Backpack Bersama Anak-Anak Ke Hatyai Dengan Menaiki ETS 3 Hari 2 Malam

10,985 Views in , ,
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Hari Pertama

Hatyai
Kids enjoying their time in ETS
Hatyai
Breakfast dibeli dalam ETS
  • Dari Kl Sentral ke Padang Besar.
  • Tren bertolak jam 7 pagi.
  • Tiba Padang Besar jam 12.30 tengah hari.
  • Berjalan ke imigresen Malaysia.
  • Naik van ke imigresen Thailand ( Sewa satu van TBHT 1300).
  • Van bawa kami dari Imigresen Thailand Ke Hotel di Hatyai.
  • Check in hotel. Kami stay di Hatyai Meridien Hotel. RM180 sahaja dua malam. Ada kedai makan muslim dan kedai urut depan hotel.
  • Memudahkan. Cuma hotel tu hotel lama.
  • Lunch di Salma Restaurant. Sedap gilerr cuma harga agak mahal
  • Jalan-jalan di Lee Gardens Plaza. Cuci mata untuk kosongkan perut.
  • Menaiki tuk tuk ke Asean Night Market. (Seorang TBHT 16)
  • Shopping jersey dan makan-makan. Heaven. Street food at it best! Murah.

Menyesal juga makan banyak di Salma sebab kat sini semua jenis makanan Thai ada. Murahhhh pulak tu. Malam kami balik hotel dan berehat.

Hatyai

Hatyai
Arrived!
Hatyai
Our van. Selesa sangat!

Hatyai
Imigresen Thailand
Hatyai
At Salma Restaurant
Hatyai
Asean Night Market

Hatyai

Hari Kedua

Hatyai
Chadbura DimSum
Hatyai
At Chadbura DimSum

Breakfast di Dimsum Chadbura.
Makanan super sedapp! Seat penuh kedai sesak, so kena datang awal. Kedai buka seawal jam 6.00pagi

Nora Plaza. Banyak barang kulit dijual disini dan souvenier juga macam T-shirt, keychain dan sebagainya. But harga quite mahal.

Cashew Nut Factory (5 minutes walk from Nora Plaza).

Solat Zohor di Hatyai Central Mosque.Masjid ni benar-benar dekat dihati saya kerana suka melihat keramahan penduduk setempat serta ahli qariah masjid yang duduk bersama-sama menunggu hujan berhenti?

Hatyai
Dekat Thailand, air dia semua sedap. Semacam je rasa
Hatyai
Tengah cari Grab
Hatyai
Coconut ice cream

Naik grab ke Floating Market. Rate dia dlm TBHT 120 untuk ke sana. Sebab lokasi dia jauh sket dari town. Cuaca masih hujan renyai-renyai. Jadi kalau boleh standby payung atau baju hujan. Travel dengan budak kecil mmg banyak kena standby peralatan lebih-lebih lagi backpack begini.

Floating market ni memang best gilerrr! Makanan authentic semua ada. Cuma kena berhati-hati pilih peniaga yang bersih dan terjamin muslim. Time kami pergi orang memang ramai sangat. Jadi tempat duduk sesak sket plus ada banyak anjing liar mintak makanan. Scaryy!

So, kalau nak shopping souvenier.. here is the place. Tshirt Hatyai murah dapat TBHT 80 JE….

Hatyai
Floating Market

Hatyai

Hatyai

Hatyai

Hatyai

Hatyai

Hatyai

Hatyai

Hatyai

Dinner at Klonghae Seafood Buffet. Makanan super murah TBHT 300 SAHAJA! Boleh makan apa sahaja dari pencuci mulut, lauk-pauk sehingga ke pelbagai jenis seafood stimboat and grill. Nyumms.

Hatyai
Klonghae stimboat

Hatyai

Hari Ketiga

Kim Yong Market. Cuci-cuci mata tengok barang basah dan cari gula kabung.
Breakfast kedai makan muslim depan hotel je. Makanan simple tapi sedap oii. Naik Van bergerak ke Station Kereta Api Padang Besar. Tren back Kuala Lumpur.

Hatyai
At Kim Yong market. Akar ketumbar banyak digunakan dalam masakan Thailand.

Hatyai

Hatyai
Buah Settol
Hatyai
Gula kabung
Hatyai
Haha gigih cari di 7E. Sedappp
Hatyai
Rouund pasar pagippagi memang best

Hatyai

Hatyai

Total perjalanan kami 4 beranak ke Hatyai 3 hari 2 malam termasuk tiket ETS pergi balik, hotel, pengangkutan dan makan minum dalam RM1600.

Kat sini saya share phone number van yang kami guna. Orangnya ramah, boleh berbahasa melayu dan servis bagus.
Riddhuwan – ‭019 342 3362‬

One more thing, dalam ETS ni sejuk tau. Jadi please spare baju sejuk or selimut. Terutamanya untuk anak-anak kecil. Kesian takut x tahan sejuk.

Hatyai
For sure wil backpack again with my boys

Trip ke Hatyai ni manis sangat. Dapat backpacking sama-sama with my sister and family, kak fae and family. Kids extremely happy. Makanan semua sedap dan murahhh. Tak puas makan dan memang kena datang balik. Public transport di Hatyai mudah sangat, kami banyak pakai Grab sebab lebih murah dari tuk tuk.

Plus, travelling with ETS and kids sangat menyelesakan. Kids boleh party all the way. Ada kemudahan tandas, surau dan kantin. Kami banyak refer tip dari facebook, terima kasih sangat-sangat pada sudi share. Sangat membantu. So, I wrote some here too. Maybe boleh bantu yang lain juga. Will repeat this trip again one day. Love Hatyai.

Artikel ditulis dan dikongsikan oleh Kinakira Awg di Facebook beliau.

9 points
Upvote Downvote