in

Bagaimana Mengurus Kemalangan, Rawatan Hospital, Dan Kematian Ketika Di Luar Negara?

Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Akak bukan pengembara tegar. Akak pengembara bermusim. Kawan-kawan dalam ni yang kenal akak pun tau pasal hal ni. Tapi akak nak kongsi mcm mana akak kendalikan/bantu beberapa ahli keluarga/ sahabat/stranger yang berhadapan dengan keadaan ini ketika mereka di luar negara.

  1. Walaupun kita ada insurans dari Malaysia, sebaiknya semak prosedur kemasukan hospital dan rawatan di negara yang nak kita lawati. Adakah mereka terima GL dari insurans kita? Terdapat kes yg akak bantu, didapati bahawa hospital di negara berkenaan tak accept GL dari insurans luar dari negara mereka (walaupun insurans tu dari company di Malaysia yg dah established di US).
  2. Bila GL tak diterima, tak boleh discharge, maka kos tinggal di hospital dan negara berkenaan akan meningkat. Contohnya ada kes di Korea, sehari bil di ICU adalah RM50,000.00. Bayangkan tekanan yang dihadapi ahli keluarga pesakit/traveler tersebut.
  3. Maka sebaiknya kita cuba survey insurans yang boleh dibeli dari negara yg kita nak lawati tu selama tempoh lawatan kita. Pilih la yang access sum dia paling rendah. Contohnya kalau access sum dia RM500 maka kita ketepikan RM500 tu supaya kalau kena masuk hospital atau kena dapatkan rawatan yg kosnya lebih RM500, kita dah sedia duit RM500 tu siap-siap.
  4. Jangan panik atau amek hati andai kata pihak kedutaan Malaysia di tempat yg kita lawati tu tak dapat bantu kita. Stay focus dalam usaha nak dapatkan rawatan dan bawa balik pesakit.
  5. Dapatkan borang dari airlines yg boleh bawak pesakit contohnya Malaysia Airlines. Masa nak bawa balik arwah adik ipar akak dari Guangzhou, kami cuba nak bawak balik dgn Air Asia, tapi bila Air Asia dapat info dari hospital di Fuda, engineering team dia kata flight dia tak boleh nak accommodate stretcher i.e. tak muat pintu flight dan seat tak boleh recline/remove untuk letak stretcher. Jadi kami stick to the plan, bawak balik dgn Malaysia Airlines.
  6. Dari mula dptkan borang dari airlines, kena keep close contact dan berkomunikasi dengan wakil airlines di negara yg mana pesakit tu dirawat. Apa-apa tak paham, rujuk je dgn mereka.
  7. Dalam borang tu nanti doctor akan beritahu apa keperluan pesakit atas flight. Masa nak bawak adik ipar dari Guangzhou, agent hospital tersalah letak dlm form yg keperluan oksigen adik ipar akak ialah 10L/ minute. Jadi mulanya doctor di MAS kata dia tak fit to travel. Bila check dgn doctor di hospital di sana, rupanya 5L/ minute. Lepas tu resubmit borang ke MAS, baru mereka approve dan kata dia fit to travel.
  8. Airlines mensyaratkan kena ada medical escort bertauliah (sekurang-kurangnya jururawat berlesen) untuk ikut patient. Ini melibatkan kos. Kalau ambil nurse dari negara yg kita lawat tu, kena sediakan dia hotel di Malaysia juga sebelum dia naik flight untuk balik ke negara dia. Ya, kena beli tiket pergi balik untuk dia. Tu belum campur service charge dia lagi.
  9. Airlines akan caj harga tiket ikut jumlah seats yg diambil bagi letak stretcher atas flight. Contohnya kalau dia gunakan 9 seats, maka harga tiket pesakit tu akan jadi ganda 9.
  10. Setiap airlines kena patuhi peraturan penerbangan berkenaan bawa pesakit atas flight. Ada borang kena isi. Malaysia Airlines sebut MEDA form. Borang tu perlukan endorsement dari pihak hospital tempat pesakit dirawat. Lepas dah isi borang tu dgn lengkap, hantar kepada airlines. Airlines perlukan masa utk proses permohonan kita kerana melibatkan beberapa department dlm airlines. Kalau di Malaysia Airlines antara department yg terlibat ialah engineering team (utk check availability & installation of stretcher on board), medical team (utk assess keadaan pesakit berdasarkan borang permohonan tu, sama ada pesakit fit to travel atau tak), ticketing team. Bila semua ni dah OK, baru boleh beli tiket untuk pesakit. Untuk bawa balik arwah adik ipar dari Guangzhou dulu, MAS guna 9 seats untuk letak stretcher dia (masa tu arwah di ICU di Fuda Hospital & doctor kata dia fit to travel back). 1 seat RM2,000.00. So 9 seats dlm RM18,000.00.
  11. Masa ni dah boleh deal dengan hospital di Malaysia – hospital yg boleh accept untuk rawat pesakit (ikut kekosongan dan kepakaran hospital).
  12. Selepas dah settle beli ticket, boleh terus hubungi PR di Malaysia Airport Berhad (MAHB) dan maklumkan pasal flight pesakit ni. Nanti dia akan minta beberapa maklumat:-
  • Apa nombor plat ambulans
  • Nama, no IC dan no telefon setiap kakitangan dalam ambulans tu
  • Pukul berapa ambulans sampai
  • Nama & no. passport medical escort pesakit;
  • Medical escort ni akan keluar dgn ambulans atau ke airport building terus
  • Nama & no passport keluarga atau kawan pesakit yg akan turun dari flight & naik ambulans (ni sebab urusan biometric di imigresen di airport).

