10kg.

Pergi pada musim panas kelebihannya tiada pakaian tebal. Instead of jeans yang berat dan memakan ruang, saya bawa 2 helai shorts. Kalau musim sejuk, tips yang selalu dilakukan adalah dengan memakai pakaian sejuk ketika menaiki flight untuk jimat ruang di dalam backpack. Untuk trip ini juga saya memakai jeans ketika menaiki flight untuk jimat ruang backpack.

Disebabkan ade beberapa tempat yang saya akan camping, jadi saya kena memuatkan 1.5kg khemah di dalam backpack saya. Anda patut cuba camping di Europe kerana lebih murah dan pengalaman yang lain daripada yang lain. Sebenarnya ada je lagi khemah yang lebih ringan yang boleh dibeli, tapi buat apa nak membazir kan? So we’ll just make do dengan apa yang kita ada.

Packing backpack
Camping di Amsterdam
Camping di Tomorrowland

Bagaimana dengan pakaian?

Tidak perlu bawa berlebihan, kalau trip 3 minggu, bawa pakaian untuk 1 minggu. Pakaian kotor boleh dibasuh di dobi dan di hostel. Sebelum book hostel, pastikan ada kemudahan mesin basuh untuk basuh baju dan keringkan.

Untuk tuala pula kalau boleh bawa yang nipis dan mudah kering. Sebab tuala akan guna hari-hari dan kadang-kadang lepas mandi pagi terus check out dan keluar dari hostel.

Jenis saya suka bawa 3 plastic bag kosong. 1 untuk tuala yang tak sempat kering, 1 untuk pakaian yang sudah pakai atau kotor, 1 untuk selipar. Kadang-kadang bawa extra kalau ada aktiviti air dan selepas itu pakaian terlampau basah untuk dicampurkan dengan pakaian lain. Pentingnya beg plastik ini supaya pakaian basah atau kotor tidak bercampur dengan pakaian bersih.

Untuk selesa berjalan jauh saya cadangkan untuk guna kasut running sebagai kasut travel anda. Selipar jangan lupa untuk kegunaan di dalam hostel dan ke tandas. Flip flop lebih mudah kerana nipis, ringan dan mudah disimpan. Toiletries bag. Penting untuk mengasingkan alatan mandi,minyak rambut, deodorant dan sebagainya.

Mudah untuk dibawa ke toilet. Kalau tiada boleh saja guna plastic bag. Janji tidak bercampur dengan pakaian. Untuk liquid dan paste seperti shampoo dan ubat gigi, pastikan tidak melebihi 100ml untuk dibawa naik sebagai cabin baggage.

Bila travel mestilah bawa phone, camera dan sebagainya kan? So jangan lupa bawa universal adapter dan extension. Extension plug adalah option masing-masing, tapi bagi saya adalah keperluan sebab senang tidak perlu berebut plug dengan orang lain untuk charge beberapa barangan elektronik kita serentak.

Untuk cable phone,camera dan power bank, saya gulung, ikat dengan getah dan masukkan di dalam pouch khas bersama universal adapter supaya tidak berselirat. Earphone pun saya masukkan sekali dalam pouch ini. Kalau ada powerbank, ia hanya boleh dibawa naik ke cabin, tidak boleh dimasukkan ke dalam check in luggage.

Selain dari itu, bagi saya adalah satu kewajipan membawa beg kecil ketika travel. Kegunaannya? Untuk letak passport, gopro, powerbank, air dan sebagainya ketika berjalan keluar.

Packing backpack
Beg kecil

Seeloknya timbang dulu backpack sebelum ke airport dan check jika ada termasuk barang terlarang. Jadi jika terlebih berat boleh keluarkan terlebih dahulu dan improvise apa yang patut dikeluarkan dan apa yang patut stay di dalam backpack.

When preparing to travel, lay out all your clothes and all your money. Then take half the clothes and twice the money.