Dalam masa yg sama, boleh hubungi ambulans untuk sewa. Akak guna khidmat Mahamas. Oxygen machine pun sewa dari mereka.

Nanti PR MAHB akan bagi details kat gate mana ambulans akan masuk untuk standby ambil pesakit. Once kapal dah sampai, ambulans yang standby tu boleh bergerak ke arah kapal.

Ambulans akan bawa terus pesakit ke jabatan kecemasan hospital berkenaan.

NOTA PENTING: Apa nak buat kalau ada KEMATIAN di luar negara?

  • Di step no. 4 tu, terus hubungi kedutaan. Mereka akan bantu.
  • Kita kena dapatkan quotation dari airlines (cargo) yang boleh bawa balik jenazah & dptkan info tentang prosedur dan kos. Airlines akan maklumkan rumah mayat mana yang selalu berurusan dengan mereka dan tahu keperluan airlines utk bawa balik jenazah i.e. size keranda dan sebagainya.
  • Check kos untuk awet mayat (keringkan air dlm badan jenazah). Memang kena awet mayat kalau nak bawa balik Malaysia. Kos awet mayat ni agak mahal kerana campur sekali dgn kos keranda dan kos hantar ke airport.
  • Ada kes yang akak bantu, waris cuba juga check kos nak kebumi di luar negara, tapi mahal dan mereka decide untuk bawa jenazah balik Malaysia sebab kos kebumi lebih mahal/ sama dengan bawa balik jenazah ke Malaysia.
  • Lepas beli tiket, boleh hubungi PR MAHB dan proses seterusnya adalah sama seperti di atas.

Ketahuilah, sesungguhnya proses yang akak share ni amat mencabar ketahanan mental dan fizikal kita bila kita kendalikan segala prosedur ni. Untuk bawa arwah adik ipar balik dari Guangzhou, akak dan adik beradik akak berganding bahu untuk dptkan semua info dan keperluan arwah termasuk mesin oxygen, portable oxygen (POC) – ini emergency back up untuk pesakit just in case mesin oxygen tak berfungsi. Kalau tak, memang tak terbuat sorang2.

TAKE NOTE bahawa dalam kebanyakan kes yang akak bantu (untuk bawa pesakit/ jenazah dari luar negara), kekangan utama adalah duit. Ada yang lebih RM200 ribu, ada yang lebih RM1 juta, ada yang RM70 ribu. Bergantung kepada negara/ keadaan pesakit/ kos medical escort dan sebagainya.

Bagaimana kami dapat bawak balik adik ipar dlm tempoh seminggu saja? Alhamdulillah memang dapat donation dari family, friends, public, netizen. Tapi adik akak (isteri kepada arwah) tahu donation tak mencukupi. Jadi adik akak decide untuk pinjam duit dari family dan kawan-kawan. Dalam tempoh tak sampai 24 jam, collection cecah RM100k.

Sebenarnya jumlah yang diperlukan masa tu lebih dari tu sebab bil ICU saja RM200k kalau tak salah. Untuk urusan penerbangan dan agent hospital (termasuk medical escort), another RM100k.

Akak kongsi berkenaan pinjam duit ni dengan beberapa pihak yang berhadapan dengan isu nak bawa balik keluarga yg sakit di luar negara, mereka cuba tukar dari mohon donation kepada dapatkan softloan. Ternyata collection mencapai jumlah yg diperlukan dalam kadar yang agak cepat bila donation drive berubah kepada mendapatkan softloan.

Sebab tu akak cadangkan ambil insurans dari negara yg kita nak travel tu, sebab tak semua mampu nak dapatkan dan bayar semula soft loan. Melainkan kalau kita memang ada insurans di Malaysia yang cover kemalangan/ kematian di luar negara yg mana insurans company tanggung segala kos up to RM1 juta dan sebagainya. Kalau betul ada, then boleh cuba pinjam kawan2 & keluarga.

Ada juga yang “stuck” di luar negara sebab isu takde duit nak beli tiket flight sebab mahal atau sebab GL insurans di Malaysia tak diterima oleh hospital di luar negara. Bila akak cuba bantu dan bagi suggestion untuk dia pinjam duit, dia seakan marah atau sentap dengan akak.

Sebab yg diharapnya adalah donation, bukannya tips-tips yg akak nak share tu. Kita yang travel, kita yang kena bersedia dengan segala kemungkinan. Tapi akak tak ckp apa-apa kat dia sebab faham dia tengah dalam keadaan tertekan.

Semoga info yang akak kongsi ni ni bermanfaat buat semua ye.

Sesiapa yg berhadapan dgn keadaan ni, boleh pm kak rose di FB beliau kalau perlukan maklumat lanjut.

Artikel asal ditulis oleh Rose Maria Mansor dan dikongsikan dengan izin beliau.